“15–21 Disember: ‘Keluarga Adalah Utama Di Dalam Rancangan Pencipta’: Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
15–21 Disember: “Keluarga Adalah Utama Di Dalam Rancangan Pencipta”
Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia
Bahkan sebelum kita dilahirkan, kita adalah sebahagian daripada sebuah keluarga—keluarga ibu bapa syurgawi kita. Pola itu berterusan di bumi. Keluarga-keluarga di sini, dimaksudkan untuk mengulangi pola sempurna di syurga.
Namun, tiada jaminan bahawa keluarga duniawi akan menjadi ideal atau berfungsi dengan sepenuhnya. Seperti Presiden Henry B. Eyring ajarkan, keluarga “memberikan anak-anak Tuhan peluang yang terbaik untuk disambut ke dunia dengan satu-satunya kasih di bumi yang paling dekat seperti yang sudah kita alami di syurga—kasih ibu bapa” (“Pengumpulan Keluarga Tuhan,” Liahona, Mei 2017, 20). Mengetahui bahawa keluarga adalah tidak sempurna dan akan diserang musuh, Tuhan mengutus Putera Terkasih-Nya untuk menebus kita dan menyembuhkan keluarga kita. Dia juga memberi nabi zaman akhir perisytiharan untuk melindungi dan menguatkan keluarga. Jika kita mengikuti nabi dan meletakkan iman kita kepada Juruselamat, meskipun keluarga fana tidak ideal, masih ada harapan untuk keluarga—di bumi dan di syurga.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
“Keluarga adalah utama di dalam rancangan Pencipta.”
“Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia”.” jelasnya adalah tentang keluarga. Tetapi ia setara tentang rancangan penyelamatan Tuhan. Satu cara untuk mengkaji perisytiharan adalah untuk menulis frasa kehidupan pra-fana, kehidupan fana, dan kehidupan selepas fana pada sekeping kertas dan senaraikan apa yang perisytiharan itu ajarkan tentang setiap topik ini. Apakah yang anda pelajari ketika anda mengkaji perisytiharan dalam cara ini? Bagaimanakah ini membantu anda memahami mengapakah perkahwinan dan keluarga adalah penting dalam rancangan Tuhan? Bagaimanakah kebenaran dalam perisytiharan itu mempengaruhi pilihan anda?
Terdapat ramai orang yang, atas pelbagai sebab, mungkin takut tentang perkahwinan atau membesarkan anak-anak. Jika seorang kawan berkata, “Saya tidak mahu berkahwin atau berkeluarga,” bagaimanakah anda akan menjawab? Mungkin anda boleh kaji perisytiharan untuk mencari sesuatu yang akan membantu kawan anda mempunyai harapan dalam rancangan Tuhan.
Satu soalan lain yang anda mungkin ditanya—atau anda mungkin tanyakan diri—adalah seperti: “Bagaimanakah jika keadaan keluarga saya tidak padan dengan apa yang digambarkan dalam perisytiharan keluarga?” Ada dua tempat di mana anda boleh mencari nasihat nabi: bahagian “Perubahan Yang Hebat” dalam pesanan Elder Dieter F. Uchtdorf “Yesus Kristus Ialah Kekuatan Ibu Bapa” (Liahona, Mei 2023, 55–59) dan empat perenggan terakhir dari pesanan Elder D. Todd Christofferson “Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga” (Liahona, Mei 2015, 52).
Apakah yang anda terilham untuk lakukan kerana apa yang anda kaji?
Lihat juga Dallin H. Oaks, “Rancangan dan Perisytiharan,” Liahona, Nov. 2017, 28–31; Topics and Questions, “Family,” Gospel Library.
“Setiap [orang] ialah anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi.”
Kita sering fikir perisytiharan keluarga sebagai panduan untuk kehidupan keluarga. Tetapi ia juga mengajar kebenaran penting tentang keluarga syurgawi dan identiti abadi kita. Mengapakah penting untuk anda tahu bahawa kita semua adalah sebahagian daripada keluarga ini? Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi pilihan yang anda buat?
Lihat juga “Aku Anak Tuhan,” Nyanyian Rohani, no. 144.
“Kegembiraan dalam kehidupan berkeluarga adalah paling mungkin dicapai apabila berasaskan ajaran Tuhan Yesus Kristus.”
Fikirkan perenggan 6 dan 7 dari perisytiharan keluarga sebagai satu pola untuk “kegembiraan dalam kehidupan berkeluarga.” Semasa anda membaca perenggan ini, kenal pasti asas untuk “perkahwinan dan keluarga berjaya.” Anda boleh fikirkan tentang contoh asas-asas ini yang anda telah lihat dalam keluarga anda sendiri atau keluarga lain. Bagaimanakah asas-asas ini membantu menjadikan Yesus Kristus sebagai landasan kehidupan berkeluarga?
Kemudian anda boleh fikirkan hubungan keluarga yang anda ingin kuatkan. Buat rancangan, dengan bantuan Juruselamat, untuk bertindak atas tanggapan yang anda terima.
Lihat juga L. Whitney Clayton, “Rumah Yang Terbaik,” Liahona, Mei 2020, 107–9.
Ibu bapa harus membesarkan anak-anak mereka dalam kasih dan kesolehan.
“Kami memanggil warganegara-warganegara … untuk mengekalkan serta menguatkan keluarga.”
Perenggan terakhir dari perisytiharan keluarga termasuk satu panggilan untuk bertindak. Semasa anda mempertimbangkan bagaimana anda akan menyahut panggilan itu, anda boleh mengkaji tajuk perisytiharan itu. Contohnya, apakah itu perisytiharan? Apakah maksud perkataan itu kepada anda tentang pesanan dokumen ini? Apakah yang melayakkan Presidensi Utama dan Majlis Dua Belas Rasul untuk mengeluarkan perisytiharan kepada dunia tentang keluarga? Anda juga boleh membuat satu senarai tentang apa yang anda anggap sebagai pesanan utama perisytiharan itu. Bagaimanakah anda boleh mempromosikan pesanan-pesanan ini dalam kehidupan anda, di rumah anda, dan dalam komuniti anda?
Lihat juga Bonnie L. Oscarson, “Pembela Perisytiharan Keluarga,” Liahona, Mei 2015, 14–17; “Defenders of the Faith” (video), Gospel Library.
Defenders of the Faith
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Keluarga adalah penting dalam rancangan Bapa Syurgawi.
-
Bantu anak-anak anda fikirkan hal-hal yang sangat penting di mana mereka ingin beritahu semua orang tentangnya. Tunjukkan anak-anak satu salinan “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” dan jelaskan bahawa para nabi dan rasul menulisnya untuk memberitahu kita betapa pentingnya keluarga kepada Bapa Syurgawi. Mengapakah keluarga sangat penting bagi Dia? (lihat juga video “What Is the Purpose of Family?” [ChurchofJesusChrist.org]).
1:19What Is the Purpose of Family?
-
Kongsi dengan anak-anak anda sesuatu dari perisytiharan yang anda rasa kita semua perlu tahu. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang kebenaran-kebenaran tersebut. Bagaimanakah kehidupan kita akan berbeza jika kita tidak tahu hal-hal tersebut? Anda boleh nyanyikan satu lagu bersama yang berkaitan dengan kebenaran yang ditemui dalam perisytiharan itu, seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 86).
-
Dalam bahagian IV dari pesanannya “Rancangan dan Perisytiharan” (Liahona, Nov. 2017, 30), Presiden Dallin H. Oaks menjelaskan bagaimana perisytiharan keluarga telah dikarang. Mungkin anda dan anak-anak anda boleh kaji semula gambarannya dan bercakap tentang mengapa anda bersyukur Tuhan mengilhami para hamba-Nya untuk mengajar kita tentang kebenaran keluarga ini.
-
Anda juga boleh tunjukkan anak-anak anda gambar (atau jemput mereka untuk lukiskan gambar) yang menunjukkan kebenaran-kebenaran yang terdapat dalam perisytiharan keluarga. Gambar tersebut boleh terdiri daripada gambar bait suci, keluarga sedang berdoa atau bermain bersama, atau pasangan yang berkahwin. Kemudian anak-anak anda boleh carikan ayat-ayat dalam perisytiharan keluarga yang berkaitan dengan gambar-gambar itu. Apakah yang Tuhan ajarkan kita tentang hal-hal ini dalam perisytiharan?
Bapa Syurgawi inginkan keluarga untuk menjadi gembira.
Pekalah. Semasa anda mengajar kebenaran dalam perisytiharan keluarga, pekalah bahawa ramai kanak-kanak hidup dalam keluarga yang tidak menyerupai keluarga ideal yang dihuraikan dalam perisytiharan itu. Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggalakkan dan mengilhami mereka.
Saya ialah “anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi.”
-
Semasa menyanyikan bersama “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2), anda boleh lontarkan bola ke seorang anak sambil berkata, “Saya tahu anak Tuhan bernama [nama anak].” Kemudian anak itu boleh lontarkan bola kepada yang lain, dengan menyebut kata-kata yang sama dan nama orang itu. Bantu anak-anak anda untuk carikan frasa “anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi” dalam perisytiharan keluarga, dan bersaksi tentang kebenaran ini.
Keluarga paling gembira apabila mereka mengikuti Yesus Kristus.
-
Untuk mulakan satu perbualan tentang memperkuatkan keluarga anda, anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang apa yang kita lakukan untuk memperkuatkan hal/benda lain—seperti gigi kita, badan kita, atau sebuah bangunan. Kemudian bandingkan itu dengan membina keluarga yang kuat. Bantu anak-anak anda cari asas seperti Kristus yang mendorong kepada kegembiraan dalam kehidupan berkeluarga, terdapat dalam perenggan 7 dari perisytiharan keluarga (lihat juga halaman aktiviti minggu ini).
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.