“19–25 Mei: ‘Apa Yang Daripada Tuhan Adalah Cahaya’: Ajaran dan Perjanjian 49–50,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 49–50,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
19–25 Mei: “Apa Yang Daripada Tuhan Adalah Cahaya”
Ajaran dan Perjanjian 49–50
Juruselamat adalah “gembala [kita] yang baik” (Ajaran dan Perjanjian 50:44). Dia tahu bahawa kadangkala domba berkeliaran dan padang belantara mempunyai banyak bahaya. Jadi Dia membimbing kita dengan penuh kasih kepada keselamatan ajaran-Nya. Dia membimbing kita jauh dari bahaya seperti “roh-roh palsu, yang telah berkeliaran di atas bumi, memperdayakan dunia” (Ajaran dan Perjanjian 50:2). Mengikuti Dia sering bermaksud melepaskan idea atau tradisi yang salah. Ini benar bagi Leman Copley dan yang lain di Ohio. Mereka telah menerima injil yang dipulihkan tetapi masih berpegang kepada beberapa kepercayaan yang tidak betul. Dalam Ajaran dan Perjanjian 49, Tuhan menyatakan kebenaran untuk membetulkan kepercayaan lama Leman mengenai topik-topik seperti perkahwinan dan Kedatangan Kedua Juruselamat. Dan apabila penganut baharu Ohio “menerima … roh-roh yang tidak dapat [mereka] fahami,” Tuhan mengajar mereka bagaimana untuk membezakan pernyataan sebenar Roh (Ajaran dan Perjanjian 50:15). Gembala yang Baik bersabar dengan kita, kita “anak-anak kecil” yang “mesti tumbuh dalam rahmat dan dalam pengetahuan tentang kebenaran” (Ajaran dan Perjanjian 50:40).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Ajaran dan Perjanjian 49; 50:24
Yesus Kristus mahu saya memeluk kebenaran injil-Nya.
Sebelum menyertai Gereja, Leman Copley adalah ahli kumpulan agama yang dikenali sebagai Persekutuan Masyarakat Pemercaya terhadap Penampakan Kedua Kristus, juga dikenali sebagai Shakers. Selepas perbualan dengan Leman, Joseph Smith mencari penjelasan daripada Tuhan tentang beberapa ajaran Shakers. Tuhan menjawab dengan wahyu dalam bahagian 49. Beberapa kepercayaan Shakers disebutkan dalam pengenalan bahagian.
Apakah yang Tuhan ajarkan dalam bahagian 49 untuk membetulkan kepercayaan Shakers? Apakah bukti yang anda lihat dalam wahyu kasih dan keprihatinan-Nya ini terhadap orang yang tidak memiliki kegenapan kebenaran-Nya? Bagaimanakah anda boleh menjangkau mereka dengan kasih dan keprihatinan?
Apakah yang anda kagum tentang pemerhatian Tuhan dalam ayat 2? Anda boleh membandingkan ini dengan apa yang berlaku jika anda hanya melihat sebahagian daripada wayang, lihat satu teka-teki, atau hanya mendengar cerita sebelah pihak. Bagaimanakah amaran Tuhan berkaitan dengan Ajaran dan Perjanjian 50:24? Pertimbangkan apa yang anda lakukan untuk menerima lebih banyak cahaya daripada Tuhan.
Lihat juga “Leman Copley and the Shakers,” dalam Revelations in Context, 117–21.
Ajaran dan Perjanjian 49:15–17
Perkahwinan antara lelaki dan wanita merupakan asas dalam rancangan Tuhan.
Dalam usaha untuk melemahkan rancangan Bapa Syurgawi, Setan berusaha untuk mencipta kekeliruan tentang perkahwinan. Tuhan, sebaliknya, terus mengungkapkan kebenaran tentang perkahwinan melalui para nabi-Nya. Anda boleh cari beberapa kebenaran ini dalam Ajaran dan Perjanjian 49:15–17; Kejadian 2:20–24; 1 Korintus 11:11; dan “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia.” Senaraikan kebenaran yang anda temui. Mengapakah perkahwinan itu begitu penting dalam rancangan Bapa Syurgawi?
Elder Ulisses Soares mengajar bahawa “injil Yesus Kristus yang dipulihkan mengisytiharkan asas perkongsian penuh di antara wanita dengan lelaki, baik dalam kehidupan fana mahupun dalam keabadian” (“Dalam Perkongsian Dengan Tuhan,” Persidangan Umum, Okt. 2022). Anda boleh mengkaji pesanannya, mencari asas-asas “yang memperkukuhkan perkongsian di antara lelaki dengan wanita.” Bagaimanakah anda boleh menggunakan asas-asas ini dalam hidup anda? Jika seseorang dari agama lain bertanyakan anda mengapa perkahwinan adalah penting, bagaimanakah anda akan menjawab? Mengapakah anda bersyukur untuk pemahaman ini?
Lihat juga Topics and Questions, “Marriage,” “Family,” Gospel Library; David A. Bednar, “Marriage Is Essential to His Eternal Plan,” Ensign, Jun 2006, 83–84; “Renaissance of Marriage” (video), Gospel Library.
Renaissance of Marriage
Pekalah terhadap keadaan individu. Walaupun perkahwinan dan kehidupan keluarga yang gembira adalah ideal dalam injil Yesus Kristus, tidak semua dapat menikmati berkat-berkat ini semasa dalam kefanaan. Dalam membincangkan topik ini, pekalah terhadap pelbagai keadaan individu dan keluarga, terutamanya bagi mereka yang “menunggu Tuhan dengan sabar” untuk janji-janji abadi digenapi (lihat Ajaran dan Perjanjian 98:1–3).
Ajaran-ajaran Tuhan boleh melindungi saya dari tipu daya Setan.
Ahli-ahli baharu Gereja di Ohio bersemangat untuk menerima pernyataan rohani yang dijanjikan dalam tulisan suci. Namun Setan, berusaha memperdaya mereka. Jika anda diminta untuk membantu ahli-ahli ini memahami bagaimana untuk mengenali pernyataan sebenar Roh Kudus, apakah asas-asas dalam Ajaran dan Perjanjian 50 yang anda akan kongsi? (lihat terutamanya ayat 22–25, 29–34, 40–46). Bagaimanakah Juruselamat telah membantu anda membezakan kebenaran dan yang salah?
Lihat juga 1 Nefi 14:1–28; 2 Timotius 3:13–17.
Ajaran dan Perjanjian 50:13–24
Para pengajar dan pelajar diteguhkan bersama oleh Roh.
Menjalani injil Yesus Kristus menyediakan banyak peluang untuk menjadi pengajar dan pelajar, baik di rumah mahupun di Gereja. Satu cara anda boleh mengkaji Ajaran dan Perjanjian 50:13–24 adalah untuk melukis gambar seorang pengajar dan pelajar. Di setiap satu, senaraikan perkataan dan frasa dari ayat-ayat ini yang mengajar anda sesuatu tentang pembelajaran dan pengajaran injil. Bilakah anda mempunyai pengalaman yang mengajar anda tentang kepentingan Roh dalam pengajaran dan pembelajaran? Pertimbangkan apakah yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki usaha anda sebagai seorang pelajar dan pengajar injil.
Ajaran dan Perjanjian 50:23–25
“Apa yang daripada Tuhan adalah cahaya.”
Semasa anda merenungkan firman Juruselamat dalam Ajaran dan Perjanjian 50:23–25, fikirkan bagaimana anda menerima cahaya Tuhan dan bagaimana anda “menghalau kegelapan” dalam hidup anda. Contohnya, bagaimanakah ayat-ayat ini membimbing bagaimana anda meluangkan masa anda? apakah hiburan atau media yang perlu dicari? jenis perbualan yang terlibat? Apakah keputusan lain yang ayat-ayat ini boleh membantu anda? Lagu rohani seperti “Tuhan Terangku” (Nyanyian Rohani, no. 30) mungkin mengilhami fikiran tambahan.
Lihat juga “Berjalan dalam cahaya Tuhan,” Untuk Kekuatan Remaja: Panduan Untuk Membuat Pilihan, 16–21.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 49:12–14
Saya boleh mengikuti Yesus Kristus.
-
Untuk mengajar anak-anak anda asas-asas dalam ayat berikut, anda boleh sediakan empat tapak kaki kertas dan empat gambar yang mewakili iman terhadap Yesus Kristus, pertaubatan, pembaptisan, dan penerimaan Roh Kudus (lihat gambar-gambar dalam halaman aktiviti). Anak-anak anda boleh meletakkan tapak kaki itu di atas lantai dengan gambar-gambar di sebelahnya. Kemudian mereka boleh bergilir berjalan di atas jejak kaki itu semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 49:12–14. Bantu mereka faham bahawa apabila kita melakukan perkara-perkara dalam gambar ini, kita mengikuti Yesus Kristus.
-
Anda juga boleh menjemput anak-anak anda untuk membandingkan Ajaran dan Perjanjian 49:12–14 dengan Kisah Rasul-Rasul 2:38 dan dengan fasal-fasal kepercayaan yang keempat. Apakah persamaan yang mereka temui? Mengapakah kebenaran ini penting?
Ajaran dan Perjanjian 49:15–17
Perkahwinan antara lelaki dan wanita merupakan asas dalam rancangan Tuhan.
-
Untuk memperkenalkan ayat-ayat tersebut, jelaskan bahawa Shakers adalah satu kumpulan yang percaya bahawa orang-orang tidak patut berkahwin (lihat pengenalan bahagian Ajaran dan Perjanjian 49). Jemput anak-anak anda untuk mencari perkara yang Tuhan ajarkan tentang perkahwinan dalam Ajaran dan Perjanjian 49:15–17. Apakah maksudnya “perkahwinan ditahbiskan oleh Tuhan”? Anda mungkin boleh membaca bersama tiga perenggan pertama dari “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia.” Kemudian bincangkan mengapa perkahwinan dan keluarga adalah penting bagi Bapa Syurgawi.
Ajaran dan Perjanjian 50:23–25
“Apa yang daripada Tuhan adalah cahaya.”
-
Untuk memperkenalkan Ajaran dan Perjanjian 50:23–25, bincang perbezaan antara cahaya dan kegelapan dengan anak-anak anda. Mengapakah kita memerlukan cahaya? Anda boleh baca bersama perenggan pertama “Berjalan dalam cahaya Tuhan” dalam Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan (halaman 17) dan juga Ajaran dan Perjanjian 50:23–25. Bincangkan cara-cara kita menerima cahaya Tuhan dan cara kita boleh menghalau kegelapan. Kemudian anda boleh bernyanyi bersama satu lagu tentang cahaya rohani mereka, seperti “Bersinar T’rus” (Buku Nyanyian Anak-anak, 96).
Ajaran dan Perjanjian 50:40–46
Yesus Kristus ialah Gembala Baik.
-
Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 50:40–46 , anda boleh menunjukkan gambar Juruselamat yang terdapat di akhir panduan ini dan tanyakan soalan-soalan seperti berikut: Bagaimanakah perasaan seorang gembala terhadap domba-domba-Nya? Bagaimanakah Juruselamat seperti seorang gembala kepada kita?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.