Liahona
Keluarga Saya Membawa Kebahagiaan Kepada Saya
Mac 2026 Liahona


Pesanan Pemimpin Kawasan Asia

Keluarga Saya Membawa Kebahagiaan Kepada Saya

Suatu hari ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah, saya nampak satu papan tanda dalam Bahasa Inggeris yang menarik perhatian saya. Ia berbunyi, “Ejaan Family (Keluarga) bermaksud Father And Mother I Love You (Ayah Dan Ibu Saya Mengasihi Anda).” Papan tanda ini memberi saya beberapa ilham. Ia menjelaskan struktur perkataan “Keluarga.” Sebuah keluarga termasuk ibu bapa dan anak-anak, dan yang lebih penting, ia termasuk perbuatan penting – “kasih.” Ini menjadikan perkataan mudah ini sangat berbeza dan mengisinya dengan motivasi dan harapan yang diperlukan oleh sesebuah keluarga.

Daripada semua kurnia yang Bapa Syurgawi telah sediakan kepada anak-anak-Nya, kurnia terbesar ialah kehidupan abadi. Kurnia itu adalah untuk hidup di hadirat Tuhan Bapa dan Putera Terkasih-Nya bersama keluarga selamanya. Hanya dalam kerajaan Tuhan tertinggi, kerajaan selestial, ikatan kasih kehidupan keluarga akan berterusan. Kita semua mengharapkan kebahagiaan untuk hidup dalam keluarga yang penyayang. Kita semua berharap bahawa suatu hari nanti kita akan merasai semula kehangatan kasih sayang daripada ahli keluarga yang kita kasihi serta yang kini amat kita rindui untuk dipeluk semula.

Bapa Syurgawi kita yang pengasih tahu akan isi hati kita. Tujuan-Nya adalah untuk memberi kita kebahagiaan. Dia telah memberi kurnia Putera-Nya untuk membolehkan kebahagiaan ikatan keluarga yang akan berterusan selamanya. Kerana Juruselamat memutuskan ikatan kematian, kita akan dibangkitkan. Kerana Dia menebus dosa-dosa kita, kita boleh, melalui iman dan pertaubatan kita, menjadi layak untuk kerajaan selestial, di mana keluarga disatukan dalam kasih buat selamanya.

Elder Henry B. Eyring berkata: “Janji saya kepada anda adalah janji seorang ahli Kuorum Dua Belas Rasul pernah buat dengan saya.” Saya berkata kepada dia bahawa kerana pilihan-pilihan yang dibuat oleh beberapa ahli keluarga kami, saya meragui bahawa kami dapat bersama di dunia yang akan datang. Dia berkata, setakat yang saya dapat ingat, “Kamu risau tentang masalah yang salah. Kamu hanya harus hidup layak untuk kerajaan selestial, dan situasi keluarga kamu akan lebih bahagia daripada apa yang boleh kamu gambarkan.”

Presiden Harold B. Lee menggalakkan kita semua untuk mempunyai kasih, kekuatan, dan kegembiraan yang lebih besar di rumah kita. Dia berkata, “Kuatkan hubungan keluarga anda dan jagalah anak-anak anda . . . Pastikan rumah dijadikan tempat yang kukuh agar kanak-kanak boleh datang untuk sauh yang mereka perlukan pada zaman kesusahan dan kekacauan kini. Kemudian kasih akan berlimpah dan kebahagiaan anda akan bertambah.” Dia mencadangkan bahawa kita harus berdoa bersama keluarga dan memenuhi panggilan gereja kita. Ahli keluarga harus menunjukkan rasa hormat kepada satu sama lain. Ibu bapa tidak harus bertengkar, dan salah faham perlu dibincangkan secara baik bersama. Setiap orang harus berusaha setiap hari untuk membuat pengorbanan untuk membantu orang lain dalam keluarga.

Presiden Harold B. Lee menyatakan, “Kasih Tuhan bukanlah sesuatu yang kamu peroleh dengan hanya meminta. Yohanes telah berkata, “Jika seseorang berkata, ‘Aku mengasihi Tuhan,’ tetapi dia membenci saudaranya, orang itu pendusta. Jika seseorang tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya, tidak mungkin dia dapat mengasihi Tuhan yang tidak dilihatnya?” Anda tidak boleh mengasihi Tuhan dan kemudian mengeji saudara yang bersama anda. Mana-mana lelaki yang berfikir dia kuat dalam rohani tetapi rumahnya kucar-kacir kerana pengabaian dan kegagalannya untuk menjaga isteri dan anak-anaknya sendiri, lelaki itu tidak berada di jalan untuk memupuk kasih kepada Tuhan.”

“Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” boleh membantu menguatkan dan menyatukan keluarga anda. Cadangan-cadangan berikut telah diberikan kepada kanak-kanak Sekolah Primer.

  • Anda adalah sebahagian daripada keluarga abadi yang memerlukan bantuan anda.

  • Anda boleh membawa kegembiraan, kebaikan hati, dan kasih kepada keluarga anda.

  • Anda boleh mendengar satu sama lain, bekerja dan bermain bersama, mengampuni, dan membantu satu sama lain.

  • Anda boleh membaca tulisan suci bersama keluarga anda.

  • Anda boleh menjadi teladan yang baik kepada keluarga anda semasa anda berdoa dan mematuhi perintah-perintah.

Saya bersaksi bahawa apabila anda hidup layak untuk kerajaan selestial, janji kenabian bahawa “penyusunan keluarga akan lebih menakjubkan daripada apa yang anda boleh bayangkan” akan menjadi milik anda. ■

Rujukan

  1. A&P 14:7

  2. 2 Nefi 2:25

  3. Henry B. Eyring, “Sebuah Rumah Di Mana Roh Tuhan Berdiam,” Persidangan Umum, Apr. 2019,

  4. Teachings of the Prophets: Harold B. Lee [2011], 131

  5. 1 Yohanes 4:20

  6. Teachings of the Prophets: Harold B. Lee, 130-131

  7. Erin Sanderson and Jean Bingham, Liahona, Oct. 2014, Children Section

  8. Henry B. Eyring, “Sebuah Rumah Di Mana Roh Tuhan Berdiam,”