“Nabi Elia,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Nabi Elia,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
1 Raja-Raja 16–18
Nabi Elia
Iman seorang ibu dan mukjizat-mukjizat Tuhan
Kerajaan Israel tidak turun hujan, dan bekalan air semakin berkurangan. Raja Ahab dan Permaisuri Izebel tidak suka akan nabi-nabi Tuhan. Malah mereka telah mengarahkan pembunuhan nabi-nabi. Raja dan permaisuri berdoa kepada patung untuk mendatangkan hujan. Namun nabi Elia memberitahu mereka bahawa Tuhan tidak akan menurunkan hujan selama beberapa tahun.
1 Raja-Raja 16:29–33; 17:1; 18:13
Raja dan permaisuri amat marah terhadap Elia. Tuhan memberi amaran kepada Elia untuk bersembunyi kerana nyawanya diancam.
1 Raja-Raja 17:2–3
Tuhan telah memimpin Elia ke sebatang anak sungai dan mengutus burung untuk membawa makanan kepadanya. Oleh kerana tiadanya hujan, air sungai itu menjadi kering, dan Elia tidak mendapat air.
1 Raja-Raja 17:4–7
Tuhan memimpin Elia kepada seorang wanita di kota yang jauh. Elia meminta air dan roti darinya. Namun wanita itu hanya mempunyai bekalan cukup sehari sahaja untuk diri dan anaknya.
1 Raja-Raja 17:8–12
Elia tahu bahawa itu sahajalah baki makanan yang dia ada. Elia menjanjikan wanita itu jika Elia diberi makan, Tuhan akan menyediakan makanan kepada keluarganya sehinggalah hujan turun semula.
1 Raja-Raja 17:13–14
Wanita itu membuat roti untuk Elia. Kemudian minyak dan tepungnya menjadi berganda! Makanan mencukupi untuk Elia dan keluarga wanita itu untuk hari-hari seterusnya.
1 Raja-Raja 17:15–16
Suatu hari anak lelaki wanita itu jatuh sakit dan meninggal. Dia bertanya kepada Elia mengapa Tuhan membenarkan perkara tersebut berlaku kepadanya.
1 Raja-Raja 17:17–20
Elia mempunyai imamat. Dia memberkati anak wanita itu dan meminta Tuhan untuk membenarkannya hidup semula. Anak itu kembali bernafas, dan wanita itu tahu bahawa Elia seorang nabi Tuhan.
1 Raja-Raja 17:21–24