“Temui Kebahagiaan dalam Perjalanan Injil Anda,” Liahona, Julai 2025.
Pesanan Bulanan Liahona, Julai 2025
Temui Kebahagiaan dalam Perjalanan Injil Anda
Hasil utama apabila kita menunjukkan kasih kita kepada Tuhan dengan mematuhi perintah-perintah-Nya adalah berkat-berkat yang membawa kegembiraan dan kebahagiaan.
Gambar ahli-ahli Gereja yang berbahagia di Thailand oleh Christina Smith
Semasa melayani sebagai seorang pemimpin misi di Jepun beberapa tahun yang lalu, saya menghadiri satu persidangan hujung minggu di sebuah kawasan luar bandar yang terletak di salah satu pelosok misi kami. Presiden daerah telah mengatur saya untuk mengadakan temu duga dengan seorang lelaki yang telah menyertai Gereja setahun sebelumnya dan ingin menerima kad rekomen bait suci. Dia berharap untuk menerima anugerahan sendiri pada atau hampir pada ulang tahun pembaptisannya.
Semasa perbualan kami, ahli baharu ini menggambarkan betapa dia sangat bersyukur atas berkat yang melimpah yang dia terima pada tahun sejak dia dibaptiskan. Dia gemar menghadiri sakramen mingguan dan pertemuan lain. Dia terlibat secara mendalam dalam kegiatan cabangnya. Bagi saya, dia menjelaskan keyakinan perjanjian yang disebabkan oleh pemahaman tujuan injilnya, yang kini merupakan sebahagian daripada dia. Dia ialah seorang penganut baru Kristus yang telah mengalami perubahan hati yang hebat (lihat Mosia 5:2).
Perbualan kami yang selebihnya diikuti pola yang penuh harapan. Kami membincangkan tatacara-tatacara dan perjanjian-perjanjian yang akan menjadi sebahagian daripada pengalaman bait sucinya. Dengan tegas, dia mengiakan setiap soalan standard yang berkaitan dengan penerimaan kad rekomen bait suci.
Selepas temu duga itu, saya ingat ulasan saya kepada presiden daerah betapa saya bersyukur dapat bertemu dengan lelaki yang cemerlang itu. Saya memberitahunya betapa saya kagum bahawa para misionari dan ahli telah menjumpai, dan memelihara secara rohani, seseorang yang berkaliber dan berpotensi.
Saya terpegun apabila presiden daerah berkongsi bahawa apabila lelaki ini mula menerima pelajaran daripada para misionari dan menghadiri gereja lebih setahun sebelumnya, dia tidak mempunyai rumah dan dalam keadaan yang amat susah—hampir dalam keadaan yang—tiada harapan. Presiden daerah kemudian menggambarkan bagaimana pengkajian injil dan penukaran hati saudara ini dalam tempoh beberapa bulan telah membawa kepada perubahan dirinya yang penuh mukjizat, meletakkannya di jalan keberdikarian rohani dan duniawi serta memberi dia rasa tujuan dan kebahagiaan.
Injil memberinya gambaran yang jelas tentang tujuan hidupnya. Kebenaran injil yang jelas dan bernilai membawa jawapan kepada soalan-soalan kefanaan yang penting, bermula dengan pengetahuan bahawa “Tuhan ialah Bapa Syurgawi dan kita adalah anak-anak-Nya. … Tuhan mengenali kita secara peribadi dan mengasihi kita.” Dalam rancangan-Nya, “Bapa Syurgawi … menyediakan banyak kurnia dan panduan untuk membantu kita kembali ke hadirat-Nya.”
Demikianlah berkat bagi lelaki ini, yang tersedia sama rata bagi semua anak Tuhan melalui injil Yesus Kristus.
Tujuan Kehidupan
Kerana Yesus Kristus memulihkan injil-Nya melalui Nabi Joseph Smith, “kita mempunyai pemahaman tentang tujuan kehidupan, tentang diri kita,” kata Presiden M. Russell Ballard (1928–2023). Dalam kesaksian terakhirnya kepada Gereja, Presiden Ballard, yang ketika itu merupakan Pemangku Presiden Kuorum Dua Belas Rasul, berkata:
“Kita tahu siapa Tuhan; kita tahu siapa Juruselamat, kerana kita ada Joseph, yang masuk ke hutan semasa remaja, untuk mencari pengampunan bagi dosa-dosanya. …
“Saya kagum, dan saya yakin ramai di antara anda juga sama, betapa kita diberkati untuk mengetahui apa yang kita tahu tentang tujuan hidup kita, mengapa kita berada di sini, apa yang kita harus cuba lakukan dan capai dalam kehidupan harian kita.”
Bagi para ahli Gereja Yesus Kristus dari Orang Suci Zaman Akhir, pengetahuan itu termasuk pemahaman tentang “rancangan keselamatan Tuhan yang sempurna.” Juga dikenali sebagai “rancangan kebahagiaan yang besar,” “rancangan penebusan,” dan “rancangan belas kasihan” (Alma 42:8, 11, 15), ia “menjawab misteri-misteri hidup dan ketidakpastian masa depan kita.” Penting untuk rancangan itu ialah “ajaran Kristus,” yang merupakan pusat tujuan kehidupan.
Kerana kita mempunyai injil, kita tahu kita ialah anak-anak Tuhan, dihantar ke bumi untuk diuji, digilap, dan disediakan untuk “dibawakan pada kebangkitan orang mati, melalui kemenangan dan kemuliaan Anak Domba” (Ajaran dan Perjanjian 76:39). Kita tahu perintah-perintah dan diarahkan dengan “mencukupi sehingga mereka tahu yang baik dari jahat” (2 Nefi 2:5). Kita tahu kita berada di bumi untuk mengasihi dan melayani. Dan kita tahu bahawa Juruselamat telah memanggil kita untuk mengatasi dunia dan membantu orang lain berbuat demikian (lihat Yohanes 16:33; Ajaran dan Perjanjian 64:2) sebagai persediaan untuk Kedatangan Kedua-Nya.
Apabila kita berfokus kepada-Nya, apa yang Joseph Smith panggil “bunyi sorakan injil Tuhan kita Yesus Kristus” akan menguatkan kita pada hari-hari sukar dan membawa makna dan tujuan kepada kehidupan kita dan kehidupan orang lain.
Every Knee Shall Bow [Setiap Orang Akan Berlutut], oleh Dan Wilson, tidak boleh disalin
Kepatuhan, Berkat, Kebahagiaan
Tuhan telah memberi kita hak pilihan moral supaya kita boleh bertanggungjawab atas pilihan kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 101:78; 2 Nefi 2:16). Sebagai sebahagian daripada “pertentangan dalam segala hal” (2 Nefi 2:11), Setan dibenarkan untuk menggoda kita untuk menyalahgunakan hak pilihan kita.
Tetapi Tuhan Yesus Kristus, “mengetahui malapetaka yang akan datang ke atas penduduk bumi” pada zaman kita, memanggil Nabi Joseph Smith, “berfirman kepadanya dari syurga, dan memberinya perintah-perintah” (Ajaran dan Perjanjian 1:17). Pola itu di mana Tuhan mengungkapkan perintah-perintah dan kehendak-Nya kepada para nabi-Nya berterusan pada zaman kita dengan Presiden Russell M. Nelson—dan untuk sebab yang sama. Tuhan berhasrat untuk membimbing kita ke kegembiraan dalam kehidupan ini dan ke kemuliaan selestial dalam kehidupan seterusnya.
Kepatuhan kepada perintah-perintah Tuhan harus datang dari kesolehan dan kasih kita kepada-Nya. Tuhan Yesus Kristus sendiri mengisytiharkan bahawa untuk mengasihi Tuhan adalah “perintah yang terutama dan yang terpenting” (lihat Matius 22:37–38). Dia memberi pandangan lanjut apabila Dia mengisytiharkan, “Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku.” (Yohanes 14:15).
Terdapat ganjaran apabila kita mengasihi Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Dalam zaman keagamaan ini Dia menggambarkan “sebuah hukum, yang tidak dapat dibatalkan telah ditetapkan di syurga … , yang mana di atasnya semua berkat dilandaskan—
“Dan apabila kita menerima apa pun berkat daripada Tuhan, itu adalah kerana kepatuhan pada hukum itu yang mana di atasnya ia dilandaskan” (Ajaran dan Perjanjian 130:20–21).
Oleh itu, hasil utama apabila kita menunjukkan kasih kita kepada Tuhan dengan mematuhi perintah-perintah-Nya adalah berkat-berkat yang membawa kegembiraan dan kebahagiaan.
Melihat kehidupan melalui kanta injil yang dipulihkan dan wahyu moden memberi kita kejelasan. Dengan perspektif jelas tentang asal dan takdir ilahi kita, kita tahu bahawa “hal-hal yang akan menjadikan kehidupan fana [kita] terbaik yang mungkin adalah hal-hal sama yang akan menjadikan hidup [kita] di sepanjang keabadian yang terbaik!”
Kesimpulan
Saya berakhir di tempat saya bermula, mengingati pengalaman saya bertahun-tahun yang lalu dengan seorang penganut baru di Jepun. Melalui ketekunannya dan ketekunan para misionari dan ahli-ahli, dia menemui injil Yesus Kristus yang dipulihkan. Dalam mencari injil, dia juga menemui tujuannya, yang mengembangkan penglihatannya. Dia juga menemui rancangan kebahagiaan yang besar. Kepatuhan kepada perjanjian injil dalam rancangan membawanya berkat dan kebahagiaan, mengangkatnya secara duniawi dan rohani.
Perjalanannya yang membawa kepada keahlian dalam Gereja Yesus Kristus membenarkan dia menjadi saksi Yesus Kristus. Elder Patrick Kearon dari Kuorum Dua Belas Rasul telah menggambarkan kebahagiaan yang berikut:
“Kerana rancangan penuh kasih Bapa Syurgawi kita untuk setiap anak-Nya, dan kerana kehidupan dan misi penebusan Juruselamat kita, Yesus Kristus, kita boleh—dan seharusnya—menjadi orang yang paling bahagia di bumi! Bahkan badai kehidupan sering menghentam kita, kita boleh memupuk rasa kebahagiaan dan kedamaian dalaman yang bertumbuh dan kekal kerana harapan kita kepada Kristus dan pemahaman kita tentang tempat kita dalam rancangan kebahagiaan.”
Saya memberi kesyukuran, dan kesaksian, injil Yesus Kristus yang dipulihkan, termasuk rancangan kebahagiaan yang besar yang terbenam dengan begitu mendalam. Saya menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam buah injil dan merasakan lebih banyak kebahagiaan dalam kehidupan ini dalam perjalanan anda menuju kehidupan abadi.
© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Liahona Message, July 2025. Malay. 19601 348