Remaja Puteri
Tanggungjawab


remaja puteri sedang senyum

Panggilan Saya sebagai Presiden Remaja Puteri

Tanggungjawab

Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.

Tujuan Remaja Puteri

Organisasi Remaja Puteri membantu anak-anak perempuan terkasih Tuhan bersedia untuk kembali ke hadirat-Nya. Ia membantu remaja puteri membuat dan mentaati perjanjian kudus dan memperdalamkan penukaran hati mereka kepada Yesus Kristus dan injil-Nya. Dalam kelas mereka, remaja puteri melayani orang lain, memenuhi tanggungjawab perjanjian, membina kesatuan, dan belajar dan menjalani ajaran. Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 11.1.1.)

Presiden dan Presidensi

Presiden melayani dalam majlis bahagian dan majlis remaja bahagian (lihat 11.3.4.4). Dia mengadakan pertemuan presidensi secara kerap dan bertemu dengan uskup. Presidensi melayani remaja puteri semasa mereka menjadi pengikut seumur hidup Yesus Kristus. Mereka mengajar presidensi kelas tentang tanggungjawab mereka dan menyokong mereka semasa mereka memimpin. (Lihat 11.3.2.) Presiden mengawasi rekod, laporan, dan kewangan. Penasihat-penasihatnya memberi sokongan. Presiden juga berunding dengan remaja puteri tentang cabaran yang tidak memerlukan uskup atau yang melibatkan penderaan.

Kepimpinan Remaja

Presidensi Remaja Puteri menyokong para pemimpin remaja. Presiden kelas melayani dalam majlis remaja bahagian. Presidensi kelas memimpin dan melayani remaja puteri semasa mereka mendekati Juruselamat dan mengambil bahagian dalam pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan. Dengan sokongan pemimpin dewasa, mereka merancang projek pelayanan, aktiviti, dan pertemuan hari Ahad. (Lihat 11.3.4.2.)

Kelas-kelas Hari Ahad

Lembaga uskup dan pemimpin Remaja Puteri dewasa dengan penuh doa menentukan cara untuk menyusun kelas mengikut umur. Mereka mempertimbangkan peluang kepimpinan bagi remaja puteri. Setiap kelas, tanpa mengira saiz, harus ada seorang presiden dan, jika boleh, satu atau dua penasihat dan setiausaha (lihat 11.1.3).

Pelayanan dan Aktiviti

Presidensi kelas, disokong oleh pemimpin dewasa, merancang pelayanan dan aktiviti yang membina kesaksian, menguatkan keluarga, memelihara kesatuan kelas, dan memberi peluang untuk memberkati orang lain (lihat 11.2.1.3). Pelayanan dan aktiviti adalah peluang untuk mengumpulkan remaja dan berkongsi kegembiraan dalam menjalani injil dan mengambil bahagian dalam pekerjaan Tuhan yang hebat.

Garis Panduan dan Polisi

Semua orang dewasa yang melayani kanak-kanak dan remaja mesti melengkapkan latihan Perlindungan Kanak-kanak dan Remaja dalam tempoh satu bulan setelah disokong (ProtectingChildren.ChurchofJesusChrist.org). Garis panduan dan polisi mengenai remaja puteri yang kurang upaya, lambang remaja, dan banyak lagi terdapat dalam bahagian 11.6 dalam Buku Panduan Umum.