“27 Oktober–2 November: ‘Sebuah Rumah Demi Nama-Ku’: Ajaran dan Perjanjian 124,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 124,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Nauvoo the Beautiful [Nauvoo yang Indah], oleh Larry C. Winborg. Hak Cipta 2023
27 Oktober–2 November: “Sebuah Rumah Demi Nama-Ku”
Ajaran dan Perjanjian 124
Walaupun enam tahun yang lalu adalah sangat sukar bagi Orang Suci, keadaan beransur pulih pada musim bunga tahun 1839: Para pelarian Orang Suci telah mendapat belas kasihan di kalangan penduduk Quincy, Illinois. Para pengawal membenarkan Joseph Smith dan para pemimpin Gereja lain untuk melarikan diri dari tahanan di Missouri. Dan Gereja baru sahaja membeli tanah di Illinois di mana Orang Suci boleh berkumpul semula. Ya, ia adalah tanah yang berpaya, penuh nyamuk, tetapi berbanding dengan cabaran yang para Orang Suci telah hadapi, ini tidaklah susah. Jadi mereka mengeringkan paya itu dan merangka satu piagam untuk bandar baharu, yang mereka namakan Nauvoo. Ia bermaksud “indah” dalam bahasa Ibrani, walaupun ia lebih kepada ungkapan iman daripada gambaran yang tepat, sekurang-kurangnya pada mulanya. Sementara itu, Tuhan telah memberi dorongan kepada Nabi-Nya. Dia ada banyak kebenaran dan tatacara untuk dipulihkan, dan Dia perlukan sebuah bait suci di mana Dia boleh “memahkotai [Orang Suci-Nya] dengan kehormatan, kebaqaan, dan kehidupan abadi” (Ajaran dan Perjanjian 124:55). Dalam banyak cara, iman dan dorongan yang sama ini terbukti dalam pekerjaan Tuhan hari ini.
Lihat Saints, 1:399–427; “Organizing the Church in Nauvoo,” dalam Revelations in Context, 264–71.
Belajar lebih lanjut tentang tapak bersejarah Gereja di Illinois.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Ajaran dan Perjanjian 124:2–11
Saya boleh menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus.
Tuhan memfirmankan Nabi Joseph Smith untuk “membuat sebuah pernyataan rasmi tentang injil-Nya]” untuk “semua raja di dunia” (lihat Ajaran dan Perjanjian 124:2–11). Jika anda menerima tugas ini, apakah yang perisytiharan anda akan katakan tentang Yesus Kristus dan injil-Nya yang dipulihkan? Renungkan juga bagaimana anda boleh berkongsi kesaksian anda secara normal dan semula jadi dengan orang yang anda berinteraksi setiap hari.
Lihat juga “Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus: Perisytiharan Ulang Tahun Kedua Ratus kepada Dunia,” Gospel Library.
Ajaran dan Perjanjian 124:12–21
Saya boleh menjadi pengikut yang Tuhan percayai.
Pertimbangkan untuk berkongsi dengan orang lain, seperti yang Juruselamat lakukan dalam Ajaran dan Perjanjian 124:12–21, sifat-sifat Kristus yang anda lihat dalam mereka. Bagaimanakah Dia telah menyatakan kasih dan kepercayaan-Nya kepada anda?
Lihat juga Richard J. Maynes, “Memperoleh Kepercayaan Tuhan dan Keluarga Anda,” Liahona, Nov. 2017, 75–77.
Ajaran dan Perjanjian 124:22–24, 60–61
Tuhan ingin saya mengalu-alukan dan menerima orang lain.
Semasa anda merenungkan arahan Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 124:22–24, 60–61, fikirkan bagaimana anda boleh menjadikan rumah anda dan bahagian anda sebuah tempat seperti apa yang Tuhan telah bayangkan untuk Nauvoo.
Lihat juga “A Friend to All” (video), ChurchofJesusChrist.org.
A Friend to All
Butiran dari Joseph Smith at the Nauvoo Temple [Joseph Smith di Bait Suci Nauvoo], oleh Gary E. Smith
Ajaran dan Perjanjian 124:25–45, 55
Kita membina bait suci bagi Tuhan untuk menerima tatacara kudus.
Mengapakah umat Tuhan “selalu diperintahkan untuk membina [bait suci] bagi nama kudus-[Nya]”? Pertimbangkan untuk senaraikan sebab-sebab yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 124:25–45, 55. Bagaimanakah membina bait suci adalah satu tanda kasih Tuhan kepada anda?
What Is a Temple?
Sejak Bait Suci Nauvoo dibina pada tahun 1840-an, lebih 300 bait suci telah dibina atau diumumkan. Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Kita tahu bahawa masa kita dalam bait suci adalah penting demi penyelamatan dan permuliaan kita dan keluarga kita. … Serangan musuh semakin besar, dalam kekuatan, keragaman dan kepelbagaian. Kita perlu menghadiri bait suci dengan konsisten” (“Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Liahona, Nov. 2018, 114). Bagaimanakah bait suci telah membantu anda menahan “serangan musuh’? Apakah yang anda terilham untuk lakukan bagi mengikuti nasihat Presiden Nelson?
Lihat juga “Why Latter-day Saints Build Temples,” temples.ChurchofJesusChrist.org.
Ajaran dan Perjanjian 124:45–55
Tuhan akan memberkati mereka yang berusaha untuk mematuhi perintah-perintah-Nya.
Para Orang Suci telah diperintahkan untuk membina sebuah bait suci di Jackson County, Missouri, tetapi “dihalang oleh musuh mereka,” (Ajaran dan Perjanjian 124:51). Ayat 49–55 mengandungi pesanan yang meyakinkan bagi orang yang ingin mematuhi perintah-perintah Tuhan tetapi dihalang oleh keluarga atau keadaan lain. Apakah nasihat yang anda temui dalam ayat ini yang boleh membantu seseorang dalam keadaan sedemikian?
Ajaran dan Perjanjian 124:91–92
Tuhan boleh membimbing saya melalui berkat bapa bangsa.
Tidak lama selepas ayah Nabi, Joseph Smith Sr., meninggal dunia, Tuhan memanggil Hyrum Smith ke dalam panggilan yang ayahnya pegang—[iaitu] Bapa bangsa Gereja. Anda boleh membaca tentang ini dalam Ajaran dan Perjanjian 124:91–92.
Untuk mempelajari lebih lanjut tentang sejarah bapa bangsa dan berkat bapa bangsa, klik di sini.
Bagaimanakah anda akan menggambarkan berkat bapa bangsa kepada seseorang yang tidak pernah mendengarnya? Apakah yang anda akan katakan untuk menggalakkan seseorang untuk menerimanya? Cari jawapan bagi soalan-soalan tersebut dalam pesanan Elder Randall K. Bennett “Berkat Bapa Bangsa Anda—Arahan Yang Diilhami Daripada Bapa Syurgawi” (Liahona, Mei 2023, 42–43) atau Topics and Questions, “Patriarchal Blessings” (Gospel Library).
Berdasarkan kajian dan pengalaman anda, pertimbangkan bagaimana anda akan melengkapkan ayat ini: “Berkat bapa bangsa adalah seperti .” Mengapakah Bapa Syurgawi mahu anak-anak-Nya menerima berkat bapa bangsa?
Jika anda belum menerima berkat bapa bangsa, apakah yang anda boleh lakukan untuk bersedia menerimanya? Jika anda telah menerima berkat bapa bangsa, bagaimanakah anda dapat tunjukkan kepada Tuhan bahawa anda menghargai kurnia ini?
Lihat juga Kazuhiko Yamashita, “Bila Untuk Menerima Berkat Bapa Bangsa Anda,” Liahona, Mei 2023, 88–90; Buku Panduan Umum, 18.17, Gospel Library.
Mengajar dari hati. Pengajaran adalah paling bermakna apabila ia termasuk pengalaman dan kesaksian peribadi. Contohnya, jika anda telah menerima berkat bapa bangsa, kaji semula apabila anda bersedia untuk mengajar tentang berkat-berkat istimewa ini. Mengapakah anda bersyukur bagi berkat anda? Bagaimanakah anda akan mengilhami orang lain untuk bersedia menerima atau kerap mengkaji berkat bapa bangsa mereka?
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 124:15, 20
Yesus Kristus mengasihi integriti.
-
Untuk membantu anak-anak anda ingat apa yang mereka pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 124:15, 20, anda boleh membantu mereka melukis dan memotong hati kertas. Pada hati itu, anda boleh membantu mereka menulis frasa utama dari ayat-ayat ini. Lagu seperti “Jadi Contoh Kebenaran” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 81) boleh bantu menekankan firman Tuhan.
-
Selepas membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 124:15, 20, anda mungkin boleh membantu anak-anak anda cari maksud untuk hidup dengan integriti di halaman 31 dari Untuk Kekuatan Remaja: Panduan Untuk Membuat Pilihan. Apakah yang Tuhan katakan tentang George Miller dalam ayat 20 “kerana integriti hati [George]”? Anda juga boleh kongsi contoh kanak-kanak yang menunjukkan sifat integriti daripada pengalaman anda atau dari majalah Friend. Jemput anak-anak anda untuk menetapkan matlamat bagi menunjukkan integriti minggu ini dan beritahu anda bagaimana perasaan mereka ketika melakukannya.
Ajaran dan Perjanjian 124:28–29, 39
Yesus memerintah umat-Nya untuk membina bait suci.
-
Anak-anak anda mungkin suka melihat gambar bait suci, termasuk bait suci purba dan bait suci yang berdekatan ChurchofJesusChrist.org/temples/list). Anda boleh gunakan gambar-gambar ini dan Ajaran dan Perjanjian 124:39 untuk menjelaskan bahawa Yesus Kristus sentiasa memerintahkan umat-Nya untuk membina bait suci—pada zaman purba dan pada zaman kita (lihat juga halaman aktiviti minggu ini).
-
Jika anda tinggal berdekatan dengan bait suci, pertimbangkan untuk membawa anak-anak anda ke sana dan berjalan dengan takzim di sekeliling bait suci. Jemput mereka untuk cari perkataan “Holiness to the Lord—The House of the Lord (Kekudusan kepada Tuhan—Rumah Tuhan)” di luar bait suci. Bincang dengan anak-anak anda apa maksud perkataan ini.
-
Pertimbangkan untuk gunakan idea-idea dalam “Dibaptis dan Ditetapkan Untuk Nenek Moyang” dalam lampiran A untuk membantu anak-anak anda menantikan hari apabila mereka boleh memasuki bait suci (lihat juga “Bait Suci dan Rancangan Kegembiraan” dalam Lampiran B).
Solomon’s Temple [Bait Suci Salomo], oleh Sam Lawlor
Ajaran dan Perjanjian 124:91–92
Tuhan akan memberkati saya melalui berkat bapa bangsa.
-
Semasa anda membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 124:91–92, bantu anak-anak anda cari apa yang Tuhan panggil Hyrum Smith untuk lakukan. Bincangkan tentang apakah itu berkat bapa bangsa: satu berkat istimewa di mana Tuhan mengajar kita tentang diri kita dan apa yang Dia ingin kita lakukan dan menjadi. Pertimbangkan untuk gunakan bahagian “Menerima Berkat Bapa Bangsa” dalam lampiran A untuk membantu anak-anak anda bersedia untuk menerima berkat bapa bangsa.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.