Bab 25
Seorang Wanita Menyentuh Pakaian Yesus
Seorang wanita telah sakit tenat selama 12 tahun. Dia telah menemui banyak doktor, tetapi mereka tidak dapat membantunya.
Markus 5:25–26
Suatu hari dia terlihat Yesus dikelilingi oleh banyak orang. Dia percaya bahawa dia akan disembuhkan hanya dengan menyentuh pakaian-Nya. Dia berjalan melalui khalayak ramai dan menyentuh pakaian-Nya.
Matius 9:20–22; Markus 5:27–28
Dia sembuh dengan serta-merta. Yesus berpaling dan bertanya, “Siapa yang menyentuh jubah-Ku?”
Markus 5:29–30
Wanita itu ketakutan. Dia berlutut di hadapan Juruselamat dan berkata dia yang telah menyentuh-Nya. Yesus memberitahu imannya kepada-Nya telah membuat dia sembuh.
Markus 5:33–34