Doctrine and Covenants 2025
Suara-suara Pemulihan: Pembaptisan Untuk Nenek Moyang Kita, “Satu Ajaran Yang Mulia”


“Suara-suara Pemulihan: Pembaptisan Untuk Nenek Moyang Kita, ‘Satu Ajaran Yang Mulia,’” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Pembaptisan Untuk Nenek Moyang Kita, ‘Satu Ajaran Yang Mulia,’” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

ikon suara-suara pemulihan

Suara-suara Pemulihan

Pembaptisan Untuk Nenek Moyang Kita, “Satu Ajaran Yang Mulia”

lakaran kolam pembaptisan di Bait suci Nauvoo

Lakaran ini menunjukkan kolam pembaptisan Bait Suci Nauvoo terletak pada atas dua belas lembu jantan.

Phebe dan Wilford Woodruff

Portrait engraving of Orson Pratt

Phebe Woodruff tinggal dekat Nauvoo apabila Joseph Smith mula mengajar tentang kemungkinan pembaptisan bagi mereka yang telah mati. Dia menulis tentang itu kepada suaminya, Wilford, yang ketika itu sedang melayani misi di England:

“Saudara Joseph … telah pelajari melalui wahyu bahawa ahli gereja ini boleh dibaptiskan untuk saudara mereka yang telah mati dan tidak berkesempatan untuk mendengar tentang injil ini, bahkan anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, datuk nenek, pak cik, dan mak cik. … Sebaik sahaja mereka dibaptiskan untuk rakan-rakan mereka, rakan-rakan mereka akan dibebaskan dari penjara dan mereka boleh dituntut dalam kebangkitan dan di bawa ke dalam kerajaan selestial—ajaran ini diterima secara hormat oleh gereja dan ia akan pergi kepada banyak orang, ada yang pergi untuk dibaptiskan bagi pihak yang mati sebanyak 16 kali … dalam satu hari.”

Wilford Woodruff kemudian mengulas tentang asas ini: “Pada saat Aku dengar tentangnya, jiwaku melompat dengan sukacita. … Aku pergi dan dibaptiskan bagi pihak saudara mara yang telah mati yang Aku tahu. … Aku teringin menyebut hallelujah ketika wahyu pembaptisan untuk orang mati diungkapkan. Aku rasa kita berhak untuk bersukacita dalam berkat-berkat Syurga.”

Vilate Kimball

Portrait of Vilate Kimball.

Seperti Sister Woodruff, Vilate Kimball mendengar tentang pembaptisan untuk orang mati ketika suaminya, Heber, sedang mengkhutbahkan injil di tempat lain. Dia menulis kepadanya:

“Presiden Smith telah membuka subjek baharu dan mulia … yang telah menyebabkan pemulihan yang besar dalam gereja. Iaitu, dibaptiskan bagi pihak orang mati. Paulus berbicara tentangnya, dalam satu Korintus bab 15 ayat 29. Joseph telah menerima penjelasan penuh tentangnya melalui Wahyu. … Adalah hak istimewa gereja ini untuk dibaptiskan bagi pihak semua ahli keluarga mereka yang telah mati sebelum injil ini dikhabarkan; bahkan sehingga kepada nenek moyang mereka. … Dengan berbuat demikian, kita bertindak sebagai wakil mereka; dan memberi mereka keistimewaan untuk muncul dalam kebangkitan pertama. Dia berkata mereka akan mempunyai injil dikhutbahkan kepada mereka … tetapi tidak ada roh yang dapat dibaptis. … Oleh kerana perintah ini telah dikhutbahkan di sini, air sentiasa dikacau (pembaptisan sibuk berjalan). Semasa persidangan ada masanya terdapat lapan hingga sepuluh penatua membuat pembaptisan di sungai dengan serentak. … Aku mahu dibaptiskan untuk pihak Ibuku. Aku menghitung hari kepulanganmu, tetapi kali terakhir Joseph bercakap mengenai perkara itu, dia menasihatkan setiap orang untuk bangun dan melakukannya, dan membebaskan rakan mereka dari perhambaan secepat mungkin. Jadi Aku akan pergi minggu ini, kerana beberapa jiran turut pergi. Ada yang sudah membuat pembaptisan perwakilan beberapa kali. … Ini adalah peluang untuk semua orang. Bukankah ini ajaran yang mulia?”

Phebe Chase

Portrait of Phebe Chase

Sebaik sahaja kolam pembaptisan di Bait Suci Nauvoo selesai dibina, pembaptisan untuk orang mati telah dilakukan di sana dan bukan lagi di sungai. Phebe Chase, penghuni Nauvoo, menulis kepada ibunya mengenai bait suci itu, menggambarkan kolam pembaptisan sebagai tempat di mana “kita boleh dibaptiskan bagi pihak orang mati dan menjadi penyelamat di Gunung Sion.” Dia menerangkan bahawa dalam kolam ini, “Aku telah dibaptiskan bagi pihak ayahku dan semua sahabat lain Aku yang telah mati. … Kini Aku ingin tahu nama ayah dan ibumu agar Aku dapat melepaskan mereka, kerana Aku menghasratkan kelegaan bagi orang yang telah mati. … Tuhan telah berbicara sekali lagi dan memulihkan tarekat dahulu.”

Sally Randall

Ketika menulis kepada sahabat dan keluarganya mengenai pembaptisan untuk orang mati, Sally Randall teringat kematian anak lelakinya George:

“O, masa yang menduga bagiku dan kelihatan seperti Aku tidak boleh didamaikan, tetapi … ayahnya telah dibaptiskan bagi pihaknya dan betapa mulianya itu bahawa kita percaya dan menerima kegenapan injil seperti yang dikhutbahkan sekarang dan boleh dibaptis [bagi pihak] semua sahabat kita yang telah mati dan selamatkan mereka sejauh mana yang kita tahu tentang mereka.

“Aku mahu engkau tuliskan nama-nama semua pertalian kita yang telah mati dan sehingga kepada datuk dan nenek. Aku berhasrat untuk melakukan apa yang Aku boleh untuk menyelamatkan sahabatku dan Aku gembira jika ada di antara kamu yang akan datang dan membantuku kerana ini satu pekerjaan yang besar untuk dilakukan sendirian. … Aku tahu engkau akan ingat ini adalah ajaran yang asing tetapi engkau akan temui kebenarannya.”

Nota

  1. Surat Phebe Woodruff kepada Wilford Woodruff, 6 Okt 1840, Perpustakaan Sejarah Gereja, Salt Lake City; ejaan dan tanda baca dimodenkan.

  2. Wilford Woodruff, “Remarks,” Deseret News, 27 Mei 1857, 91; tanda baca dimodenkan.

  3. Surat Vilate Kimball kepada Heber C. Kimball, 11 Okt 1840, Perpustakaan Sejarah Gereja, Salt Lake City; ejaan dan tanda baca diseragamkan.

  4. Surat Phebe Chase, tidak bertarikh, Perpustakaan Sejarah Gereja, Salt Lake City; ejaan dan tanda baca diseragamkan. Apabila para Orang Suci pertama kali melaksanakan pembaptisan untuk orang mati, individu kadang-kala dibaptiskan bagi pihak kedua-dua moyang lelaki dan wanita. Kemudian ia diungkapkan bahawa lelaki perlu dibaptis untuk pihak lelaki dan wanita untuk pihak wanita.

  5. Surat Sally Randall, 21 Apr 1844, Perpustakaan Sejarah Gereja, Salt Lake City; ejaan dan tanda baca dimodenkan.