Panggilan Saya sebagai Setiausaha Kelas Remaja Puteri
Tanggungjawab
Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.
Tujuan Remaja Puteri
Organisasi Remaja Puteri membantu anak-anak perempuan terkasih Tuhan bersedia untuk kembali ke hadirat-Nya. Ia membantu remaja puteri menjadi pengikut Yesus Kristus sepanjang hayat dengan membuat dan mentaati perjanjian kudus serta memperdalamkan penukaran hati mereka. Dalam kelas dan perhimpunan mereka, remaja puteri melayani orang lain, memenuhi tanggungjawab perjanjian, membina kesatuan, serta mempelajari dan menjalankan ajaran. (Lihat Buku Panduan Umum, 11.1.1.)
Setiausaha Kelas Remaja Puteri
Setiausaha kelas Remaja Puteri menyokong presidensi kelas dan pemimpin Remaja Puteri untuk melayani ahli kelas. Dia menyediakan agenda untuk pertemuan presidensi, mencatat nota, dan menjejaki tugasan dan kehadiran dalam pertemuan Ahad (11.3.4.2).
Pertemuan Presidensi
Presidensi kelas Remaja Puteri kerap bertemu dan disertai oleh setiausaha kelas dan pemimpin Remaja Puteri dewasa yang ditugaskan untuk menyokong mereka. Mereka berunding bersama dan mencari wahyu tentang kehendak Tuhan untuk kelas mereka. Pertemuan ini mungkin termasuk perbincangan tentang melayani ahli kelas, dengan perhatian khusus kepada sokongan untuk ahli baharu dan menghubungi ahli yang kurang aktif, serta merancang pertemuan kelas, pelayanan, dan aktiviti. (Lihat 11.3.4.3.)
Garis Panduan dan Polisi
Untuk garis panduan dan polisi tambahan, lihat bahagian 11.6 dalam Buku Panduan Umum.