“Lampiran D: Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri—Agenda Pertemuan,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)
“Lampiran D,” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026
Lampiran D
Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri—Agenda Pertemuan
Tarikh pertemuan:
Pengacara (ahli presidensi kelas atau kuorum):
Pembukaan
Nyanyian Rohani (tidak wajib):
Doa:
Ulang Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun.
Berunding bersama
Dipimpin oleh orang yang mengacara pertemuan itu, kelas atau kuorum meluangkan 5 hingga 10 minit berunding bersama tentang tanggungjawab mereka dalam kerja penyelamatan dan permuliaan Tuhan. Ini adalah peluang bagi presidensi kelas atau kuorum untuk menyusul hal-hal yang dibincangkan dalam pertemuan presidensi atau pertemuan majlis remaja bahagian.
Orang yang mengacara juga boleh menggunakan satu atau beberapa soalan berikut:
Menjalankan injil
-
Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita tentang Yesus Kristus dan injil-Nya?
-
Apakah yang kita lakukan untuk mendekati Juruselamat? Bagaimanakah kita sedang berusaha untuk menjadi lebih seperti Dia?
-
Bagaimanakah kita telah merasa bimbingan Tuhan dalam hidup kita?
Menjaga orang yang memerlukan
-
Siapakah yang kita rasa terdorong untuk membantu atau melayani? Apakah tugasan yang telah kita terima untuk membantu seseorang yang memerlukan?
-
Apakah cabaran yang ahli-ahli kelas atau kuorum kita hadapi? Bagaimanakah kita boleh menyokong satu sama lain dalam hal-hal yang kita sedang lalui?
-
Adakah sesiapa yang baru berpindah ke bahagian kita atau baru menyertai Gereja? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka merasa dialu-alukan?
Menjemput semua untuk menerima injil
-
Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu orang lain merasakan kasih Tuhan?
-
Apakah aktiviti-aktiviti akan datang yang kita boleh jemput rakan-rakan kita untuk hadir?
-
Apakah rancangan untuk berkongsi injil yang telah dibincangkan dalam pertemuan majlis remaja bahagian? Bagaimanakah kelas atau kuorum kita boleh melibatkan diri?
Menyatukan keluarga untuk keabadian
-
Apakah beberapa cara kita boleh lebih baik berhubung dengan ahli keluarga, termasuk datuk nenek dan sepupu?
-
Apakah yang sedang kita lakukan untuk mencari nama nenek moyang kita yang memerlukan tatacara bait suci? Apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu orang mencari nama nenek moyang mereka?
-
Bagaimanakah kita boleh lebih terlibat dalam kerja bait suci—secara individu dan sebagai satu kelas atau kuorum?
Belajar bersama
Seorang pemimpin dewasa atau ahli kuorum atau kelas memimpin arahan tentang pembacaan Ikutlah Aku minggu ini. Mereka menggunakan idea kajian dalam Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja. Idea pembelajaran dengan ikon ini adalah selari dengan seminari dan sangat relevan dengan remaja. Walau bagaimanapun, mana-mana idea pembelajaran boleh digunakan. Bahagian pertemuan ini mengambil kira-kira 35 hingga 40 minit.
Penutup
Orang yang mengacara pertemuan itu:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Bincangkan bagaimana kelas atau kuorum akan bertindak atas apa yang mereka pelajari—sebagai satu kumpulan atau individu.
Doa: