“16–22 Mac. Yakub 5–7: ‘Tuhan Bekerja Bersama Kita”,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“16–22 Mac. Yakub 5–7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
Allegory of the Olive Tree, oleh Brad Teare
16–22 Mac
Yakub 5–7
Tuhan Bekerja Bersama Kita
Membaca tulisan suci menjemputkan wahyu. Jadi apabila anda membaca Yakub 5–7, cari bimbingan daripada Roh untuk membantu anda dan keluarga anda. Apakah pesanan yang Tuhan ada untuk anda?
Mencatat Tanggapan Anda
Terdapat ramai, ramai orang yang belum pernah mendengar tentang Injil Yesus Kristus. Jika anda pernah berasa lemas dengan tugas luas untuk mengumpulkan orang ke dalam Gereja Tuhan, perumpamaan berkenaan pokok-pokok zaitun dalam Yakub 5 memberi peringatan yang meyakinkan: ladang anggur kepunyaan Tuhan. Dia telah memberikan setiap kita satu kawasan kecil untuk membantu dalam usaha Dia—keluarga kita, rakan-rakan kita, lingkungan pengaruh kita. Dan kadangkala orang pertama yang kita bantu kumpulkan adalah kita sendiri. Namun kita tidak keseorangan dalam usaha ini, kerana Tuan ladang itu bekerja juga bersama orang suruhan-Nya (lihat Yakub 5:72). Tuhan kenali dan mengasihi anak-anak-Nya, dan Dia akan menyediakan satu cara bagi setiap mereka untuk mendengar Injil-Nya, termasuklah mereka yang telah menolak-Nya sebelum ini (lihat Yakub 4:15–18). Kemudian, setelah segala kerja sudah pun selesai, semua yang telah “tekun dalam bekerja bersama [Dia] … akan merasakan sukacita bersama [Dia] kerana buah dari ladang [Dia]” (Yakub 5:75).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Apakah itu satu perumpamaan?
Perumpamaan merupakan kisah-kisah yang mengajar kebenaran roh melalui lambang-lambang. Di dalam perumpamaan pokok-pokok zaitun, contohnya, satu ladang anggur mewakili dunia, satu pokok zaitun yang jinak mewakili Israel (mereka yang telah membuat perjanjian dengan Tuhan), dan pokok zaitun yang liar mewakili bangsa orang bukan Israel (mereka yang belum membuat perjanjian dengan Tuhan).
Ketika anda mengkaji perumpamaan itu dalam Yakub 5, carikan lambang-lambang tambahan dan renungkan apakah maksudnya. Contohnya, apakah yang anda fikir buah yang baik melambangkan? Apakah buah yang buruk melambangkan?
Yesus Kristus ialah Tuan ladang anggur itu.
Sebelum anda memulakan pengkajian perumpamaan pokok-pokok zaitun dalam Yakub 5, ia mungkin dapat membantu untuk mengkaji semula Yakub 4:10–18 untuk belajar mengapa Yakub berasa terilham untuk kongsikan perumpamaan ini dengan orang-orangnya. Dalam Yakub 6:3–5, anda boleh cari beberapa pesanan tambahan yang Yakub ingin tekankan; carikan pesanan-pesanan berikut dalam perumpamaan itu. Apakah pesanan-pesanan yang anda rasa untuk diri anda dalam Yakub 5?
Yakub 5 merupakan satu bab yang panjang—yang paling panjang dalam Kitab Mormon. Mungkin ia dapat membantu untuk membahagikannya ke dalam bahagian-bahagian berikut, yang menjelaskan zaman-zaman dalam sejarah dunia:
-
Ayat 3–14:Penceraian-berai bangsa Israel sebelum kedatangan Kristus
-
Ayat 15–28:Pelayanan Kristus dan Rasul-rasul-Nya
-
Ayat 29–49:Kemurtadan
-
Ayat 50–76:Pengumpulan orang Israel di zaman akhir
-
Ayat 76–77:Zaman Seribu Tahun dan dunia kiamat
Untuk pemahaman lebih tentang perumpamaan itu, lihat carta yang datang bersama rangka panduan ini.
Kita semua boleh melayan Tuhan dengan membantu Dia mengumpul anak-anak-Nya.
Tuhan menjemput saya untuk membantu Dia mengumpul anak-anak-Nya.
“Orang suruhan lain” (Yakub 5:70) yang telah dipanggil ke dalam ladang anggur Tuhan seperti anda—sebagai ahli Gereja, kita semua bertanggungjawab untuk membantu Tuhan mengumpulkan anak-anak-Nya. Apakah asas-asas yang anda dapati dalam Yakub 5, terutamanya ayat 61–62 dan 70–75, berkenaan bekerja dalam ladang anggur Tuhan? Bagaimanakah anda merasai panggilan Dia untuk melayan dalam ladang anggur-Nya? Apakah pengalaman yang anda peroleh ketika terlibat dalam usaha-Nya?
Ladang Zaitun Perjanjian Lama
Saya boleh berdiri teguh apabila orang mencabar kepercayaan saya.
Pengalaman bangsa Nefi dengan Serem sering berulang hari ini: terdapat mereka yang berpendidikan, bertutur-kata baik yang akan cuba memusnahkan kepercayaan anda. Tetapi Yakub “tidak dapat digoncangkan” (Jacob 7:5). Bagaimanakah Yakub bertindak balas apabila keimanan dia diserang? Apakah yang anda pelajari daripada tindak balasnya? Apakah yang anda boleh lakukan sekarang untuk menyediakan diri apabila keimanan anda dicabar?
Lihat juga Jeffrey R. Holland, “Harga—dan Berkat—Pemuridan,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 6–9.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Yakub 5
Ada keluarga yang mendapati ia membantu untuk melukiskan lambang-lambang daripada perumpamaan pokok zaitun ketika mereka membacanya. Keluarga anda mungkin suka pendekatan itu, atau mungkin terdapat cara lain anda boleh membantu ahli-ahli keluarga menggambarkan lambang-lambang perumpamaan itu. Mungkin anda boleh tandakan satu kawasan di atas meja atau lantai yang mewakili ladang anggur (atau dunia) dan gambarkan pokok zaitun yang terpelihara (atau bani Israel) dengan satu objek, contohnya satu susun suai gambar, yang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian (untuk mewakili cerai-beraian bani Israel) dan kemudian di bawa untuk kembali bersama (untuk mewakili pengumpulan bani Israel). Apakah perumpamaan ini mengajar kita tentang Tuhan? Tentang hamba-hamba-Nya?
Yakub 5:70–77
Apabila anda membaca tentang “kali terakhir” Tuhan akan bekerja di ladang anggur-Nya, apa yang mengilhami anda dan keluarga anda untuk melayan Tuhan “dengan kekuatanmu”? (Yakub 5:71). Anda boleh menjemput ahli-ahli keluarga untuk mengubah suai ayat 75 dengan menambahkan nama mereka ke dalam ayat ini—contohnya, “Diberkatilah engkau [nama].” Mereka mungkin boleh kongsikan pengalaman di mana mereka berasa gembira ketika melayan Tuhan di ladang anggur, contohnya dengan berkongsikan Injil, melayan di dalam bait suci, atau memperkuatkan ahli-ahli Gereja. (Lihat juga M. Russell Ballard, “Simpanlah Kepercayaanmu Kepada Tuhan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 43–45.)
Yakub 6:4–7
Bagaimanakah Tuhan menunjukkan belas kasihan kepada kita? Apakah maksud kata “mengikat” dalam ayat-ayat tersebut? Bagaimanakah Tuhan mengikatkan diri kepada? Bagaimanakah kita mengikatkan diri kepada-Nya?
Yakub 7:1–12
Apakah yang kita belajar daripada ayat-ayat tersebut berkenaan bagaimana orang cuba menyesatkan yang lain? Bagaimanakah kita boleh ikut teladan Yakub dan tabah dalam kepercayaan kita terhadap Kristus?
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Memperbaikkan Pengajaran Kita
Menghafal tulisan suci. Pilih satu ayat suci yang amat bermakna bagi keluarga anda, dan hafalkannya bersama. Elder Richard G. Scott telah mengajar, “Satu ayat suci yang dihafal akan menjadi kawan abadi yang tidak akan menjadi lemah akibat masa” (“The Power of Scripture,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 6).