“12–18 Mei: ‘Carilah dengan Sungguh-Sungguh Kurnia-Kurnia yang Terbaik’: Ajaran dan Perjanjian 46–48,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 46–48,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
The Camp Meeting [Pertemuan Khemah], oleh Worthington Whittredge
12–18 Mei: “Carilah dengan Sungguh-sungguh Kurnia-kurnia yang Terbaik”
Ajaran dan Perjanjian 46–48
Semasa Parley P. Pratt, Oliver Cowdery, Ziba Peterson, dan Peter Whitmer Jr. meninggalkan Kirtland dan meneruskan pengkhutbahan injil, mereka meninggalkan seratus lebih ahli Gereja baharu yang mempunyai banyak semangat tetapi kurang pengalaman atau arahan. Mereka tidak ada buku panduan arahan, tidak ada mesyuarat latihan kepimpinan, tidak ada siaran persidangan umum—malah, mereka tidak mempunyai salinan Kitab Mormon yang cukup untuk diedarkan. Ramai penganut baharu ini tertarik dengan injil yang dipulihkan oleh janji-janji pernyataan Roh, terutamanya apa yang digambarkan dalam Perjanjian Baru (lihat, contohnya, 1 Korintus 12:1–11). Tetapi ramai yang rasa sukar untuk mengenal pasti pernyataan sebenar Roh. Melihat kekeliruan itu, Joseph Smith berdoa untuk bantuan. Jawapan Tuhan sungguh bernilai hari ini, ketika orang ramai sering menolak atau tidak mengendahkan hal-hal Roh. Dia menegaskan bahawa pernyataan rohani adalah benar. Dia juga menjelaskan itu adalah: kurnia dari seorang Bapa Syurgawi yang penuh kasih, “diberikan demi manfaat mereka yang mengasihi [Dia] dan mentaati semua perintah [Dia], dan dia yang mencari juga melakukan demikian” (Ajaran dan Perjanjian 46:9).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Juruselamat mengalu-alukan semua yang ingin menyembah dalam Gereja-Nya.
Adakah kawan dan jiran tetangga anda rasa dialu-alukan di pertemuan penyembahan bahagian anda? Apakah yang anda lakukan untuk menjadikan pertemuan Gereja satu tempat yang orang ingin datang lagi? Renungkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan nasihat Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 46:1–7 (lihat juga 2 Nefi 26:24–28; 3 Nefi 18:22–23).
Anda juga boleh fikirkan masa ketika anda menghadiri penyembahan Gereja—atau satu pertemuan dengan kumpulan lain—buat kali pertama. Apakah yang orang lakukan untuk membantu anda rasa dialu-alukan?
Lihat juga Moroni 6:5–9
Welcome ComeUntoChrist.org
Bapa Syurgawi memberi saya kurnia rohani untuk memberkati orang lain.
Para Orang Suci awal mempercayai kurnia-kurnia rohani tetapi memerlukan bimbingan untuk mengenali dan memahami tujuannya. Semasa anda mengkaji tentang kurnia-kurnia Roh dalam Ajaran dan Perjanjian 46:7–33, renungkan tujuan “untuk [apa] ianya diberikan” (ayat 8). Apakah yang anda pelajari tentang Tuhan—pemberi kurnia-kurnia ini?
Bolehkah anda fikirkan contoh-contoh orang yang menggunakannya atau kurnia-kurnia rohani yang lain? Bagaimanakah mereka “manfaat[kan] … anak-anak Tuhan”? (ayat 26). Anda juga boleh cuba mengenal pasti contoh kurnia-kurnia rohani yang berbeza dalam tulisan suci seperti berikut: 1 Raja-Raja 3:5–15; Daniel 2:26–30; Kisah Rasul-Rasul 3:1–8; Helaman 5:17–19; Mormon 1:1–5; Eter 3:1–15; Ajaran dan Perjanjian 6:10–12; Musa 7:13.
Pengkajian kurnia rohani boleh bimbing anda untuk merenungkan kurnia-kurnia yang Tuhan telah berikan kepada anda. Bagaimanakah anda boleh menggunakan kurnia-kurnia ini untuk memberkati anak-anak-Nya? Jika anda mempunyai berkat bapa bangsa, ia mungkin terkandung beberapa kurnia rohani anda. Membaca pesanan Elder John C. Pingree Jr. “Aku Memiliki Suatu Pekerjaan Bagi-Mu” juga boleh membuka minda anda tentang kurnia yang anda belum fikirkan (Persidangan Umum, Okt. 2017).
Jika anda ingin belajar tentang bagaimana untuk mengembangkan kurnia-kurnia rohani, analogi di awal pesanan Elder Juan Pablo Villar “Menjalankan Otot-otot Rohani Kita” boleh membantu (Persidangan Umum, Apr 2019). Apakah “senaman” yang boleh membantu anda mengembangkan kurnia rohani anda?
Lihat juga Topics and Questions, “Holy Ghost ,” Gospel Library.
Tuhan ingin Gereja-Nya menyimpan sejarah.
Panggilan John Whitmer untuk menyimpan sejarah Gereja meneruskan tradisi mencatat rekod di kalangan umat Tuhan. Mengapakah merekod sejarah itu penting bagi Tuhan? Renungkan ini semasa anda membaca bahagian 47 serta arahan yang serupa dalam 2 Nefi 29:11–12; Musa 6:5; Abraham 1:28, 31. Apakah yang anda rasa Tuhan mahu anda rekodkan dalam kehidupan anda?
Di FamilySearch, anda boleh mencatat kenangan dan pengalaman dari kehidupan anda—dan kehidupan nenek moyang anda (lihat FamilySearch.org).
John Whitmer
Roh Kudus boleh membimbing saya apabila saya memenuhi panggilan-panggilan saya.
Anda mungkin dapat memahami perasaan John Whitmer ketika dia inginkan keyakinan bahawa panggilan dia datang daripada Tuhan. Apakah yang Tuhan katakan dalam Ajaran dan Perjanjian 47 kepada John Whitmer—dan kepada anda—untuk mengilhami keyakinan dalam memenuhi panggilan yang Dia berikan?
Peranan seorang pengajar. Mengajar adalah lebih daripada menyampaikan maklumat. Ia termasuk mencipta satu persekitaran di mana ahli-ahli kelas boleh belajar dan menemui kebenaran untuk diri mereka sendiri dan saling berkongsi apa yang mereka telah belajar (lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 26).
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Saya boleh membantu orang lain berasa dialu-alukan di gereja.
-
Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 46:5 dengan anak-anak anda, bincangkan bagaimana Juruselamat ingin orang rasa apabila mereka datang ke Gereja-Nya. Jemput anak-anak anda untuk membayangkan bahawa mereka melihat seseorang di gereja buat kali pertama. Bantu mereka berlatih cara-cara untuk membantu orang ini rasa dialu-alukan.
Bapa Syurgawi memberi saya kurnia-kurnia rohani untuk memberkati orang lain.
-
Untuk membantu anak-anak anda belajar tentang kurnia-kurnia rohani yang digambarkan dalam Ajaran dan Perjanjian 46:13–26, pertimbangkan idea ini. Anda boleh tuliskan kurnia-kurnia pada kepingan kertas dan sembunyikannya di sekeliling bilik. Semasa anak-anak anda mencari setiap kertas, bantu mereka carikan kurnia itu dalam bahagian 46. Untuk setiap kurnia, bincangkan bagaimana ia digunakan untuk memberkati orang (gambaran dari “Bab 20: Kurnia-kurnia Roh,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 77–80, boleh membantu).
2:19Chapter 20: Gifts of the Spirit: 8•March 1831
-
Beritahu anak-anak anda tentang kurnia yang anda rasa Bapa Syurgawi telah berikan kepada mereka, dan biarkan mereka bercakap tentang kurnia-kurnia yang mereka perhatikan dalam satu sama lain. Menurut Ajaran dan Perjanjian 46:8–9, 26, mengapa Bapa Syurgawi memberikan kita kurnia rohani? Bagaimanakah kita dapat menggunakan kurnia-kurnia kita untuk membantu orang lain?
Saya boleh merekod sejarah saya.
-
Biarkan anak-anak anda menemui apa yang Tuhan mahu John Whitmer lakukan dalam Ajaran dan Perjanjian 47:1, 3. Anda juga boleh saling berkongsi cerita kegemaran dari tulisan suci. Tunjukkan bahawa kita tahu tentang cerita-cerita ini kerana seseorang telah merekodkannya.
-
Pertimbangkan bagaimana anda boleh mengilhami anak-anak anda untuk mencatatkan sejarah peribadi mereka. Anda boleh kongsi beberapa catatan dalam jurnal peribadi atau satu kisah tentang seorang moyang (lihat FamilySearch.org atau Memories app). Anda boleh sediakan beberapa soalan jurnal, seperti “Apa yang telah berlaku minggu ini yang anda inginkan cucu-cucu anda tahu?” atau “Bagaimana anda telah melihat tangan Tuhan dalam hidup anda minggu ini?” Kanak-kanak kecil boleh melukis pengalaman mereka, atau anda boleh merekod mereka bercerita mereka. Apakah berkat-berkat yang datang kerana menyimpan suatu “sejarah yang biasa”? (Ajaran dan Perjanjian 47:1).
Saya boleh membantu orang lain dengan berkongsi apa yang saya ada.
-
Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 48:2–3 dengan anak-anak anda, anda mungkin perlu jelaskan bahawa orang datang ke Ohio dari Timur, dan mereka tidak mempunyai tempat untuk tinggal. Apakah yang Tuhan suruh Orang-orang Suci lakukan untuk membantu? Bantu anak-anak anda fikirkan perkara-perkara yang Tuhan telah berikan kepada mereka yang mereka boleh kongsi dengan orang lain. Anda juga boleh nyanyikan satu lagu bersama seperti “‘B’rilah, “Kata Riam” (Buku Nyanyian Anak-anak, 116).
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.