“Pengenalan,” Buku Kerja Audio EnglishConnect 1 (2023)
“Pengenalan,” Buku Kerja Audio EnglishConnect 1
Pengenalan
Buku kerja EnglishConnect direka untuk digunakan sebagai sumber gandingan kepada EnglishConnect 1 for Learners. Tujuan buku kerja ini adalah untuk membantu anda mengembangkan kemahiran Bahasa Inggeris dan meningkatkan iman anda melalui aktiviti dan cerita. Ia juga akan membantu anda melatih kosa kata dan struktur untuk setiap pelajaran EnglishConnect dalam empat kemahiran: mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajaran dalam buku kerja ini dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang disenaraikan berikut.
Conversation(s) (Perbualan)
Setiap pelajaran bermula dengan satu atau lebih perbualan. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan kosa kata, topik dan struktur dalam pelajaran serta menggalakkan pemahaman pendengaran dan pembacaan. Setiap bahagian “Conversation” mengikut pola yang sama:
-
Listen. Dengarkan seluruh perbualan.
-
Listen and repeat. Dengarkan perbualan baris demi baris dan ulangi dengan lantang apa yang anda dengar.
-
Write the missing word. Tuliskan perkataan yang tertinggal dari perbualan itu. Pilih dari perkataan yang tersedia dalam kotak itu.
-
Read aloud. Baca perbualan dengan lantang untuk berlatih bertutur.
-
Answer the questions (tidak termasuk dalam setiap pelajaran). Bahagian ini menyemak pemahaman anda tentang perbualan itu.
Activities 2–8 (Aktiviti 2–8)
Bilangan aktiviti berbeza dalam setiap pelajaran. Aktiviti-aktiviti ini termasuk carta tatabahasa; aktiviti membaca, menulis, mendengar dan bertutur; dan cerita. Ikuti arahan untuk setiap bahagian aktiviti. Bagi aktiviti mendengar, rujuk pada nombor dan huruf aktiviti yang berkaitan dalam rakaman audio—contohnya, “Activity 2B.” Untuk aktiviti pertuturan, bertuturlah dengan lantang. Anda boleh semak jawapan anda dalam “Answer Key” di belakang buku ini.
Practice Partner Instructions (Arahan Rakan Latihan)
Bahagian ini direka untuk membantu anda berlatih berbahasa Inggeris dengan menggunakan apa yang anda telah pelajari dalam pelajaran ini. Bersama seorang rakan, kaji semula “Vocabulary” di belakang buku ini dan laksanakan aktiviti-aktiviti dalam bahagian ini. Bertutur sebanyak yang anda boleh untuk setiap aktiviti. Gunakan masa ini untuk benar-benar berusaha bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Expansion Activities (Aktiviti Pengembangan)
Cerita-cerita dan aktiviti-aktiviti ini direka untuk mengembangkan kebolehan anda untuk membaca, mendengar, bertutur, dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan untuk membantu meningkatkan iman anda kepada Yesus Kristus. Setiap bahagian “Expansion Activities” dicipta sekitar satu cerita yang mengilhamkan. Untuk bahagian ini, lakukan perkara berikut:
-
Learn the vocabulary. Belajar maksud perkataan dan frasa kosa kata yang diberikan dalam bahagian ini sebelum anda membaca cerita itu. Ini akan membantu anda bersedia untuk membaca cerita serta membantu anda memahami kata kunci dan frasa dalam cerita itu.
-
Listen. Dengar setiap bahagian cerita. Anda boleh mengulanginya seberapa banyak yang anda perlukan.
-
Read aloud. Baca cerita dengan lantang untuk berlatih membaca dan menyebut bagi membantu anda memahami cerita itu. Anda mungkin boleh mendengar cerita itu lagi dan membaca bersama.
-
Learn the vocabulary. Kosa kata ini adalah untuk membantu anda memahami tulisan suci dan petikan dalam cerita itu. Belajar makna perkataan dan frasa kosa kata yang diberikan sebelum anda mengkaji tulisan suci dan petikan.
-
Read aloud. Untuk berlatih membaca dan menyebut, pastikan untuk membaca tulisan suci dan petikan dengan lantang beberapa kali.
-
Ponder. Soalan-soalan ini direka untuk membantu anda berfikir tentang asas yang diajar dalam cerita itu. Luangkan masa untuk merenungkannya. Anda boleh menulis jawapan anda.
-
Write. Bagi bahagian ini anda akan melakukan aktiviti penulisan yang direka untuk membantu anda menggunakan asas cerita itu.
-
Speak. Bagi bahagian ini anda akan melakukan aktiviti bertutur yang direka untuk membantu anda menghuraikan cerita yang anda telah baca dan asas yang anda telah pelajari. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuk menceritakan semula cerita, menceritakan pengalaman peribadi yang berkaitan, atau berkongsi pendapat dan matlamat yang berkaitan dengan orang lain.
Kunci bagi Arahan dalam Buku Kerja ini
Jadual berikut menunjukkan arahan yang sering digunakan dalam buku kerja ini. Ikon-ikon ini menandakan kemahiran yang akan digunakan dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Lihat terjemahan untuk arahan jika anda tidak memahaminya dalam Bahasa Inggeris.
Listening
Mendengar
|
Listen. |
Dengar. |
|
Listen and repeat. |
Dengar dan ulang. |
|
Listen to the question / example. |
Dengarkan soalan / contoh. |
|
Listen and read. |
Dengar dan baca. |
|
Listen, and then answer the question. |
Dengar, dan kemudian jawab soalan tersebut. |
|
You may listen more than once. |
Anda boleh mendengar lebih daripada sekali. |
*Audio untuk buku ini boleh diakses dalam Gospel Library atau di englishconnect.org/audio.
Speaking
Bertutur
|
Repeat. |
Ulang. |
|
Answer aloud. |
Jawab dengan lantang. |
|
Introduce __________. |
Perkenalkan __________. |
|
Retell the story. |
Menceritakan semula cerita. |
|
Tell the story / scripture to _________. |
Ceritakan cerita / tulisan suci kepada _________. |
|
Practice saying the questions aloud. |
Berlatih mengucapkan soalan-soalan dengan lantang. |
|
Say __________. |
Sebut __________. |
|
Practice saying __________. |
Berlatih menyebut __________. |
Reading
Membaca
|
Read aloud. |
Baca dengan lantang. |
|
Read aloud, then listen. |
Baca dengan lantang, kemudian dengar. |
|
Read the question. |
Baca soalan itu. |
|
Study the chart. |
Kaji carta itu. |
|
Choose the correct response. |
Pilih jawapan yang betul. |
|
Choose all that are correct. |
Pilih semua yang betul. |
|
Say Answer the questions. |
Sebut Jawab soalan itu. |
|
Number the pictures. |
Nomborkan gambar-gambar itu. |
|
Learn the vocabulary. |
Belajar kosa kata. |
|
Read the scriptures aloud. |
Baca tulisan suci dengan lantang. |
|
Ponder. |
Renungkan. |
Writing
Menulis
|
Write the missing / correct word. |
Tulis perkataan yang tertinggal / betul. |
|
Rewrite the complete sentence. |
Tulis semula ayat yang lengkap. |
|
Write what you hear. |
Tulis apa yang anda dengar. |
|
Fill in the blanks / missing words. |
Isikan tempat kosong / perkataan yang tertinggal. |
|
Write an / the answer (in a complete sentence). |
Tuliskan jawapan (dalam ayat yang lengkap). |
|
Finish the sentence. |
Lengkapkan ayat itu. |
|
Be creative. |
Gunakan kreativiti. |
Mempelajari bahasa baru ialah satu proses yang memerlukan masa, kesabaran, dan ketabahan. Tuhan boleh membantu anda mencapai matlamat anda. Berdoa untuk bimbingan. Lengkapkan aktiviti-aktiviti dalam buku kerja ini dengan tekun. Amalkan apa yang anda sedang pelajari. Semasa anda bertindak dengan iman untuk mencari bantuan Tuhan dan melakukan yang terbaik, kebolehan anda untuk bertutur, mendengar, membaca, dan menulis dalam Bahasa Inggeris akan bertambah baik.
Semoga berjaya dalam pembelajaran Bahasa Inggeris anda!