Doctrine and Covenants 2025
5–11 Mei: “Janji-janji … Akan Digenapi”: Ajaran dan Perjanjian 45


“5–11 Mei: ‘Janji-janji … Akan Digenapi’: Ajaran dan Perjanjian 45,’ Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 45,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

keluarga di bait suci

5–11 Mei: “Janji-janji … Akan Digenapi”

Ajaran dan Perjanjian 45

Wahyu dalam bahagian 45 telah diterima, menurut pengenalan bahagian, “membuat para Orang Suci gembira.” Dan terdapat banyak yang perlu digembirakan dalam wahyu ini. Di dalamnya Juruselamat memberi janji lembut-Nya untuk merayu bagi kita di hadapan Bapa (lihat ayat 3–5). Dia menceritakan tentang perjanjian kekal-Nya yang menyebar di seluruh dunia, seperti “utusan … menyediakan jalan di hadapan [Dia]” (ayat 9). Dan Dia bernubuat tentang Kedatangan Kedua-Nya yang agung. Juruselamat melakukan semua ini dan mengakui bahawa ini adalah masa-masa yang sukar (lihat ayat 34), sebahagiannya kerana bahaya yang akan terjadi sebelum kedatangan-Nya. Tetapi bahaya dan kegelapan itu tidak cukup kuat untuk memusnahkan cahaya harapan. “Kerana sesungguhnya Aku berfirman kepadamu,” Tuhan isytiharkan, “bahawa Aku ialah… suatu cahaya yang bersinar dalam kegelapan” (ayat 7). Itu sudah mencukupi untuk menerima wahyu ini—dengan segala nasihat dan amaran serta kebenaran yang Dia ingin berikan—dengan sukacita.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 45:1–5

ikon seminari
Yesus Kristus ialah Pembela saya dengan Bapa.

Apabila kita rasa kekurangan atau tidak layak di hadapan Tuhan, kita dapat mencari jaminan dari firman Juruselamat dalam Ajaran dan Perjanjian 45:1–5. Semasa anda menyelidiki ayat-ayat ini, pertimbangkan soalan-soalan seperti berikut:

  • Apakah perkataan atau frasa dalam ayat-ayat ini yang sangat bermakna bagi anda?

  • Pembela adalah seseorang yang menyokong atau mencadangkan seseorang atau tujuan secara awam. Menurut ayat-ayat ini, bagaimanakah Yesus Kristus melakukan ini untuk anda? Apakah yang melayakkan Dia untuk melakukannya?

  • Apakah yang anda kagum tentang kata-kata Juruselamat kepada Bapa? (ayat 4–5).

Anda juga boleh mengkaji ajaran Elder Dale G. Renlund tentang Yesus Kristus, Pembela kita, dalam “Tentulah Sekarang” (Persidangan Umum, Okt. 2018). Menurut Elder Renlund, apakah bezanya tujuan Juruselamat dibandingkan dengan tujuan Lusifer?

Ayat-ayat berikut mungkin menambah pemahaman anda tentang peranan Juruselamat sebagai Pembela. Semasa anda mengkajinya, pertimbangkan untuk menulis frasa atau kebenaran yang anda boleh kongsi dengan orang lain: 2 Nefi 2:8–9; Mosia 15:7–9; Moroni 7:27–28; Ajaran dan Perjanjian 29:5; 62:1. Mengapakah frasa-frasa tersebut bermakna bagi anda?

Lihat juga “‘Ku Berdiri Kagum,” Nyanyian Rohani, no. 82; Topics and Questions, “Atonement of Jesus Christ,” Gospel Library.

10:47

The Mediator

Ajaran dan Perjanjian 45:9–10

Injil adalah standard kepada dunia.

Pada zaman purba, standard adalah panji yang dibawa ke dalam pertempuran yang digunakan untuk menghimpunkan dan menyatukan tentera. Standard juga merupakan contoh atau peraturan yang boleh diukur dengan hal-hal lain. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 45:9–10, renungkan bagaimana perjanjian anda dengan Tuhan telah menjadi standard bagi anda.

Ajaran dan Perjanjian 45:11–75

Yesus Kristus akan kembali dalam keagungan.

Kedatangan Kedua Tuhan telah digambarkan sebagai “hebat” dan “dahsyat” (Maleakhi 4:5). Dalam Ajaran dan Perjanjian 45, kedua-dua gambaran ini kelihatan sesuai. Wahyu ini termasuk amaran yang serius dan juga janji yang penuh harapan tentang kedatangan Tuhan. Semasa anda mengkaji ayat 11–75, renungkan bagaimana anda boleh bersedia untuk Kedatangan Kedua dengan iman kepada Kristus dan bukannya ketakutan. Catatkan apa yang anda jumpa dalam satu jadual seperti ini:

Nubuat atau janji

Apa yang saya boleh lakukan

Nubuat atau janji

Cahaya (Injil) akan datang kepada mereka yang duduk dalam kegelapan (ayat 28)

Apa yang saya boleh lakukan

Terima cahaya itu—dan kongsikannya (ayat 29)

Nubuat atau janji

Apa yang saya boleh lakukan

Nubuat atau janji

Apa yang saya boleh lakukan

Nubuat atau janji

Apa yang saya boleh lakukan

3:24

Men's Hearts Shall Fail Them

Ajaran dan Perjanjian 45:31–32, 56–57

Saya boleh “berdiri di tempat-tempat kudus” dan tidak akan digerakkan.

Apakah yang anda pelajari dalam Ajaran dan Perjanjian 45:31–32, 56–57 tentang persediaan untuk Kedatangan Kedua Tuhan? Apakah “tempat-tempat kudus” anda? Apakah maksud “tidak akan digerakkan”? Bagaimanakah anda boleh menjadikan di mana anda berada lebih kudus?

Perhatikan bahawa Tuhan merujuk kepada perumpamaan sepuluh orang gadis, mengibaratkan minyak dalam perumpamaan itu dengan kebenaran dan Roh Kudus. Pertimbangkan untuk membaca perumpamaan itu dalam Matius 25:1–13 dengan fikiran itu. Apakah pandangan yang anda temui?

Lihat juga David A. Bednar, “Sekiranya Kamu Mengenal Aku,” Persidangan Umum, Okt. 2016.

lima gadis yang bijaksana

Parable of the Ten Virgins [Perumpamaan tentang Sepuluh Orang Gadis], oleh Dan Burr

Ajaran dan Perjanjian 45:11–15, 66–71

Sion adalah tempat yang selamat untuk para Orang suci Tuhan.

Para Orang Suci pada zaman Joseph Smith ingin membina Sion, Yerusalem Baru (lihat Eter 13:2–9; Musa 7:18, 62–64). Apakah yang anda pelajari tentang Sion—kota kuno pada zaman Henokh dan juga kota zaman akhir—dari Ajaran dan Perjanjian 45:11–15, 66–71? Hari ini perintah untuk menubuhkan Sion merujuk kepada penubuhan kerajaan Tuhan di mana kita tinggal. Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu membina Sion di mana pun anda tinggal?

bahagian kanak-kanak ikon 01

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 45:3–5

Yesus Kristus ialah Pembela saya dengan Bapa.

  • Anda boleh bantu anak-anak anda memahami bahawa seorang pembela adalah seseorang yang menyokong orang lain. Kemudian anda boleh bercakap tentang contoh menjadi seorang pembela yang mereka kenali (seperti mempertahankan seorang kawan). Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 45:3–5 bersama, bantu anak-anak anda mengetahui siapa Pembela kita dan bagaimana Dia membantu kita.

Ajaran dan Perjanjian 45:32

Saya boleh “berdiri di tempat-tempat kudus.”

  • Anda boleh meletakkan gambar rumah, bangunan Gereja, dan bait suci di sekeliling bilik. Kemudian anda boleh memberi anak-anak anda petunjuk yang menggambarkan tempat-tempat ini dan jemput mereka untuk berdiri dekat gambar yang anda gambarkan. Minta mereka untuk berdiri diam semasa anda membaca baris pertama dari Ajaran dan Perjanjian 45:32. Apakah tempat-tempat kudus yang Tuhan berikan kepada kita? Bantu kanak-kanak memahami bahawa untuk “berdiri di tempat-tempat kudus, dan … tidak akan digerakkan” bermaksud untuk sentiasa memilih yang benar, tidak kira apa yang sedang berlaku. Bagaimanakah kita menjadikan rumah kita sebuah tempat yang lebih kudus?

Ajaran dan Perjanjian 45:9

Injil Yesus Kristus adalah standard kepada dunia.

  • Anda boleh menjelaskan kepada anak-anak anda bahawa pada masa dahulu, satu standard adalah satu panji atau bendera yang dibawa ke pertempuran. Ia membantu para askar mengetahui di mana untuk berkumpul dan apa yang perlu dilakukan. Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 45:9, dan bincangkan bagaimana injil adalah seperti satu standard. Anak-anak anda boleh membuat standard atau bendera mereka sendiri, termasuk gambar atau perkataan yang menunjukkan perasaan mereka tentang Juruselamat.

menaikkan standard

Injil adalah seperti standard, atau panji atau bendera.

Ajaran dan Perjanjian 45:44–45

Yesus Kristus akan datang semula.

  • Kemusnahan yang akan berlaku sebelum Kedatangan Kedua boleh membuat kanak-kanak takut. Mengarahkan mereka kepada Yesus Kristus dapat membantu mereka menantikannya dengan iman! Pertimbangkan untuk menjemput mereka berfikir tentang perasaan mereka apabila seseorang istimewa datang melawat, seperti datuk nenek atau kawan. Bagaimanakah mereka akan bersedia untuk lawatan tersebut? Kemudian anda boleh paparkan gambar Juruselamat dan baca Ajaran dan Perjanjian 45:44–45. Kongsi dengan satu sama lain bagaimana perasaan anda tentang kedatangan Juruselamat.

  • Untuk membantu anak-anak anda berasa teruja tentang Kedatangan Kedua Juruselamat, anda boleh tuliskan pada kepingan kertas beberapa janji dari bahagian 45 (lihat, contohnya, ayat 44–45, 51–52, 55, 58–59, 66–71). Berikan anak-anak anda kertas dan minta mereka angkatkan tangan apabila janji yang mereka pegang disebutkan semasa anda membaca ayat-ayat tersebut. Bincangkan maksud janji-janji ini. Anda dan anak-anak anda juga boleh nyanyi bersama sebuah lagu tentang Kedatangan Kedua Juruselamat, seperti “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46).

Bantu kanak-kanak mengenali Roh. Semasa anda mengajar anak-anak anda, beritahu mereka waktu ketika anda merasakan Roh Kudus. Bincang tentang bagaimana anda mengenali pengaruh-Nya. Contohnya, anda mungkin berasa damai atau gembira ketika menyanyikan lagu tentang Juruselamat.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Kedatangan Kedua Yesus Kristus

The Second Coming [Kedatangan Kedua], oleh Harry Anderson

halaman aktiviti untuk kanak-kanak