Panggilan Saya sebagai Penasihat dalam Presidensi Remaja Puteri
Tanggungjawab
Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.
Tujuan Remaja Puteri
Organisasi Remaja Puteri membantu anak-anak perempuan terkasih Tuhan bersedia untuk kembali ke hadirat-Nya. Ia membantu remaja puteri membuat dan mentaati perjanjian kudus dan memperdalamkan penukaran hati mereka kepada Yesus Kristus dan injil-Nya. Dalam kelas mereka, remaja puteri melayani orang lain, memenuhi tanggungjawab perjanjian, membina kesatuan, dan belajar dan menjalani ajaran. (Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 11.1.1.)
Penasihat
Presiden dan penasihat-penasihat melayani remaja puteri semasa mereka menjadi pengikut seumur hidup Yesus Kristus. Mereka mengajar presidensi kelas tentang tanggungjawab mereka dan memberi sokongan (lihat 11.3.2). Para penasihat juga menyokong presiden dengan rekod, laporan, dan kewangan.
Kepimpinan Remaja
Presidensi Remaja Puteri menyokong para pemimpin remaja. Presiden kelas melayani dalam majlis remaja bahagian. Presidensi kelas memimpin dan melayani remaja puteri semasa mereka mendekati Juruselamat dan mengambil bahagian dalam pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan. Dengan sokongan pemimpin dewasa, mereka merancang projek pelayanan, aktiviti, dan pertemuan hari Ahad (lihat 11.3.4.2).
Kelas-kelas Hari Ahad
Lembaga uskup dan pemimpin Remaja Puteri dewasa dengan penuh doa menentukan cara untuk menyusun kelas mengikut umur. Mereka mempertimbangkan peluang kepimpinan bagi remaja puteri. Setiap kelas, tanpa mengira saiz, harus ada seorang presiden dan, jika boleh, satu atau dua penasihat dan setiausaha (lihat 11.1.3).
Pelayanan dan Aktiviti
Presidensi kelas, disokong oleh pemimpin dewasa, merancang pelayanan dan aktiviti yang membina kesaksian, menguatkan keluarga, memelihara kesatuan kelas, dan memberi peluang untuk memberkati orang lain (lihat 11.2.1.3). Pelayanan dan aktiviti adalah peluang untuk mengumpulkan remaja dan berkongsi kegembiraan dalam menjalani injil dan mengambil bahagian dalam pekerjaan Tuhan yang hebat.
Garis Panduan dan Polisi
Semua orang dewasa yang melayani kanak-kanak dan remaja mesti melengkapkan latihan Perlindungan Kanak-kanak dan Remaja dalam tempoh satu bulan setelah disokong (ProtectingChildren.ChurchofJesusChrist.org). Garis panduan dan polisi mengenai remaja puteri yang kurang upaya, lambang remaja, dan banyak lagi terdapat dalam bahagian11.6 dalam Buku Panduan Umum.