“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pembelajaran di Rumah dan di Gereja,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)
Idea-idea untuk Memperbaikkan Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Semasa anda mengkaji injil Juruselamat di rumah dan di gereja, pertimbangkan soalan-soalan berikut:
-
Bagaimanakah anda akan menjemput Roh ke dalam pengkajian anda?
-
Bagaimanakah anda boleh tumpukan kepada Juruselamat dalam kajian anda?
-
Bagaimanakah anda boleh memanfaatkan detik-detik pembelajaran harian?
-
Bagaimanakah anda boleh menggalakkan ahli keluarga dan kelas untuk mengkaji tulisan suci sendiri dan berkongsi apa yang mereka pelajari?
Berikut ialah beberapa cara untuk meningkatkan pengkajian anda tentang firman Tuhan.
Berdoa untuk ilham
Tulisan suci adalah firman Tuhan, minta bantuan-Nya untuk pemahaman.
Cari kebenaran tentang Yesus Kristus
Segala hal bersaksi tentang Kristus (lihat 2 Nefi 11:4; Musa 6:63), oleh itu, pertimbangkan untuk mencatat atau menandakan ayat yang bersaksi tentang Juruselamat, memperdalamkan kasih anda terhadap-Nya, dan mengajar bagaimana untuk mengikuti-Nya. Ada masa kebenaran tentang Juruselamat dan injil-Nya dinyatakan secara jelas, dan ada masa ia diajar melalui contoh atau cerita. Tanya diri sendiri, “Apakah kebenaran abadi yang diajar dalam ayat-ayat ini?” Apakah yang kebenaran ini ajarkan saya tentang Juruselamat?”
Dengarkan Roh
Perhatikan fikiran dan perasaan anda, bahkan jika ia tidak berkaitan dengan apa yang anda sedang baca. Tanggapan ini mungkin adalah apa yang Bapa Syurgawi mahu anda pelajari.
Catatkan tanggapan anda
Terdapat pelbagai cara untuk mencatat tanggapan yang datang semasa anda mengkaji. Contohnya, anda mungkin temui perkataan dan frasa tertentu dalam tulisan suci yang mengagumkan anda; anda boleh menandakannya dan mencatat fikiran anda sebagai nota dalam tulisan suci anda. Anda juga boleh menyimpan jurnal untuk mencatat pandangan, perasaan, dan tanggapan yang anda terima.
Kongsi apa yang anda belajar dengan orang lain
Membincangkan pandangan daripada pengkajian peribadi anda merupakan cara yang baik untuk mengajar orang lain dan juga membantu memperkuatkan pemahaman anda tentang perkara yang telah dibaca. Kongsi apa yang anda pelajari dengan ahli keluarga dan kawan-kawan (secara bersemuka atau digital), dan jemput mereka untuk melakukan perkara yang sama.
Kaitkan tulisan suci dengan kehidupan anda
Pertimbangkan bagaimana cerita dan ajaran yang anda baca boleh digunakan dalam kehidupan anda. Contohnya, anda boleh tanya diri sendiri, “Apakah pengalaman yang saya ada yang serupa dengan apa yang saya baca?”
Tanya soalan semasa anda mengkaji
Semasa anda mengkaji tulisan suci, soalan akan timbul dalam minda. Soalan-soalan ini mungkin berkaitan dengan perkara yang anda sedang baca atau dengan kehidupan anda. Renungkan soalan-soalan ini dan cari jawapan semasa anda terus mengkaji tulisan suci.
Gunakan bantuan pengkajian kitab suci
Untuk memperoleh pandangan tambahan tentang ayat-ayat yang anda baca, gunakan nota kaki, Panduan Tulisan Suci, dan bantuan pengkajian yang lain.
Pertimbangkan konteks tulisan suci
Anda dapat mencari pandangan yang bermakna tentang tulisan suci semasa anda pertimbangkan konteksnya, termasuk keadaan atau latar belakangnya. Contohnya, mengetahui latar belakang dan kepercayaan orang-orang yang Tuhan telah berbicara dapat membantu anda memahami niat firman-Nya.
Kaji kata–kata para nabi dan rasul zaman akhir
Baca apa yang para nabi dan rasul zaman akhir telah ajar tentang asas-asas yang anda temui dalam tulisan suci.
Amalkan apa yang anda pelajari
Pengkajian tulisan suci tidak seharusnya hanya mengilhami kita tetapi turut membimbing kita untuk mengubah cara kita hidup. Dengarkan apa yang Roh dorong anda untuk lakukan semasa anda membaca, kemudian bertindak atas dorongan itu.
Gunakan muzik
Cadangan lagu rohani dan lagu kanak-kanak boleh didapati di seluruh Ikutlah Aku. Gunakan muzik kudus untuk menjemput Roh dan memperdalamkan iman dan kesaksian anda tentang kebenaran injil.
Hafal tulisan suci
Pilih satu petikan ayat suci yang bermakna bagi anda, keluarga anda, atau kelas anda dan hafal ayat tersebut dengan mengulanginya setiap hari atau bermain permainan menghafal.
Kongsi pengajaran berobjek
Cari objek-objek yang berkaitan dengan bab dan ayat yang anda baca. Pertimbangkan bagaimana setiap objek berkaitan dengan ajaran-ajaran dalam tulisan suci.
Lukis, cari, atau ambil gambar
Baca beberapa ayat, dan kemudian lukiskan sesuatu yang berkaitan dengan apa yang anda baca. Atau anda boleh mencari gambar dalam Buku Seni Injil atau tempat lain dalam Gospel Library. Anda juga boleh mengambil gambar yang menggambarkan apa yang anda pelajari.
Mendramakan sebuah cerita
Selepas membaca sebuah cerita, jemput ahli keluarga atau kelas untuk melakonkan cerita itu. Selepas itu, bincangkan bagaimana cerita itu berkaitan dengan perkara yang anda alami.
Jadi fleksibel di rumah
Jika anda mempunyai ahli keluarga yang tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam pengkajian tulisan suci sekeluarga, cari cara lain untuk berhubung dengan mereka. Contohnya, bolehkah anda secara semula jadi berkongsi injil abadi dalam perbualan anda atau berkongsi tulisan suci yang bermakna tanpa nada yang berkhutbah? Pengkajian tulisan suci setiap keluarga tidak sama. Sesetengah kanak-kanak lebih selesa dengan pengkajian tulisan suci satu per satu. Berdoalah dan ikuti dorongan Roh.
Mesyuarat majlis pengajar untuk ibu bapa. Jika anda ingin bantuan tambahan dalam usaha untuk mengajar anak-anak anda, cari tahu jika bahagian anda mengadakan mesyuarat majlis pengajar untuk ibu bapa (lihat Buku Panduan Umum, 17.5). Pertemuan-pertemuan ini adalah peluang bagi ibu bapa untuk berunding dan belajar bersama tentang cara memperbaikkan pengajaran mereka. Mereka boleh membincangkan asas-asas dalam Mengajar dengan Cara Juruselamat, idea-idea di halaman-halaman ini untuk memperbaikkan pengkajian tulisan suci sekeluarga, dan cadangan pembelajaran dan pengajaran yang terdapat di seluruh Ikutlah Aku.