2025
Lihatlah kepada Kristus
Januari 2025


Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Januari 2025

Lihatlah kepada Kristus

Ajaran dan Perjanjian 6:36

Tema Remaja 2025 akan bantu anda memilih kepercayaan daripada keraguan dan iman daripada ketakutan.

Logo Tema Remaja 2025

Kailey yang berusia tujuh belas tahun berada dalam pasukan sorakan sehinggalah kemalangan yang mengakibatkan kecederaan otak traumatik. Pemulihannya menghalangnya daripada bersekolah, dan dia mula berasa terasing dan keseorangan. Dia bergelut secara emosi dan tidak tahu di mana hendak mencari bantuan. Seorang kawan mencadangkan agar dia mendengar para misionari. Mereka mengajarnya tentang Korban Tebusan Yesus Kristus. Belajar lebih lanjut tentang Kristus memberinya harapan, dan dia rasa seolah-olah Tuhan Sendiri menjangkau kepadanya.

Kailey memberitahu ibunya, “Saya tidak pernah rasa Tuhan mengasihi saya. Tetapi kini saya tahu Dia mengasihi saya.”

Ibunya, Michelle, sedikit terkejut. Dia dan suaminya, Brock, telah meninggalkan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ketika Kailey berumur tujuh tahun kerana pelbagai soalan, keraguan, dan kebimbangan. Mereka menganggap anak perempuan mereka akan lebih bahagia tanpa semua pertemuan dan perintah. Mereka tidak pernah menyangka pilihan mereka akan menghalang Kailey mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan. Semasa Michelle dan Brock melihat perubahan Kailey, mereka sedari telah lama sejak kali terakhir mereka rasa dekat dengan Tuhan, dan mereka mahu rasainya semula.

Mereka bertemu dengan uskup mereka, dan tidak lama kemudian keluarga itu, termasuk adik Kailey, Braeden, kembali ke gereja. Mendekati Tuhan dan berhubung semula dengan-Nya—terutamanya melalui doa—memulihkan iman mereka. Kembali ke gereja tidak menyelesaikan semua soalan atau kebimbangan mereka, tetapi mereka sedari adanya hubungan peribadi yang lebih kuat dengan Tuhan adalah lebih penting daripada ketidakpercayaan mereka.

Semua ini bermula apabila seorang kawan—seorang remaja seperti anda—menjemput Kailey untuk lihatlah kepada Kristus. Dan dia melakukannya!

Yesus Kristus berfirman, “Lihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut” (Ajaran dan Perjanjian 6:36). Inilah ilham di sebalik Tema Remaja 2025. Izinkan kami untuk berkongsi bagaimana anda boleh memilih kepercayaan daripada keraguan dan iman daripada ketakutan semasa anda lihat kepada Kristus:

Presidensi Umum Remaja Puteri

Kiri ke kanan: Sister Runia, Presiden Freeman, Sister Spannaus

Tamara W. Runia

Apabila saya bergelut, ia sentiasa membantu apabila saya membayangkan Yesus Kristus menghulurkan tangan-Nya. Apabila saya lihat kepada-Nya, saya teringat kata-kata lagu, “I Will Walk with Jesus (Ku Berjalan dengan Yesus)”: “Dia tidak akan pernah tinggalkan saya, walaupun saya jatuh.”

Emily Belle Freeman

Apabila saya membaca tema tulisan suci ini, saya teringat Petrus di Laut Galilea. Fokus pada ribut meningkatkan ketakutan dan keraguannya, menyebabkan dia tenggelam ke dalam ombak ribut. Tetapi fokus pada Juruselamat membolehkan-Nya mencapai sesuatu yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini: dia berjalan di atas air! Ia sungguh luar biasa. Apakah yang boleh anda capai semasa anda lihat kepada-Nya?

Andrea Muñoz Spannaus

Apabila saya mula berasa takut, tidak kira di mana saya berada atau situasi yang saya hadapi, saya fikirkan hubungan saya dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Saya ulangi dalam minda saya beberapa kali: SAYA ADALAH ANAK PEREMPUAN TUHAN. Saya terus lakukan ini sehingga saya mula berasa lebih baik. Ini selalu menjadi!

Presidensi Umum Remaja Putera

Kiri ke kanan: Brother Wilcox, Presiden Lund, Brother Nelson

Bradley R. Wilcox

Tanya diri anda siapa yang paling prihatin dan mengasihi anda. Adakah ibu bapa anda dan pemimpin Gereja? Adakah orang di media sosial yang mungkin anda ikuti? Lihatlah kepada Bapa Syurgawi dan Kristus. Mereka benar-benar prihatin!

Steven J. Lund

Ingatlah peringatan ketika anda membaca tema Kuorum Imamat Harun dan Remaja Puteri: Anda adalah anak lelaki atau anak perempuan Tuhan yang dikasihi. Berimanlah bahawa Bapa kita ada rancangan untuk anda. Lihatlah kepada Kristus bermakna melihat bahawa Korban Tebusan-Nya betul-betul di pusat rancangan itu.

Michael T. Nelson

Membaca tulisan suci adalah melihat kepada Kristus! Keraguan dan ketakutan secara semula jadi pudar apabila kita diingatkan tentang mukjizat dan ajaran Yesus. Kita sangat bertuah kerana mempunyai akses kepada firman-Nya. Ia terpakai dalam setiap situasi hidup yang kita alami.

Nota

  1. Kata-kata dan muzik oleh Stephen P. Schank (lihat Friend, Feb. 2020, 27; lihat juga Hymns—For Home and Church, no. 1004).