14. Taman Kuburan
Ini adalah kemungkinan besar merupakan tempat taman kuburan bagi Yusuf dari Arimatea. Beberapa nabi moden merasakan bahawa tubuh Juruselamat dibaringkan di dalam taman kuburan ini.
Peristiwa Penting: Setelah Juruselamat mati di atas salib, tubuh-Nya ditempatkan di dalam makam baru yang digali dari batu (Mat. 27:57–60). Pada hari ketiga, beberapa wanita pergi ke makam dan mendapati bahawa tubuh Juruselamat tidak ada di sana (Mat. 28:1; Yoh. 20:1–2). Rasul Petrus dan Yohanes juga pergi ke makam dan melihat bahawa tubuh Juruselamat tidak ada di sana (Yoh. 20:2–9). Juruselamat yang dibangkitkan menampakkan diri kepada Maria Magdalena (Yoh. 20:11–18).