Bab 2
Maria dan Malaikat
Maria dan Yusuf tinggal di Nasaret. Mereka ialah orang yang baik. Mereka saling mengasihi dan akan berkahwin.
Suatu hari malaikat Gabriel datang kepada Maria. Dia memberitahu Maria bahawa Tuhan akan memberkatinya.
Gabriel memberitahu Maria bahawa dia akan menjadi ibu kepada Putera Tuhan. Nama-Nya akan dipanggil Yesus, dan Dia akan menjadi Raja kepada semua orang yang soleh.
Kata Maria, dia akan patuhi Bapa Syurgawi dan menjadi ibu kepada Yesus.