Doctrine and Covenants 2025
3–9 November: “Suara Kegembiraan Bagi Yang Hidup Dan Yang Mati”: Ajaran dan Perjanjian 125–128


“3–9 November: ‘Suara Kegembiraan Bagi Yang Hidup Dan Yang Mati: Ajaran dan Perjanjian 125–128,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 125–128,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Lukisan keluarga bersama nenek moyang di dunia roh

Us with Them and Them with Us [Kita Bersama Mereka Dan Mereka Bersama Kita], oleh Caitlin Connolly

3–9 November: “Suara Kegembiraan Bagi Yang Hidup Dan Yang Mati”

Ajaran dan Perjanjian 125–128

Pada bulan Ogos 1840, Jane Neyman yang sedang berduka, mendengar Nabi Joseph berbicara di pengebumian sahabatnya, Seymour Brunson. Anak remaja lelaki Jane sendiri bernama Cyrus, juga telah meninggal dunia baru-baru ini. Menambah kepada kesedihannya adalah Cyrus tidak pernah dibaptiskan, dan Jane bimbang apa yang akan terjadi kepada jiwa abadinya. Joseph juga mempunyai soalan yang sama tentang abangnya, Alvin, yang telah meninggal sebelum dibaptiskan. Jadi Nabi memutuskan untuk berkongsi dengan semua orang di upacara pengebumian itu, apa yang Tuhan telah ungkapkan kepadanya tentang mereka yang telah mati tanpa menerima tatacara injil—dan apa yang kita dapat lakukan untuk membantu mereka.

Ajaran pembaptisan untuk orang mati menggembirakan Orang Suci; fikiran mereka segera berpaling kepada ibu bapa, datuk nenek, dan ahli keluarga yang telah meninggal. Sekarang ada harapan untuk mereka! Joseph berkongsi kebahagiaan mereka, dan dalam satu surat dia gunakan bahasa yang penuh kegembiraan dan bersemangat untuk menyatakan apa yang Tuhan ajarkannya tentang penyelamatan orang mati: “Biarlah gunung-ganang bersorak kerana bahagia, dan kamu semua lembah berseru nyaring; dan kamu semua lautan dan tanah kering memberitahukan keajaiban Raja Kekalmu!” (Ajaran dan Perjanjian 128:23).

Lihat Saints, 1:415–27; “Letters on Baptism for the Dead,” Revelations in Context, 272–76.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 126

Tuhan mahu saya menjaga keluarga saya.

Selepas pulang dari misi ke England—salah satu dari banyak misi yang dia melayani—Brigham Young menerima satu lagi panggilan penting daripada Tuhan. Dia disuruh untuk “menguruskan keluarga [dia] dengan baik” (ayat 3), yang telah menderita kerana ketiadaannya. Semasa anda mengkaji bahagian ini, pertimbangkan mengapakah kadangkala Tuhan meminta pengorbanan dalam pelayanan kita. Apakah yang anda boleh lakukan untuk menjaga keluarga anda?

Lihat juga “Take Special Care of Your Family,” dalam Revelations in Context, 242–49.

Ajaran dan Perjanjian 127:2–4

Saya boleh bergantung kepada Tuhan dalam masa-masa yang sukar.

Tuduhan palsu dan ancaman penangkapan sekali lagi telah memaksa Joseph Smith untuk bersembunyi pada bulan Ogos 1842. Namun kata-kata yang dia tulis kepada para Orang Suci pada masa ini (kini Ajaran dan Perjanjian 127) adalah penuh dengan optimisme dan sukacita. Apakah yang ayat 2–4 ajarkan anda tentang Tuhan? tentang menghadapi cemuhan atau pertentangan? Apakah frasa dari ayat-ayat ini yang boleh membantu anda ketika anda rasa dianiaya? Pertimbangkan untuk mencatat bagaimana Tuhan menyokong anda dalam “air yang dalam” dalam kehidupan anda.

Ajaran dan Perjanjian 127:5–8; 128:1–8

“Apa pun yang kamu catat di atas bumi akan tercatat di dalam syurga.”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 127:5–8; 128:1–8, cari sebab-sebab mengapa Tuhan berikan Joseph Smith arahan yang terperinci tentang pencatatan pembaptisan bagi orang mati. Apakah yang ini ajarkan anda tentang Tuhan dan pekerjaan-Nya? Bagaimanakah anda rasa arahan ini boleh digunakan dalam rekod keluarga anda sendiri, seperti jurnal peribadi?

remaja putera melakukan sejarah keluarga

Melakukan pelayanan bait suci untuk nenek moyang kita mengikat hati kita kepada mereka.

Ajaran dan Perjanjian 128:5–25

ikon seminari
Keselamatan nenek moyang saya adalah penting untuk keselamatan saya.

Ia jelas dari apa yang Tuhan ungkapkan melalui Joseph Smith mengapa nenek moyang kita yang tidak dibaptiskan dalam kehidupan ini perlukan kita: kita dibaptiskan bagi pihak mereka supaya mereka boleh memilih untuk menerima atau menolak tatacara ini. Namun Nabi juga telah mengajar bahawa keselamatan nenek moyang kita adalah “perlu dan penting demi keselamatan kita.” Apabila anda membaca Ajaran dan Perjanjian 128:15–18, fikirkan mengapa.

Ayat 5 mengajarkan bahawa tatacara pembaptisan bagi orang yang mati adalah “[di]sediakan sebelum pengasasan dunia.” Apakah yang kebenaran ini ajarkan anda tentang Tuhan dan rancangan-Nya? Bagaimanakah pesanan Elder Dale G. Renlund “Sejarah Keluarga Dan Pekerjaan Bait Suci: Pemeteraian Dan Penyembuhan” menambah kepada pemahaman anda? (Liahona, Mei 2018, 46-49).

Joseph Smith gunakan frasa seperti “kuasa pengikatan,” “ikatan yang kuat” dan “kesatuan yang menyeluruh” ketika mengajar tentang tatacara imamat dan pembaptisan bagi orang mati. Cari ayat ini dan frasa yang serupa semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 128:5–25. Bolehkah anda fikirkan objek-objek yang anda boleh gunakan untuk menggambarkan frasa-frasa ini, seperti rantai atau tali? Mengapakah frasa itu sesuai menggambarkan ajaran ini?

Mempertimbangkan soalan berikut juga boleh membantu pengkajian ayat ini:

  • Pada pendapat anda, mengapakah pembaptisan orang mati dianggap sebagai “subjek yang paling mulia dari semua subjek yang termasuk dalam injil abadi ini”? (ayat 17). Apakah pengalaman yang telah membantu anda merasa seperti ini?

  • Bagaimanakah bumi dikutuk jika tidak ada “ikatan yang kuat … antara para bapa dan anak”? (ayat 18).

  • Apakah yang mengagumkan anda tentang kata-kata Joseph Smith dalam ayat 19–25? Bagaimanakah ayat-ayat tersebut mempengaruhi perasaan anda terhadap Yesus Kristus? tentang pelayanan bait suci bagi nenek moyang anda?

Selepas mengkaji ayat-ayat ini, anda mungkin terilham untuk melakukan sesuatu untuk nenek moyang anda. Idea-idea di FamilySearch.org boleh membantu.

Inspirational Videos” dalam koleksi “Temple and Family History” Gospel Library boleh memberi bantuan praktikal, kisah mengilhamkan, dan pesanan-pesanan dari para pemimpin tentang sejarah keluarga.

Gunakan sumber Gereja yang berkaitan. Pautan dalam garis panduan Ikutlah Aku menyediakan akses mudah kepada sumber-sumber berguna yang boleh membantu anda memahami dan menerapkan kebenaran injil atau bertindak atas tanggapan yang anda terima. Contohnya, pautan FamilySearch di atas membawa kepada aktiviti-aktiviti seperti membina salasilah keluarga anda sendiri, mencari nenek moyang yang perlukan tatacara bait suci, melihat asal usul nenek moyang anda, atau memuat naik cerita keluarga.

Lihat juga Kevin R. Duncan, “Suatu Suara Kegembiraan!,” Liahona, Mei 2023, 95–97.

“Syarat Mulia Dan Menakjubkan.”

Presiden Gordon B. Hinckley berkata:

“Korban tebusan Yesus bagi semua pihak melambangkan pengorbanan perwakilan yang hebat. Dia menetapkan pola di mana Dia menjadi wakil untuk semua manusia. Pola ini di mana seorang manusia boleh bertindak bagi pihak yang lain dibawa ke hadapan dalam tatacara Rumah Tuhan. Di sini kita melayani bagi pihak mereka yang telah mati tanpa pengetahuan injil. Mereka mempunyai pilihan untuk menerima atau menolak tatacara yang telah dilaksanakan. Mereka diletakkan pada kedudukan yang sama dengan mereka yang berjalan di bumi. Orang yang telah mati diberi peluang yang sama seperti yang hidup. Sekali lagi, betapa mulia dan menakjubkan syarat yang Maha Kuasa wahyukan kepada Nabi-Nya” (“The Great Things Which God Has Revealed,” Liahona, Mei 2005, 82–83).

bahagian kanak-kanak ikon 02

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 126:3

Saya boleh membantu menjaga keluarga saya.

  • Untuk membantu anak-anak anda belajar melayani ahli keluarga mereka, pertimbangkan untuk berkongsi maklumat tentang Brigham Young dalam “Bab 50: Para Orang Suci Di Nauvoo” (dalam Cerita-Cerita Ajaran dan Perjanjian, 184, atau video berkaitan dalam Gospel Library) atau ringkaskan Ajaran dan Perjanjian 126 dalam kata-kata anda sendiri. Anda boleh beri penekanan kepada frasa “menguruskan keluargamu dengan baik” (ayat 3) dan bincangkan bersama anak-anak anda apa maksudnya untuk menguruskan keluarga kita dengan baik.

    1:33

    Chapter 50: The Saints in Nauvoo: January–July 1841

  • Anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar-gambar keluarga (atau melukis gambar) sambil bercakap tentang cara-cara kita boleh membantu “menguruskan” ahli keluarga. Anda juga boleh nyanyikan satu lagu seperti “Rumah Menjadi Syurga” (Nyanyian Rohani, no. 137).

Ajaran dan Perjanjian 128:5, 12

Semua anak Tuhan memerlukan peluang untuk dibaptiskan.

  • Jemputlah anak-anak anda untuk mencari dalam Ajaran dan Perjanjian 128:1 apakah subjek yang mengisi minda Joseph Smith. Mereka juga boleh selidiki ayat 17 untuk tahu apakah subjek yang dia anggap sebagai “paling mulia.” Biarkan mereka berkongsi apa yang mereka temui, dan bincangkan mengapakah tajuk ini amat menyeronokkan.

  • Selain membantu anak-anak anda bersedia untuk (dan mentaati) perjanjian pembaptisan mereka sendiri, anda boleh bantu mereka tahu bagaimana untuk membantu orang yang tidak membuat perjanjian-perjanjian itu dalam hayat mereka. Pertimbangkan untuk memberitahu anak-anak anda tentang seseorang yang anda kenali yang mati tanpa dibaptiskan. Kemudian anda boleh membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 128:5 dan melihat gambar kolam pembaptisan bait suci (seperti yang di hujung panduan ini). Beritahu anak-anak anda bagaimana perasaan anda apabila melakukan pembaptisan di bait suci bagi pihak orang yang sudah mati supaya semua orang berpeluang untuk membuat perjanjian dengan Bapa Syurgawi.

Ajaran dan Perjanjian 128:18

Bapa Syurgawi mahu saya belajar tentang sejarah keluarga saya.

  • Anda dan anak-anak anda boleh membuat rantai kertas dengan nama ibu bapa, datuk nenek, datuk nenek moyang, dan seterusnya (lihat halaman aktiviti minggu ini). Kemudian anda boleh saling berkongsi apa yang anda tahu tentang nenek moyang ini. Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 128:18 untuk tahu apakah “ikatan kuat” yang menjadikan sejarah keluarga kita “lengkap dan sempurna.” Anda juga boleh tonton video “Courage: I Think I Get It from Him” (Gospel Library).

    1:38

    Courage: I Think I Get It From Him

  • Aktiviti tambahan untuk membantu anak-anak anda terlibat dalam sejarah keluarga tersedia di “Bait Suci Dan Rancangan Kegembiraan” dalam lampiran B atau di FamilySearch.org.

ibu dan anak perempuan membuat rantai kertas

Tatacara bait suci membantu kita menyatukan keluarga seperti pautan dalam satu rantai.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

kolam pembaptisan di bait suci

Kolam pembaptisan di Bait Suci Ogden Utah

halaman aktiviti untuk kanak-kanak