Panggilan Saya sebagai Penasihat dalam Presidensi Sekolah Minggu Pancang
Tanggungjawab
Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tanggungjawab panggilan anda.
Tujuan Sekolah Minggu
Sekolah Minggu membantu mencapai pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan dengan membantu anak-anak Tuhan belajar dan menjalankan injil Yesus Kristus (lihat Buku Panduan Umum, 13.1).
Penasihat Sekolah Minggu Pancang
Tanggungjawab presidensi Sekolah Minggu pancang termasuk bekerja untuk membina iman dan menguatkan individu dan keluarga dalam pancang, memberi orientasi kepada presidensi Sekolah Minggu bahagian yang baru dipanggil, dan menawarkan sokongan dan arahan yang berterusan (lihat 6.7.1). Penasihat juga menyokong presiden Sekolah Minggu pancang dengan tugasan tambahan.
Mesyuarat dan Majlis
Presidensi Sekolah Minggu pancang kerap berunding bersama. Mereka merancang dan mengendalikan mesyuarat kepimpinan pancang untuk mengajar pemimpin Sekolah Minggu bahagian tugas mereka, membantu mereka bertambah baik sebagai pemimpin dan pengajar, dan menguatkan iman mereka kepada Yesus Kristus (lihat 29.3.4).
Garis Panduan dan Polisi
Garis panduan dan polisi tambahan boleh didapati dalam bahagian 13.7 dalam Buku Panduan Umum.