“Suara-suara Pemulihan: Terjemahan Kitab Mormon,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Terjemahan Kitab Mormon,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Suara-suara Pemulihan
Terjemahan Kitab Mormon
Pada April 1829, bulan ketika bahagian 6–9 Ajaran dan Perjanjian diterima, Joseph Smith sedang mengusahakan terjemahan Kitab Mormon. Kita tidak tahu banyak butiran tentang proses penterjemahan yang ajaib itu, tetapi kita tahu bahawa Joseph Smith adalah seorang pelihat, dibantu oleh alat–alat yang telah Tuhan sediakan: dua batu lut sinar yang dipanggil Urim dan Tumin dan satu lagi batu yang dipanggil batu pelihat.
Apabila ditanya kemudian tentang bagaimana catatan ini diterjemahkan, Joseph berkata “bahawa ia tidak bertujuan untuk memberitahu dunia semua butiran.” Dia sering menyatakan bahawa ia diterjemahkan “melalui kurnia dan kuasa Tuhan.”
Kenyataan berikut, dari saksi mata bagi proses terjemahan, menyokong kesaksian Joseph.
Adalah dipercayai bahawa kotak ini, milik Hyrum Smith, digunakan untuk menyembunyikan kepingan-kepingan emas buat sementara waktu.
Emma Smith
“Ketika suamiku menterjemahkan Kitab Mormon, aku menulis sebahagian daripadanya, dia menyebut setiap ayat, perkataan demi perkataan, dan apabila dia menyebut nama-nama yang dia tidak dapat menyebut, atau perkataan panjang, dia akan mengeja, dan aku menulisnya, jika aku membuat kesilapan dalam ejaan, dia akan menghentikan aku dan membetulkan ejaan walaupun mustahil untuk dia melihat bagaimana aku menulisnya pada waktu itu. Bahkan perkataan Sara dia tidak dapat menyebutnya pada mulanya, tetapi perlu mengeja, dan aku menyebut itu untuknya.”
“Kepingan-kepingan itu sering diletakkan di atas meja tanpa sebarang cubaan untuk menyembunyikan ia, dibalut dengan kain lapik kecil yang telah saya berikan kepadanya untuk dilipat. Aku pernah merasakan kepingan-kepingan tersebut, kerana ia terletak di atas meja, merasa rangka dan bentuknya. Ia seolah-olah lasak seperti kertas tebal, dan akan bergetar dengan bunyi logam ketika tepinya dipindahkan dengan ibu jari, seperti yang kadang-kadang dilakukan dengan tepi buku. …
“Aku percaya bahawa Kitab Mormon adalah keaslian ilahi—aku tidak mempunyai sedikit keraguan tentangnya. Aku berpuas hati bahawa tiada seorang pun yang dapat menyebut penulisan manuskrip itu kecuali dia diilhamkan; kerana, ketika bertindak sebagai jurutulisnya, [Joseph] akan menyebut kepada aku jam demi jam; dan apabila selesai makan, atau selepas gangguan, dia akan segera mulakan di mana yang telah tertinggal, tanpa melihat manuskrip atau mempunyai apa-apa bahagian dibacakan kepadanya. Ini adalah perkara biasa yang dia lakukan. Mustahil bagi seorang manusia yang terpelajar melakukan ini; dan, untuk orang yang begitu jahil dan tidak terpelajar seperti itu, ia adalah mustahil.”
Oliver Cowdery
“Aku menulis dengan pen aku sendiri seluruh Kitab Mormon (kecuali beberapa halaman) seolah-olahnya ia keluar dari mulut nabi, dia menterjemahkannya dengan kurnia dan kuasa Tuhan, melalui Urim dan Tumin, atau, ia dipanggil dalam kitab, alat-alat tafsir. Aku melihat dengan mataku, dan tanganku memegang, kepingan-kepingan emas yang diterjemahkan itu. Aku juga melihat alat-alat tafsir itu.”