“Suara-suara Pemulihan: Saksi-saksi Kitab Mormon,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Saksi-saksi Kitab Mormon,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Suara-suara Pemulihan
Saksi-saksi Kitab Mormon
Malaikat Moroni menunjukkan kepingan-kepingan emas kepada Joseph Smith, Oliver Cowdery, David Whitmer, dan Martin Harris di dalam hutan berdekatan rumah Whitmer di Fayette, New York. Ibu bapa Joseph melawat keluarga Whitmer pada masa itu. Lucy Mack Smith, ibu Joseph, menggambarkan kesan pengalaman yang menakjubkan ini kepada para saksi:
“Ia adalah antara pukul tiga dan empat. Puan Whitmer dan Encik Smith dan diriku sedang duduk di bilik tidur. Aku duduk di tepi katil. Ketika Joseph masuk, dia menjatuhkan dirinya di sisiku. ‘Ayah! Ibu!’ katanya. ‘Kamu tidak tahu betapa gembiranya aku. Tuhan telah memperlihatkan kepingan-kepingan itu kepada tiga orang lagi selain aku, mereka juga telah melihat seorang malaikat dan harus memberi kesaksian tentang kebenaran yang telah aku katakan. Kerana mereka tahu sendiri bahawa aku tidak menipu orang ramai. Dan aku merasakan seolah-olah aku telah dilepaskan dari beban yang berat, yang hampir terlalu banyak untuk aku bertahan. Tetapi mereka sekarang perlu menanggung sebahagian, dan ia menggembirakan jiwaku bahawa aku tidak lagi bersendirian sepenuhnya di dunia. Martin Harris masuk. Dia seolah-olah hampir diatasi dengan kegembiraan yang teramat. Dia kemudian bersaksi apa yang dilihat dan didengarnya, seperti juga yang lain, Oliver dan David. Kesaksian mereka sama seperti yang terdapat dalam Kitab Mormon. …
“Martin Harris kelihatannya sama sekali tidak dapat menyatakan perasaannya dengan kata-kata. Dia berkata, ‘Aku telah melihat seorang malaikat dari Syurga yang memberi kesaksian tentang kebenaran semua yang telah aku dengar mengenai catatan tersebut, dan mataku telah melihatnya. Aku juga melihat kepingan-kepingan itu dan mengendalikannya dengan tanganku dan dapat memberi kesaksian yang sama kepada seluruh dunia. Tetapi aku telah menerima untuk diriku kesaksian yang tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata, bahawa tidak ada lidah yang boleh menggambarkan, dan aku bersyukur kepada Tuhan dengan keikhlasan jiwaku bahawa dia telah perendahkan diri untuk menjadikan aku saksi kebesaran pekerjaan dan ciptaan-Nya bagi pihak anak-anak manusia.’ Oliver dan David juga mengikuti Martin dalam pujian yang penuh kepada Tuhan kerana kebaikan dan belas kasihan-Nya. Kami kembali ke rumah [Palmyra, New York,] keesokan harinya dengan penemanan yang ceria dan gembira.”
Oliver Cowdery, David Whitmer dan Martin Harris
Lucy Mack Smith turut hadir ketika Lapan Saksi kembali dari pengalaman mereka:
“Setelah saksi-saksi ini kembali ke rumah, malaikat itu kembali muncul kepada Joseph; pada masa itu Joseph menyerahkan kepingan-kepingan tersebut ke tangan malaikat tersebut. Malam itu kami mengadakan mesyuarat, di mana semua saksi memberi kesaksian terhadap hal-hal yang dinyatakan di atas; dan semua keluarga kami, bahkan Don Carlos [Smith], yang berusia 14 tahun, bersaksi tentang kebenaran zaman keagamaan zaman akhir—yang kemudiannya diiringi sepenuhnya.”
Ukiran Joseph Smith dan Lapan Saksi
Selain daripada Tiga Saksi dan Lapan Saksi, Mary Whitmer, ibu David Whitmer, juga diberkati untuk menjadi saksi kepingan-kepingan emas. Malaikat Moroni menunjukkannya kepada dia [Mary Whitmer] sebagai tanda penghargaan untuk pengorbanan yang dia lakukan sewaktu Joseph, Emma, dan Oliver tinggal di rumahnya. “Kamu telah sangat beriman dan tekun dalam pekerjaanmu,” Moroni beritahu dia. “Oleh kerana itu, adalah sesuai untuk kamu menerima kesaksian agar imanmu boleh dikuatkan.”