“28 April–4 Mei: ‘Hukum-Ku untuk Menguruskan Gereja-Ku’: Ajaran dan Perjanjian 41–44,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 41–44,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
28 April–4 Mei: “Hukum-Ku untuk Menguruskan Gereja-Ku”
Ajaran dan Perjanjian 41–44
Gereja berkembang dengan cepat pada tahun 1830 dan 1831, terutamanya dengan gesaan ahli-ahli baharu di Kirtland, Ohio. Perkembangan ini menarik dan menggalakkan para Orang Suci, tetapi ia juga mempunyai beberapa cabaran. Bagaimanakah anda menyatukan sekumpulan orang yang percaya yang berkembang dengan cepat? Khususnya, apakah yang anda lakukan apabila mereka membawa ajaran dan amalan dari agama mereka sebelumnya? Contohnya, ketika Joseph Smith tiba di Kirtland pada awal Februari 1831, dia mendapati para penganut baharu berkongsi harta bersama dengan usaha tulen untuk meniru amalan Orang Kristian di dalam Perjanjian Baru (lihat Kisah Rasul-Rasul 4:32–37). Tuhan membuat beberapa pembetulan dan penjelasan penting tentang topik ini dan topik-topik lain. Dia melakukan ini sebahagian besarnya melalui wahyu yang tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian 42 yang Dia memanggil “hukum-Ku untuk menguruskan gereja-Ku” (ayat 59). Dalam wahyu ini, kita mempelajari kebenaran yang asas dalam penubuhan Gereja Tuhan pada zaman akhir. Dan kita belajar bahawa kita mempunyai banyak lagi untuk dipelajari: “Jika engkau akan meminta,” Tuhan berjanji, “engkau akan menerima wahyu demi wahyu, pengetahuan demi pengetahuan” (Ajaran dan Perjanjian 42:61).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
“Dia yang menerima hukum–Ku dan melakukannya, merekalah pengikut–Ku.”
Pada awal 1831, para Orang Suci mula berkumpul di Ohio. Mereka ingin menerima hukum yang Tuhan telah janji untuk ungkapkan di sana (lihat Ajaran dan Perjanjian 38:32). Tetapi terdahulu, Dia mengajar bagaimana para pengikut-Nya patut bersedia untuk menerima hukum-Nya. Apakah asas-asas yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 41:1–6 yang telah membantu Orang Suci menerima hukum Tuhan? Bagaimana mungkin asas-asas ini membantu anda menerima arahan dari-Nya?
Lihat juga “A Bishop unto the Church (Uskup untuk Gereja),” dalam Revelations in Context (Wahyu dalam Konteks), 77–83.
Tuhan memberi saya perintah-perintah kerana Dia mengasihi saya.
Orang Suci menganggap wahyu yang ditemui dalam Ajaran dan Perjanjian 42:1–72 sebagai salah satu yang paling penting yang diterima oleh Nabi. Ia adalah salah satu wahyu pertama yang akan diterbitkan. Selama bertahun-tahun, para Orang Suci memanggilnya hanya “hukum.” Walaupun bahagian itu tidak termasuk semua perintah atau hukum Tuhan, ia berharga untuk merenungkan mengapa asas-asas ini penting bagi Gereja yang baru dipulihkan. Mengapakah ia penting untuk kita pada hari ini?
Kerana bahagian 42 agak panjang, anda boleh pertimbangkan untuk mengkajinya dalam bahagian yang lebih kecil, seperti yang berikut. Mengenal pasti asas-asas yang diajarkan dalam setiap bahagian, dan pertimbangkan bagaimana hukum-hukum ini adalah tanda kasih Tuhan kepada umat-Nya.
Mengapakah Tuhan memberi kita hukum dan perintah? Dalam cara apakah anda telah diberkati dengan mengetahui dan mengikuti perintah-perintah?
Ajaran dan Perjanjian 42:30–42
“Mengingati yang miskin”
Sebagai sebahagian hukum yang dinyatakan dalam bahagian 42, Tuhan mengajar Orang Suci-Nya bagaimana mereka boleh, seperti para pengikut Kristus dahulu, mempunyai “kepunyaan bersama” (Kisah Rasul-Rasul 2:44; 4 Nefi 1:3), dengan “tiada ada yang miskin di kalangan mereka” (Musa 7:18). Apakah yang anda pelajari daripada Ajaran dan Perjanjian 42:30–42 tentang bagaimana para Orang Suci hidup hukum pembaktian? (Untuk membaktikan bermaksud untuk mengetepikan sesuatu untuk tujuan kudus.)
Walaupun kita tidak mempunyai “kepunyaan bersama” hari ini, Orang Suci Zaman Akhir membuat perjanjian di bait suci untuk mematuhi hukum pembaktian. Bagaimanakah anda dapat membaktikan apa yang Tuhan telah berikan kepada anda untuk memberkati orang yang memerlukannya? Anda boleh menyanyikan lagu seperti “Ker’na Kudib’ri Banyak” (Nyanyian Rohani, no. 99) boleh memberi anda idea.
Lihat juga Sharon Eubank, “Aku Berdoa Dia Akan Gunakan Kita,” Persidangan Umum, Nov. 2021; “The Law (Hukum),” dalam Revelations in Context (Wahyu dalam Konteks), 93–95.
Christ and the Rich Young Ruler [Kristus dan Pemerintah Muda yang Kaya], oleh Heinrich Hofmann
Ajaran dan Perjanjian 42:61, 65–68; 43:1–16
Tuhan memberi wahyu untuk membimbing Gereja-Nya—dan untuk membimbing saya.
Bayangkan anda mempunyai perbualan dengan ahli baharu Gereja yang teruja mengetahui bahawa Gereja dibimbing oleh wahyu. Bagaimanakah anda boleh menggunakan Ajaran dan Perjanjian 43:1–16 untuk membantu dia belajar tentang pola Tuhan untuk membimbing Gereja-Nya melalui nabi-Nya? Bagaimanakah anda boleh menggunakan Ajaran dan Perjanjian 42:61, 65–68 untuk mengajar tentang menerima wahyu peribadi?
Apakah beberapa “hal-hal yang damai” dan perkara-perkara gembira yang anda telah terima daripada Tuhan melalui Roh-Nya?
Untuk mempelajari tentang bagaimana para pemimpin Gereja telah mendengar suara Tuhan, anda boleh menonton salah satu video dalam koleksi “Hear Him (Dengarkanlah Dia)” dalam Gospel Library. Pertimbangkan untuk mencipta video anda sendiri, menjelaskan bagaimana Tuhan berkomunikasi dengan anda.
Lihat juga Russell M. Nelson, “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Persidangan Umum, April 2018; “All Things Must Be Done in Order (Segala Hal Mesti Dilakukan Dengan Teratur),” dalam Revelations in Context (Wahyu dalam Konteks), 50–53.
Gunakan pengajaran berobjek. Pelajaran berobjek atau alat bantuan visual dapat membantu orang yang anda ajar memahami kebenaran injil dengan lebih baik dan mengingatinya lebih lama. Contohnya, anda boleh menggunakan teka-teki, dihimpunkan sekeping demi kepingan, untuk mengajar tentang menerima “wahyu demi wahyu, pengetahuan demi pengetahuan” (Ajaran dan Perjanjian 42:61).
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Pengikut adalah seseorang yang menerima hukum Tuhan dan mematuhinya.
-
Untuk membantu anak-anak anda mengetahui maksud untuk menjadi pengikut Yesus Kristus, anda boleh menulis Ajaran dan Perjanjian 41:5 pada sekeping kertas, meninggalkan tempat kosong di mana perkataan pengikut harus berada. Mereka kemudiannya boleh melihat dalam ayat 5 untuk perkataan yang hilang. Menurut ayat ini, apakah maksudnya untuk menjadi pengikut Yesus Kristus? Bagaimanakah kita cuba untuk menjadi pengikut Kristus yang lebih baik?
Saya gembira apabila saya mematuhi perintah Tuhan.
-
Anak-anak anda boleh bermain permainan yang memerlukan mereka untuk mendengar dengan teliti dan mengikut arahan. Anda boleh menggunakan permainan ini untuk bercakap tentang apa yang dimaksudkan untuk “dengar dan patuhilah” Tuhan (Ajaran dan Perjanjian 42:2). Apakah arahan yang Dia telah berikan kita? Bagaimanakah kita diberkati dengan mematuhi hukum dan perintah-Nya?
-
Anda boleh melengkapkan halaman aktiviti minggu ini bersama anak-anak anda. Anda juga boleh menyanyikan lagu tentang mematuhi hukum-hukum Tuhan, seperti “Injil Kan Ku Hayati” (Buku Nyanyian Anak-anak, 72). Pertimbangkan untuk saling berkongsi bagaimana mematuhi hukum-hukum Tuhan telah membawa anda kegembiraan.
Saya melayani Yesus Kristus ketika saya melayani orang lain.
-
Selepas membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 42:38, bantu anak-anak anda memikirkan cara mereka boleh melayani Yesus dengan melayani orang lain. Mereka juga boleh melihat gambar Juruselamat membantu orang lain, menyembuhkan yang sakit, atau berbuat baik kepada kanak-kanak (lihat Buku Seni Injil, no. 42, 47).
2:18Pass It On
-
Anda boleh menunjukkan kepada anak-anak anda satu slip Persepuluhan dan Sumbangan Lain dan bercakap tentang cara menggunakannya untuk memberi apa yang kita ada untuk memberkati orang lain (lihat juga “Persepuluhan dan Dermaan Online”).
Hanya nabi yang dapat menerima wahyu untuk seluruh Gereja.
-
Jemput anak-anak anda untuk membayangkan seseorang berdiri dalam pertemuan kesaksian dan memberitahu bahagian bahawa dia telah menerima wahyu untuk seluruh Gereja (contohnya, satu wahyu bahawa kita tidak boleh lagi makan lobak merah atau kita harus membasuh tangan dengan susu dan bukannya air.) Dia berkata bahawa kita harus mendengar apa yang dia katakan dan bukan daripada nabi. Apakah yang salah tentang itu? Anda kemudian boleh mengkaji Ajaran dan Perjanjian 43:1–7 bersama untuk mengetahui bagaimana Tuhan memberi perintah kepada Gereja-Nya.
-
Anda juga boleh menunjukkan gambar nabi yang hidup dan jemput anak-anak anda untuk berkongsi sesuatu yang dia ajar baru-baru ini. Jika mereka memerlukan bantuan, tunjukkan klip video atau baca satu petikan dari pesanan persidangan umum baru-baru ini. Mengapakah ia adalah suatu berkat untuk memiliki nabi yang hidup hari ini?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.