Panggilan Saya sebagai Presiden Kelas Remaja Puteri
Tanggungjawab
Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.
Tujuan Remaja Puteri
Organisasi Remaja Puteri membantu anak-anak perempuan terkasih Tuhan bersedia untuk kembali ke hadirat-Nya. Ia membantu remaja puteri menjadi pengikut Yesus Kristus sepanjang hayat dengan membuat dan memelihara perjanjian kudus serta memperdalamkan penukaran hati mereka. Dalam kelas dan perhimpunan mereka, remaja puteri melayani orang lain, memenuhi tanggungjawab perjanjian, membina kesatuan, serta mempelajari dan menjalankan ajaran. (Lihat Buku Panduan Umum, 11.1.1.)
Presiden Kelas Remaja Puteri
Presiden kelas mengetuai usaha kelas untuk terlibat dalam kerja penyelamatan dan permuliaan Tuhan, mengenali dan melayani setiap remaja puteri, merancang dan melaksanakan pertemuan kelas Ahad dan aktiviti lain, terlibat dalam usaha bahagian untuk berkongsi injil, dan terlibat dalam usaha bait suci dan sejarah keluarga (lihat 11.3.4.2). Para penasihatnya membantunya.
Pertemuan Presidensi
Presidensi kelas Remaja Puteri kerap bertemu dan disertai oleh pemimpin Remaja Puteri dewasa yang ditugaskan untuk menyokong mereka. Mereka berunding bersama dan mencari wahyu tentang kehendak Tuhan untuk kelas mereka. Pertemuan ini mungkin termasuk perbincangan tentang melayani ahli kelas, dengan perhatian khusus kepada sokongan untuk ahli baharu dan menghubungi ahli yang kurang aktif, serta merancang pertemuan kelas, pelayanan, dan aktiviti. (Lihat 11.3.4.3.)
Majlis Remaja Bahagian
Majlis remaja bahagian membincangkan cara untuk membantu orang lain membina kesaksian, menerima tatacara penyelamatan, memelihara perjanjian, dan menjadi pengikut Yesus Kristus yang suci. Mereka berunding bersama tentang keperluan remaja puteri dan remaja lelaki dalam bahagian. Mereka boleh membincangkan aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan ini. (Lihat 11.3.4.4.)
Garis Panduan dan Polisi
Untuk garis panduan dan polisi tambahan, lihat bahagian 11.6 dalam Buku Panduan Umum.