Sekolah Minggu
Tanggungjawab


lelaki mengajar kelas

Panggilan Saya sebagai Setiausaha Sekolah Minggu Pancang

Tanggungjawab

Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tanggungjawab panggilan anda.

Tujuan Sekolah Minggu

Sekolah Minggu membantu mencapai kerja penyelamatan dan permuliaan Tuhan dengan membantu anak-anak Tuhan belajar dan menjalankan injil Yesus Kristus (lihat Buku Panduan Umum, 13.1).

Setiausaha Sekolah Minggu Pancang

Di bawah arahan presiden Sekolah Minggu pancang, tanggungjawab setiausaha termasuk menyediakan agenda untuk mesyuarat, mencatat nota dan menjejaki tugasan dalam pertemuan presidensi, menyimpan rekod lain, menyediakan laporan atas permintaan presidensi, dan membantu menyediakan belanjawan tahunan (lihat 6.7.3).

Mesyuarat dan Majlis

Presidensi Sekolah Minggu pancang dan setiausaha kerap berunding bersama (lihat 29.3.4).

Garis Panduan dan Polisi

Garis panduan dan polisi tambahan boleh didapati dalam bahagian 13.7 dalam Buku Panduan Umum.