Doctrine and Covenants 2025
22–28 Disember: “Kurnia Putera Ilahi Tuhan Yang Tiada Bandingnya”: Krismas


“22–28 Disember: ‘Kurnia Putera Ilahi Tuhan Yang Tiada Bandingnya,’” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Maria dan bayi Yesus

Butiran dari Nativity in Copper and Umber [Kelahiran Kristus Dalam Warna Tembaga dan Kuning Coklat], oleh J. Kirk Richards

22–28 Disember: Kurnia Putera Ilahi Tuhan Yang Tiada Bandingnya

Krismas

Nabi Joseph Smith telah mengisytiharkan, “Asas-asas dasar agama kita adalah kesaksian para Rasul dan Nabi, mengenai Yesus Kristus, bahawa Dia telah mati, dikuburkan, dan bangkit semula pada hari ketiga, dan naik ke syurga; dan semua hal lain yang berkaitan dengan agama kita hanyalah merupakan tambahan terhadapnya” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2011], 49). Lebih 160 tahun kemudian, kenyataan ini mengilhami Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul untuk menerbitkan “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul” bagi meraikan ulang tahun ke-2,000 kelahiran Juruselamat (lihat Russell M. Nelson, “Menarik Kuasa Yesus Kristus Ke Dalam Hidup Kita,” Liahona, Mei 2017, 40).

Sebagai para Orang Suci Zaman Akhir, kita bergembira atas berkat wahyu yang berterusan melalui nabi dan rasul moden. Kita bersyukur atas nasihat, amaran, dan galakan mereka yang diilhamkan. Tetapi yang paling penting, kita diberkati oleh kesaksian mereka yang kuat tentang Yesus Kristus—pada masa Krismas dan sepanjang tahun. Ini adalah lebih daripada sekadar kata-kata pengarang yang mahir atau penceramah awam atau pandangan daripada pakar tulisan suci. Ia adalah kata-kata “para saksi istimewa bagi nama Kristus di seluruh dunia” yang dipilih, dipanggil, dan diberi kuasa Tuhan (Ajaran dan Perjanjian 107:23).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

“Tiada seorang pun mempunyai pengaruh yang begitu mendalam.”

Apakah yang anda akan katakan untuk menyokong kenyataan bahawa “tiada seorang pun mempunyai pengaruh begitu mendalam [seperti Yesus Kristus] ke atas semua yang telah hidup dan akan hidup di bumi”? Cari ayat dalam “Kristus Yang Hidup” yang bersaksi tentang pengaruh mendalam Juruselamat. Bagaimanakah Dia telah mempengaruhi anda?

Andaikan seseorang yang asing terhadap agama Kristian menanya anda mengapa anda menyambut Krismas. Bagaimana anda akan menjawab? Kaji semula “Kristus Yang Hidup” dengan soalan ini di minda, dan pertimbangkan untuk mencatat sebarang fikiran atau tanggapan yang datang kepada anda.

Lihat juga “Why We Need a Savior” (video), Gospel Library.

2:15

Why We Need a Savior

“Dia bangkit dari kubur.”

Dalam “Kristus Yang Hidup,” para Rasul bersaksi tentang Kebangkitan Juruselamat, menyebutkan tiga penampakan Tuhan yang telah bangkit (lihat perenggan 5). Pertimbangkan untuk membaca tentang kunjungan ini dalam Yohanes 20; 3 Nefi 11; dan Joseph Smith—Sejarah 1:14–20. Apakah yang anda pelajari tentang Juruselamat dari firman dan tindakan-Nya semasa penampakan ini?

Tumpukan pada Juruselamat. “Membaca ‘Kristus Yang Hidup’ dengan penuh doa adalah seperti membaca kesaksian Matius, Markus, Lukas, Yohanes, dan nabi-nabi Kitab Mormon. Ia akan meningkatkan iman anda kepada Juruselamat dan membantu anda kekalkan tumpuan anda kepada-Nya” (M. Russell Ballard, “Pulang dan Menerima,” Liahona, Mei 2017, 65).

“Imamat-Nya dan Gereja-Nya sudah dipulihkan.”

Semasa pengkajian Ajaran dan Perjanjian tahun ini, anda berpeluang untuk mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana “imamat dan Gereja-Nya sudah dipulihkan.” Pemulihan kebenaran atau asas manakah yang amat bermakna kepada anda? Pertimbangkan untuk mengkaji beberapa tulisan suci yang mengajar tentang Pemulihan: Ajaran dan Perjanjian 1:17–23; 13; 20:1–12; 65; 110; 112:30–32; 124:39–42; 128:19–21. Renungkan bagaimana kebenaran injil yang dipulihkan membantu anda mengenali dan mengasihi Yesus Kristus.

“Dia akan kembali ke bumi satu hari nanti.”

Krismas adalah masa untuk mengingati hari kelahiran Yesus Kristus dan menantikan hari kepulangan-Nya. Apakah yang anda belajar tentang kepulangan Yesus dari perenggan kedua terakhir dalam “Kristus Yang Hidup”? Anda juga boleh pertimbangkan untuk membaca, menyanyi, atau mendengar lagu rohani Krismas yang mengajar tentang Kedatangan Kedua, seperti “Sukacita Bagi Dunia” atau “Di Tengah Malam Yang Cerah” (Nyanyian Rohani, no. 87, 92).

ikon seminari
“Dia adalah cahaya, kehidupan, dan harapan dunia.”

Dalam perenggan terakhir dari “Kristus Yang Hidup,” perhatikan sifat dan gelaran yang diberikan kepada Juruselamat. Pertimbangkan untuk meluangkan masa untuk mempelajari beberapa gelaran itu. Contohnya:

Cahaya: Bagaimanakah Yesus Kristus seperti cahaya kepada anda? Anda boleh pertimbangkan untuk melukis gambar atau mengambil gambar yang, bagi anda, mewakili cahaya yang Dia berikan kepada anda. Apakah yang anda terilham untuk lakukan untuk berkongsi cahaya Dia? (Lihat juga Yohanes 8:12; 3 Nefi 18:24; Ajaran dan Perjanjian 50:24.)

Kehidupan: Mengapakah kehidupan adalah perkataan yang baik untuk menggambarkan Yesus Kristus? Bagaimanakah Dia memberi anda kehidupan? Bagaimanakah kehidupan anda akan berbeza tanpa Dia dan injil-Nya? (Lihat juga Yohanes 10:10; 1 Korintus 15:19–23; Ajaran dan Perjanjian 66:2.)

Harapan: Apakah yang anda harapkan kerana Yesus Kristus dan injil-Nya? Adakah anda mengenali seseorang yang berasa putus harapan tentang masa depan? Renungkan bagaimana anda boleh berkongsi dengan orang itu harapan yang anda rasakan dalam Yesus Kristus. (Lihat juga Roma 8:24–25; Eter 12:4; Moroni 7:41.)

Lihat juga Topics and Questions, “Jesus Christ,” Gospel Library.

Yesus Kristus

“Berterima kasih kepada Tuhan untuk kurnia-Nya yang tiada bandingnya.”

Dalam “Kristus Yang Hidup,” para Rasul merujuk Juruselamat sebagai satu “kurnia” daripada Bapa Syurgawi kita. Berdasarkan apa yang anda temui dalam “Kristus Yang Hidup,” bagaimanakah anda akan melengkapkan ayat ini: “Melalui Yesus Kristus, Tuhan memberi saya kurnia-kurnia …” Renungkan apa yang anda boleh lakukan untuk menerima kurnia-kurnia ini dengan sepenuhnya.

Bagaimanakah mengkaji “Kristus Yang Hidup” telah mempengaruhi iman dan kasih anda kepada Juruselamat?

Lihat juga Russell M. Nelson, “Four Gifts That Jesus Christ Offers to You” (Pertemuan Rohani Krismas Presidensi Utama, 2 Dis 2018), Gospel Library; “Petikan dari ‘The Living Christ: The Testimony of the Apostles’” (video), ChurchofJesusChrist.org.

2:46

Excerpts from "The Living Christ: The Testimony of the Apostles"

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

bahagian kanak-kanak ikon 03

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Saya boleh “mempersembahkan kesaksian [saya]” untuk menyambut kelahiran Yesus.

  • Pertimbangkan bagaimana anda boleh memperkenalkan anak-anak anda kepada “Kristus Yang Hidup.” Anda boleh bantu mereka tunjuk pada nama Kristus dalam tajuk dan tandatangan Presidensi Utama dan Dua Belas. Anda boleh jelaskan bahawa inilah kesaksian mereka tentang Yesus Kristus yang mereka ingin kongsi dengan dunia.

  • Anda boleh memberi setiap anak satu frasa dari “Kristus Yang Hidup” dan minta mereka untuk cari atau lukis satu gambar tentang frasa itu. Kemudian anda boleh membantu mereka mencari frasa itu dalam “Kristus Yang Hidup.” Anda boleh menyusun gambar dan frasa tersebut menjadi sebuah buku.

  • Saling berkongsi bagaimana anda memperoleh kesaksian anda tentang Yesus Kristus. Anda boleh bergilir memegang satu gambar Juruselamat dan berkongsi sesuatu yang anda tahu tentang Dia (termasuk kebenaran yang diajar dalam “Kristus Yang Hidup”).

kelahiran Yesus Kristus

“Dia pergi ke serata tempat untuk berbuat baik.”

  • Apabila anda dan anak-anak anda membaca perenggan kedua “Kristus Yang Hidup,” bincang bersama beberapa hal yang Yesus telah lakukan. Anda juga boleh melihat gambar-gambar dari kehidupan-Nya (lihat halaman aktiviti minggu ini dan Buku Seni Injil). Jemput anak-anak anda untuk bercakap tentang apa yang Juruselamat sedang lakukan dalam gambar-gambar itu. Bagaimana kita boleh melayani orang lain seperti Dia? Video “Light the World” dalam Gospel Library boleh memberi anda idea.

“Dia adalah cahaya, hidup, dan harapan dunia.”

  • Bantu anak-anak anda cari lagu rohani Krismas yang memberitahu tentang cahaya, kehidupan, dan harapan yang kelahiran Juruselamat bawakan ke dunia—contohnya, “Betlehem Kota Kecil” (Nyanyian Rohani, no. 93). Nyanyikan lagu rohani bersama, dan biarkan anak-anak anda berkongsi bagaimana Yesus telah membawa cahaya, kehidupan, dan harapan ke dalam hidup mereka.

“Berterima kasih kepada Tuhan untuk kurnia Putera-Nya yang tiada bandingan.”

  • Apakah kurnia yang telah kita terima kerana Yesus Kristus? Anda dan anak-anak anda boleh mencari kurnia-kurnia ini dalam “Kristus Yang Hidup” atau dalam satu lagu seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20). Kemudian mereka boleh membungkus sesuatu untuk mewakili kurnia-kurnia itu. Anda boleh mencadangkan anak-anak anda untuk membuka hadiah pada Hari Krismas untuk membantu mereka mengingati Juruselamat dan kurnia-Nya kepada kita.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.