Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Disember 2025
Apakah yang kita ketahui tentang gembala-gembala pada Krismas pertama?
Shepherds [Para Gembala], oleh Brian Call
Kita tahu beberapa perkara tentang para gembala pada Krismas pertama.
Mereka berada berdekatan Bethlehem. Para gembala berada di negara yang sama di mana kelahiran Kristus berlaku (Lukas 2:8). Dan mereka dapat sampai ke Bethlehem dengan berjalan kaki semasa Dia masih berada di sana (lihat Lukas 2:15–16).
Mereka sedang melakukan tugas mereka. Para gembala ini “sedang menjaga domba di padang”.(Lukas 2:8). Mereka ialah gembala yang baik dan setia, seperti Juruselamat—Gembala yang Baik (lihat Yohanes 10:11, 14).
Mereka tahu nubuat-nubuat Mesias. Mereka nampaknya tahu apa dikatakan malaikat ketika dia mengumumkan kelahiran “Kristus Tuhan” (Lukas 2:11), Mesias yang telah diramalkan sejak dahulu.
Mereka ada semangat yang besar. Apabila malaikat memberitahu mereka tentang “bayi … berbaring di dalam palung”. (Lukas 2:12), mereka “segera pergi” untuk melihat-Nya (Lukas 2:16).
Mereka berkongsi berita baik. Mereka “memberitahu semua orang di situ” apa yang mereka telah dengar dan lihat mengenai pesanan malaikat tentang kelahiran Kristus (Lukas 2:17).
Mereka berterima kasih dan memuji Tuhan. Selepas semua ini, mereka “kembali ke padang sambil memuji-muji Tuhan bagi segala yang sudah didengar dan dilihat oleh mereka” (Lukas 2:20).
© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, December 2025. Malay. 19617 348