“Daniel dan Kawan-Kawannya,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Daniel dan Kawan-Kawannya,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Daniel 1
Daniel dan Kawan-Kawannya
Menolak makanan raja
Kerajaan Babel menakluki Yerusalem. Mereka mengambil para pemuda yang bijak dan kuat dari keluarga-keluarga di Yerusalem dan membawa mereka ke Babel untuk melayani raja.
Daniel 1:1–4
Daniel dan kawan-kawannya merupakan sebahagian daripada kumpulan pemuda tersebut. Mereka telah dipilih untuk berkhidmat di istana raja dan menjadi orang-orang bijaksananya.
Daniel 1:4–6
Raja itu memberikan Daniel dan kawan-kawannya makanan dan wain. Namun mereka menolak makanan atau wain raja itu. Ia melanggar perintah-perintah Tuhan.
Daniel 1:5–8
Ini menjadikan pengawas raja takut. Dia yang menjaga Daniel dan kawan-kawannya, dan dia fikir, jika mereka menolak makanan raja, mereka akan menjadi lemah berbanding para pemuda yang lain. Kemudian raja akan menjadi marah dan membunuh pengawas itu.
Daniel 1:9–10
Namun Daniel mempercayai Tuhan dan ingin mematuhi perintah-perintah Dia. Daniel meminta pengawas itu untuk berikan mereka air dan bijirin selama 10 hari dan kemudian bandingkan kesihatan mereka dengan kesihatan pemuda yang lain. Pengawas itu bersetuju.
Daniel 1:11–14
Selepas 10 hari, Daniel dan kawan-kawannya menjadi lebih sihat daripada semua pemuda. Daniel dan kawan-kawannya mematuhi perintah-perintah Tuhan, dan Tuhan menjadikan mereka orang yang paling bijak di istana raja itu.
Daniel 1:15–20