Lembaga Pertolongan
Tanggungjawab


sekumpulan wanita tersenyum

Panggilan Saya sebagai Pengajar Lembaga Pertolongan

Tanggungjawab

Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tanggungjawab panggilan anda.

Tujuan Lembaga Pertolongan

Lembaga Pertolongan ialah satu organisasi ilahi bagi semua wanita dewasa dalam Gereja. Lembaga Pertolongan membantu anak-anak Tuhan bersedia untuk kembali ke hadirat-Nya. Nabi Joseph Smith mengajar bahawa tujuan Lembaga Pertolongan adalah untuk “menyelamatkan jiwa dan melegakan penderitaan”— dengan memberi kelegaan Juruselamat (lihat Buku Panduan Umum, 9.1).

Pengajar Lembaga Pertolongan

Para pengajar dipanggil untuk membantu orang memperkuatkan iman mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Para pengajar Lembaga Pertolongan menyokong presidensi. Presidensi Lembaga Pertolongan dengan penuh doa memilih pesanan untuk diajar berdasarkan keperluan para saudari (lihat 9.2.1.2).

Pertemuan Hari Ahad

Lembaga Pertolongan bertemu pada hari Ahad kedua dan keempat dengan tujuan untuk meningkatkan iman kepada Yesus Kristus, membina kesatuan dan memperkuatkan keluarga dan rumah tangga. Pertemuan bermula dengan doa dan termasuk masa untuk berunding bersama dan arahan dan perbincangan injil berdasarkan ucapan persidangan baru-baru ini (lihat 9.2.1.2).

Asas-asas Mengajar Seperti Yesus

Mengajar dengan cara Juruselamat adalah amanah dan tanggungjawab yang kudus. Apabila mengajar injil, ikuti teladan Juruselamat, yang merupakan Pengajar Agung. Para pengajar Lembaga Pertolongan mengikuti asas dalam Mengajar dengan Cara Juruselamat dan bab 17 dari Buku Panduan Umum (lihat 17.1).

Pembelajaran Injil Berpusat di Rumah

Apabila ahli belajar dan menjalani injil di rumah, penukaran hati mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus semakin mendalam. Para pemimpin Lembaga Pertolongan menggalakkan para saudari untuk mengkaji tulisan suci dan kata-kata nabi hidup, secara individu dan bersama keluarga mereka (lihat 17.2).