Cerita-cerita Kitab Suci
Bab 63: Paulus Menghabiskan Misinya


Bab 63

Paulus Menghabiskan Misinya

lelaki-lelaki menengking Paulus

Paulus pergi ke bait suci di Yerusalem. Sekumpulan orang Yahudi menyangka Paulus telah membawa orang-orang bukan Yahudi ke dalam bait suci. Ini membuat orang-orang Yahudi marah. Mereka mengheret Paulus keluar dari bait suci tersebut dan memukulnya.

Kisah Rasul-Rasul 21:26–32

askar-askar berdiri di sisi Paulus

Askar-askar Roma telah menahan Paulus. Mereka membiarkannya berbicara kepada orang-orang Yahudi tersebut. Paulus bersaksi kepada orang ramai bahawa dia telah melihat cahaya dari syurga dan mendengar suara Juruselamat. Dia berkata bahawa Yesus telah memfirmankannya untuk mengkhutbahkan injil.

Kisah Rasul-Rasul 21:33–40; 22:1–15

askar-askar membawa pergi Paulus

Orang-orang tersebut tidak mempercayai Paulus. Mereka ingin membunuhnya. Askar-askar memasukkan Paulus ke dalam penjara untuk semalaman.

Kisah Rasul-Rasul 22:22–30

Juruselamat muncul kepada Paulus

Juruselamat mengunjungi Paulus di dalam penjara dan memberitahunya untuk tidak takut. Dia berfirman bahawa Paulus akan pergi ke Roma dan mengajarkan injil di situ.

Kisah Rasul-Rasul 23:11

Paulus mengajar orang ramai

Untuk melindungi Paulus, Roma menghantarnya ke kota yang lain. Raja Agripa berada di situ. Paulus memberitahu Raja Agripa bahawa dia pernah menjadi seorang Farisi dan membenci orang-orang yang percaya kepada Yesus. Dia bahkan telah memasukkan mereka ke dalam penjara. Kemudian Paulus telah melihat cahaya dari syurga dan mendengar suara Juruselamat. Kini dia percaya kepada Yesus.

Kisah Rasul-Rasul 23:12–35; 25:13–23; 26:1–15

Paulus mengajar Raja Agripa

Paulus bersaksi kepada Raja Agripa bahawa injil tersebut adalah benar. Dia berkata bahawa Yesus telah bangkit. Di dalam sebuah penglihatan, Yesus Kristus telah memfirmankan Paulus untuk mengajar injil-Nya. Oleh kerana Paulus telah mematuhi, banyak orang membenci Paulus.

Kisah Rasul-Rasul 26:16–23

askar-askar memimpin Paulus ke kapal

Raja Agripa berkata bahawa Paulus hampir membuatnya percaya kepada Yesus. Raja tidak merasa Paulus harus dibunuh. Tetapi dia telah menghantar Paulus ke Roma, di mana Paulus akan dibicarakan.

Kisah Rasul-Rasul 26:27–32

Paulus menulis surat

Paulus berada di dalam penjara Roma selama dua tahun. Banyak orang datang untuk melihatnya. Dia mengajar mereka tentang injil. Paulus menulis surat-surat kepada Orang suci di tempat yang lain. Beberapa dari tulisan ini, dipanggil surat, terdapat di dalam Perjanjian Baru.

Kisah Rasul-Rasul 28:16–31

Paulus berdoa

Paulus tahu bahawa dia akan dibunuh. Dia tidak takut. Dia telah mematuhi perintah-perintah Tuhan. Dia telah mengajarkan injil. Dia telah menghabiskan misinya. Paulus tahu bahawa Bapa Syurgawi mengasihinya. Dia juga tahu bahawa selepas dia meninggal, dia akan hidup bersama Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

2 Timotius 4:6–8