Bab 41
Yesus Memberkati Kanak-kanak Kecil
Yesus dalam perjalanan ke Yerusalem. Di sepanjang jalan, sesetengah orang menginginkan Yesus untuk memberkati kanak-kanak kecil mereka. Para pengikut memberitahu orang ramai untuk tidak mengganggu Yesus.
Markus 10:13
Tetapi Yesus Kristus mengasihi kanak-kanak kecil. Dia memberitahu para pengikut untuk membiarkan kanak-kanak kecil tersebut untuk datang kepada-Nya. Yesus juga memberitahu para pengikut bahawa mereka harus menjadi seperti kanak-kanak kecil. Dengan itu, mereka boleh tinggal bersama Tuhan di syurga.
Markus 10:14–15