“10–16 November: ‘Aku Telah Melihat Pengorbananmu Dalam Kepatuhan’: Ajaran dan Perjanjian 129–132,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 129–132,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Butiran dari Joseph Smith in Nauvoo, 1840 [Joseph Smith di Nauvoo, 1840], oleh Theodore Gorka
10–16 November: “Aku Telah Melihat Pengorbananmu Dalam Kepatuhan”
Ajaran dan Perjanjian 129–132
Melalui Joseph Smith, Tuhan mengungkapkan beberapa misteri dari keabadian. Keagungan Tuhan, kemuliaan syurga, dan keagungan keabadian boleh kelihatan hampir biasa dalam cahaya injil yang dipulihkan, bahkan bagi fikiran terbatas seperti kita. Wahyu-wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian 129–32 adalah contoh yang baik. Apakah rupa Tuhan? Dia “memiliki tubuh … senyata manusia.” Bagaimanakah keadaan syurga? “Pergaulan yang sama itu yang wujud di antara kita di sini akan wujud di antara kita di sana” (Ajaran dan Perjanjian 130:22, 2). Malah, salah satu kebenaran yang amat sukacita tentang syurga adalah ia termasuk perhubungan keluarga yang kita hargai, jika dimeteraikan oleh wewenang yang betul. Kebenaran seperti ini membuat syurga terasa dekat—agung tetapi boleh tercapai.
Tetapi, kadangkala Tuhan mungkin meminta kita untuk melakukan hal-hal yang kelihatan tidak menyenangkan dan sukar dicapai. Bagi ramai Orang Suci awal, perkahwinan jamak adalah salah satu perintah itu. Ia satu cubaan iman yang besar bagi Joseph Smith, isterinya Emma, dan hampir semua orang yang menerimanya. Untuk melalui cubaan ini, mereka perlukan lebih dari perasaan senang hati terhadap injil yang dipulihkan; mereka perlukan iman terhadap Tuhan yang lebih mendalam daripada itu. Perintah itu tidak lagi digunakan kini, tetapi teladan beriman mereka yang telah melaluinya tetap ada. Teladan ini mengilhami kita ketika kita diminta untuk membuat “pengorbanan [kita] dalam mematuhi” (Ajaran dan Perjanjian 132:50).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Tuhan ingin memuliakan anak-anak-Nya.
Terdapat banyak perkara yang kita tidak tahu tentang permuliaan atau kehidupan di kerajaan tertinggi selestial—iaitu jenis kehidupan Tuhan. Kebanyakannya mungkin melampaui kemampuan kita untuk fahami buat masa ini. Tetapi Tuhan telah mengungkapkan beberapa petunjuk berharga, dan banyak daripadanya ditemui dalam Ajaran dan Perjanjian 130–32. Anda boleh membaca dengan soalan-soalan seperti ini di minda: Apakah yang saya pelajari tentang Tuhan? Apakah yang saya pelajari tentang kehidupan selepas kefanaan? Bagaimanakah pengetahuan tentang kehidupan abadi memberkati kehidupan saya sekarang?
Lihat juga “Our Hearts Rejoiced to Hear Him Speak,” dalam Revelations in Context, 277–80.
Ajaran dan Perjanjian 130:20–21; 132:5
Tuhan memberkati orang yang mematuhi hukum-hukum-Nya.
Bagaimanakah anda menyatakan, dalam kata-kata anda sendiri, apa yang Tuhan ajarkan dalam Ajaran dan Perjanjian 130:20–21 dan 132:5? Renungkan bagaimana asas ini telah ditunjukkan dalam kehidupan anda.
Kadangkala, walaupun kita patuh kepada Tuhan, berkat-berkat yang kita harapkan tidak datang dengan segera. Bagaimanakah anda mengekalkan iman dan harapan anda apabila ini berlaku? Cari pemahaman dalam pesanan Elder D. Todd Christofferson “Hubungan Kita Dengan Tuhan” (Liahona, Mei 2022, 78–80).
Lihat juga 1 Nefi 17:35; Ajaran dan Perjanjian 82:10.
Ajaran dan Perjanjian 132:13–21
Bapa Syurgawi membolehkan keluarga menjadi abadi.
Melalui Nabi Joseph Smith, Tuhan memulihkan kebenaran bahawa hubungan perkahwinan dan keluarga boleh menjadi abadi. Ketika anda membaca Ajaran dan Perjanjian 132:13–21, cari frasa-frasa yang boleh membantu anda fahami perbezaan di antara apa yang akan “kekal” secara abadi atau apa yang tidak. Pada pendapat anda, apakah maksudnya untuk hubungan perkahwinan “melalui [Tuhan]”? (ayat 14).
Dalam pesanannya “Pujian Kepada Orang Yang Menyelamatkan,” Presiden Dieter F. Uchtdorf membandingkan hubungan perkahwinan abadi dengan hal-hal “pakai buang” (Liahona, Mei 2016, 77–78). Apakah perbandingan ini ajarkan anda tentang bagaimana untuk memelihara—atau bersedia untuk—hubungan perkahwinan? Fikirkan tentang hubungan keluarga anda—sekarang dan di masa depan—semasa anda membaca pesanan Elder Uchtdorf. Apakah yang anda temui yang memberi anda harapan dalam Kristus untuk hubungan keluarga anda?
Presiden Henry B. Eyring berkongsi nasihat ini yang dia terima ketika dia risau tentang keadaan keluarganya: “Kamu hanya harus hidup layak untuk kerajaan selestial, dan situasi keluarga kamu akan lebih bahagia daripada apa yang boleh kamu gambarkan” (dalam “Sebuah Rumah Di Mana Roh Tuhan Berdiam,” Liahona, Mei 2019, 25). Bagaimanakah nasihat ini dapat membantu anda atau seseorang yang anda kenali?
Lihat juga “K’luarga Dapat Kekal Selamanya,” Nyanyian Rohani, no. 142; Topics and Questions, “Marriage,” Gospel Library.
Perkahwinan boleh dimeteraikan untuk keabadian di dalam rumah Tuhan.
Ajaran dan Perjanjian 132:1–2, 29–40
Perkahwinan jamak diterima oleh Tuhan hanya apabila Dia memerintahkannya.
Ramai orang yang telah membaca Perjanjian Lama mungkin bertanya tentang Abraham, Yakub, Musa, dan yang lain yang telah mengahwini beberapa isteri. Adakah hamba-hamba Tuhan ini berzina? Adakah Tuhan telah merestui perkahwinan mereka? Joseph Smith mempunyai soalan yang sama. Cari jawapan yang Tuhan berikan dalam Ajaran dan Perjanjian 132:1–2, 29–40.
Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang wanita adalah standard perkahwinan Tuhan (lihat pendahuluan bahagian kepada Pengisytiharan Rasmi 1; Yakub 2:27, 30). Namun, terdapat masa dalam sejarah apabila Tuhan telah memerintahkan anak-anak-Nya untuk mengamalkan perkahwinan jamak.
Tahun-tahun awal gereja yang dipulihkan adalah salah satu tempoh pengecualian. Jika anda ingin belajar lebih lanjut tentang perkahwinan jamak di kalangan para Orang Suci awal, lihat “Mercy Thompson and the Revelation on Marriage” (dalam Revelations in Context, 281–93); Saints, 1:290–92, 432–35, 482–92, 502–4; Topics and Questions, “Plural Marriage in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints,” Gospel Library; “Why Was It Necessary for Joseph Smith and Others to Practice Polygamy?” (video), ChurchofJesusChrist.org.
Why was it necessary for Joseph Smith and others to practice polygamy?
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 130:2, 18–19; 132:13, 19
Bapa Syurgawi mahu saya berfokus pada hal-hal abadi.
-
Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 132:13 ajarkan kita tentang hal-hal dunia? Mungkin anda dan anak-anak anda boleh mengisi satu beg pakaian dengan barangan yang mewakili hal-hal yang, menurut Ajaran dan Perjanjian 130:2, 18–19; 132:19, kita boleh bawa ke kehidupan akan datang.
Ajaran dan Perjanjian 130:20–21; 132:5, 21–23
Tuhan memberkati saya apabila saya mematuhi hukum-hukum-Nya.
-
Mungkin satu perbandingan yang mudah boleh mengajar anak-anak anda tentang mematuhi perintah-perintah Tuhan. Contohnya, anda boleh meminta mereka untuk memberi anda arahan untuk berjalan di suatu tempat, seperti ke sekolah atau bangunan Gereja. Apakah yang berlaku apabila kita tidak mengikut arahan? Kemudian anda boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 130:21 dan bandingkan arahan ini dengan perintah-perintah yang Tuhan telah berikan kepada kita.
-
Anda juga boleh nyanyikan satu lagu tentang kepatuhan, seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-anak, 68), dan cari perkataan dalam Ajaran dan Perjanjian 130:20–21 dan 132:5 yang serupa dengan lagu itu. Bagaimanakah Tuhan memberkati kita apabila kita berusaha mentaati perintah-perintah-Nya?
Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mempunyai badan fizikal yang baqa.
-
Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 130:22 bersama, anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar Yesus Kristus dan menunjuk kepada mata-Nya, mulut-Nya, dan bahagian badan-Nya yang lain. Anak-anak anda boleh tunjuk pada bahagian badan mereka yang sama. Beritahu mereka mengapa ia penting bagi anda untuk mengetahui bahawa badan kita kelihatan seperti badan Bapa Syurgawi dan Yesus.
Kerana tatacara-tatacara rumah Tuhan, keluarga boleh menjadi abadi.
Bapa Syurgawi membolehkan keluarga untuk bersama buat selamanya.
-
Bantu kanak-kanak fikirkan beberapa contoh benda yang tidak bertahan lama—makanan yang menjadi rosak, bunga yang layu, dan seterusnya. Kemudian lihat Ajaran dan Perjanjian 132:19 bersama dan cari frasa kunci seperti “perjanjian yang kekal,” “dimeteraikan,” “seluruh keabadian,” dan “selama-lamanya.” (Lihat juga “Bab 55: Wahyu Tentang Perkahwinan,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 198, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library.) Anda juga boleh melihat gambar keluarga anda dan bersaksi bahawa Tuhan melalui tatacara dan perjanjian bait suci membolehkan keluarga untuk kekal selamanya.
Chapter 55: A Revelation about Marriage: July 1843
Pekalah kepada situasi keluarga. “Kanak-kanak hari ini mendapati diri mereka di dalam pelbagai konfigurasi keluarga yang rumit. … [Kita] harus mencapai kepada [mereka] yang merasa keseorangan, tertinggal, atau di luar pagar” (Neil L. Andersen, “Sesiapa Yang Menyambut Mereka, Menyambut Aku,” Liahona, Mei 2016, 49, 52).
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.