“8–14 Disember: ‘Kami Percaya’: Fasal-Fasal Kepercayaan dan Perisytiharan Rasmi 1 dan 2,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Fasal-Fasal Kepercayaan dan Perisytiharan Rasmi 1 dan 2,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Butiran dari To All Worthy Male Members [Kepada Semua Ahli Lelaki Yang Layak], oleh Emma Allebes
8–14 Disember: “Kami Percaya”
Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2
Sejak Penglihatan Pertama Joseph Smith, Tuhan terus membimbing Gereja-Nya melalui wahyu. Dalam beberapa situasi, wahyu itu termasuk perubahan kepada polisi dan amalan Gereja. Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2 mengumumkan wahyu jenis ini— yang satu membawa kepada pengakhiran amalan perkahwinan jamak, dan yang satu lagi membolehkan berkat-berkat imamat tersedia untuk semua orang dari semua kaum. Perubahan seperti ini adalah sebahagian dari maksud sebenarnya untuk memiliki sebuah “gereja yang benar dan hidup” (Ajaran dan Perjanjian 1:30), dengan nabi yang benar dan hidup, yang dibimbing oleh seorang Tuhan yang benar dan hidup.
Tetapi kebenaran abadi tidak berubah, namun pemahaman kita tentang itu berubah. Dan kadangkala wahyu memberi cahaya tambahan pada kebenaran. Fasal-Fasal Kepercayaan menjadi tujuan penjelasan ini. Gereja yang secara kukuhnya berdasarkan kebenaran abadi tetapi boleh berkembang dan berubah “menurut yang kehendaki Tuhan, menyesuaikan belas kasihan-Nya menurut keadaan anak-anak manusia” (Ajaran dan Perjanjian 46:15). Dalam kata yang lain, “Kami percaya segala yang Tuhan telah wahyukan, segala yang Dia wahyukan sekarang, dan kami percaya bahawa Dia akan mewahyukan hal-hal yang besar dan penting berkaitan dengan Kerajaan Tuhan” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Fasal-Fasal Kepercayaan mengandungi kebenaran asas tentang pemulihan injil.
Pertimbangkan pendekatan ini untuk mengkaji Fasal-Fasal Kepercayaan: Bagi setiap fasal kepercayaan, buat satu “pelajaran kecil” untuk menjelaskan apa yang anda percaya. Pelajaran kecil anda boleh termasuk tulisan suci, gambar, lagu rohani atau pengalaman peribadi yang berkaitan tentang menjalani kebenaran yang fasal-fasal kepercayaan ajarkan.
Bagaimanakah kebenaran ini membuat perbezaan dalam hubungan anda dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Bagaimanakah Fasal-Fasal Kepercayaan memperbaiki pengkajian injil anda atau membantu anda berkongsi injil dengan orang lain?
Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Fasal-Fasal Kepercayaan,” Gospel Library; L. Tom Perry, “The Doctrines and Principles Contained in the Articles of Faith,” Liahona, Nov. 2013, 46–48; “Chapter 38: The Wentworth Letter,” dalam Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2011), 435–47.
Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9; Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2
Gereja Yesus Kristus dibimbing oleh wahyu.
“Kami percaya bahawa [Tuhan] akan mewahyukan hal-hal yang besar dan penting berkaitan dengan Kerajaan Tuhan” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9). Dengan memikirkan asas ini, kaji semula Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2, dan cari kata-kata atau frasa yang menguatkan iman anda dalam wahyu yang berterusan. Bagaimanakah wahyu-wahyu ini mempengaruhi kehidupan anda? Bagaimanakah ia telah membantu memajukan pekerjaan kerajaan Bapa Syurgawi?
Apakah bukti yang anda lihat bahawa Gereja dipimpin “melalui ilham Tuhan Yang Maha Kuasa” hari ini? (Perisytiharan Rasmi 1). Mungkin anda boleh kaji semula satu atau lebih pesanan persidangan umum baru-baru ini, mencari bagaimana Tuhan membimbing Gereja-Nya—dan kehidupan anda. Pesanan terbaru daripada Presiden Gereja mungkin adalah tempat yang baik untuk bermula.
Apakah yang anda boleh lakukan jika anda atau seseorang yang anda kasihi bergelut untuk memahami atau menerima apa yang Tuhan ajarkan melalui para nabi-Nya? Mengapakah anda bersyukur untuk nabi?
Lihat juga Amos 3:7; 2 Nefi 28:30; Allen D. Haynie, “Nabi Hidup Untuk Zaman Akhir,” Liahona, Mei 2023, 25–28; Topics and Questions, “Prophets,” Gospel Library; “Kami Bersyukur Bagi Nabi,” Nyanyian Rohani, no. 8.
Pekerjaan Tuhan harus maju ke hadapan.
Dalam “Petikan daripada Tiga Ucapan oleh Presiden Wilford Woodruff berkenaan Manifesto” (di penghujung Pengisytiharan Rasmi 1), apakah sebab yang nabi berikan tentang Tuhan menamatkan amalan perkahwinan jamak? Apakah yang ini ajarkan anda tentang pekerjaan Tuhan?
Untuk maklumat lanjut tentang Perisytiharan Rasmi 1, lihat Saints, 2:602–15; “The Messenger and the Manifesto,” dalam Revelations in Context, 323–31; Topics and Questions, “Plural Marriage and Families in Early Utah,” Gospel Library.
Wilford Woodruff, oleh H. E. Peterson
Saya boleh percaya kepada Tuhan, walaupun saya tidak memiliki pemahaman yang sempurna.
Kita tidak tahu mengapa pentahbisan imamat dan tatacara bait suci tidak tersedia bagi ahli-ahli Gereja keturunan Afrika buat suatu masa. Walaupun ketika menghadapi soalan-soalan yang sukar dijawab tentang polisi itu, ramai para Orang Suci Zaman Akhir yang berkulit hitam mempercayai Tuhan (lihat Amsal 3:5) dan kekal beriman kepada-Nya sepanjang hidup mereka. Belajar tentang iman dan pengalaman mereka boleh mengilhami anda. Berikut adalah beberapa kisah, yang terdapat di history.ChurchofJesusChrist.org:
-
“In My Father’s House Are Many Mansions” (cerita Green Flake)
-
“You Have Come at Last” (cerita Anthony Obinna)
-
“Break the Soil of Bitterness” (cerita Julia Mavimbela)
-
“I Will Take It in Faith” (cerita George Rickford)
-
“Long-Promised Day” (cerita Joseph W. B. Johnson)
Semasa anda membaca Pengisytiharan Rasmi 2, apakah yang anda pelajari tentang proses Tuhan untuk membimbing polisi Gereja-Nya? Renungkan bagaimana anda telah belajar untuk mempercayai Tuhan walaupun anda tidak mempunyai pemahaman yang sempurna.
Lihat juga 2 Nefi 26:33; “Witnessing the Faithfulness,” dalam Revelations in Context, 332–41; Topics and Questions, “Race and the Priesthood,” Gospel Library; Ahmad Corbitt, “A Personal Essay on Race and the Priesthood,” bahagian 1–4, history.ChurchofJesusChrist.org; BeOne.ChurchofJesusChrist.org.
Adalah OK untuk berkata “Saya tidak tahu.” Walaupun anda harus melakukan yang terbaik untuk membantu menjawab sebarang pertanyaan yang ahli kelas anda ada tentang injil, Tuhan tidak mensyaratkan anda untuk tahu segalanya. Apabila anda tidak tahu bagaimana untuk menjawab sesuatu, akuinya. Kemudian tujukan pelajar anda kepada ajaran yang telah diungkapkan, dan tulus bersaksi tentang apa yang anda tahu.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Saya percaya dalam injil Yesus Kristus.
-
Pertimbangkan untuk cari dan nyanyikan lagu rohani atau lagu kanak-kanak yang dapat membantu anak-anak anda lebih memahami Fasal-Fasal Kepercayaan. Mungkin mereka boleh membantu anda memilih lagu-lagu itu. Bantu anak-anak anda melihat bagaimana lagu-lagu itu berkaitan dengan Fasal-Fasal Kepercayaan.
-
Anda dan anak-anak anda boleh bekerjasama untuk menulis soalan-soalan yang orang mungkin ada tentang injil Yesus Kristus atau Gereja-Nya. Anda kemudiannya boleh sama-sama menjawab soalan-soalan tersebut dengan menggunakan Fasal-Fasal Kepercayaan. Ke mana lagi kita boleh pergi apabila kita mempunyai soalan tentang injil?
Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9; Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2
Tuhan membimbing Gereja Dia melalui nabi-Nya.
-
Untuk membantu anak-anak anda memahami fasal-fasal kepercayaan kesembilan, mungkin anda boleh berikan mereka satu set tulisan suci dan gambar nabi yang hidup (atau isu persidangan baru-baru ini dari Liahona). Minta mereka angkat ayat suci itu apabila anda membaca “segala yang dia wahyukan” dan gambar atau majalah apabila anda membaca “segala yang diwahyukan” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9). Mengapakah kita perlukan nabi-nabi zaman purba dan moden?
-
Anak-anak anda boleh belajar bagaimana kata-kata nabi membimbing kita dengan mengikuti arahan untuk membuat sesuatu, seperti makanan atau satu alat permainan. Anda boleh membandingkan ini dengan arahan yang Yesus Kristus berikan kepada kita melalui nabi. Apakah beberapa hal yang Tuhan telah ajarkan kita melalui nabi hidup-Nya hari ini?
Tuhan memanggil para nabi untuk memimpin Gereja-Nya.
Nabi-nabi membantu kita mengetahui kehendak Bapa Syurgawi.
-
Mungkin melihat bagaimana tulisan suci kuno berkaitan dengan wahyu moden dapat membantu anak-anak anda memahami Pengisytiharan Rasmi. Anda boleh minta mereka untuk membaca Kisah Rasul-Rasul 10:34–35 dan Yakub 2:27–30 dan menjemput mereka untuk menentukan tulisan suci mana yang berkaitan dengan Pengisytiharan Rasmi 1 (yang membawa pada akhir perkahwinan jamak) dan yang berkaitan dengan Pengisytiharan Rasmi 2 (yang mengumumkan bahawa pentahbisan imamat dan tatacara bait suci tersedia bagi semua kaum). Bersaksi bahawa Tuhan mengungkapkan kehendak-Nya melalui nabi zaman dahulu dan moden.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.