Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Februari 2025
Bantuan daripada Sumber yang Sempurna
Tidak kira apa pergelutan yang anda hadapi, Yesus Kristus akan membantu anda semasa anda berpaling kepada-Nya.
The Pattern [Corak], oleh Jeanette Bourup
Pada satu masa atau yang lain, kita semua memerlukan sedikit bantuan. Kadang-kadang banyak bantuan. Sebenarnya, hidup biasanya berjalan jauh lebih baik apabila anda tidak cuba melakukannya sendiri.
Yesus Kristus ialah sumber bantuan, harapan, dan kekuatan anda yang sempurna. Dia juga boleh membantu mengubah anda menjadi lebih baik—bahkan dalam cara yang anda tidak fikirkan.
Penukaran Hati
Pernahkah anda berdoa agar Tuhan melembutkan hati musuh-musuh anda? Jika ya, anda berada dalam kumpulan yang baik (lihat 3 Nefi 12:44; Moroni 7:48). Walaupun anda tidak mempunyai musuh seperti gambaran Kitab Mormon (musuh bersenjatakan dan bersedia untuk menyerang), anda mungkin telah berdoa agar Tuhan akan melembutkan hati seseorang yang tidak memperlakukan anda dengan baik.
Tetapi pernahkah anda terfikir untuk berdoa dan meminta Tuhan melembutkan hati anda? Mungkin anda mengalami kesukaran untuk memaafkan seseorang. Atau anda asyik hilang sabar, walaupun anda tidak mahu. Atau anda ingin lebih baik terhadap adik-beradik anda walaupun pada hakikatnya mereka kadang-kadang mengganggu anda.
“[Yesus Kristus] akan mengubah hati dan kehidupan anda. Sedikit demi sedikit, anda akan berkembang dan menjadi lebih seperti Dia. Hubungan perjanjian anda dengan-Nya akan membawa anda lebih dekat kepada kuasa-Nya” (Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan [2022], 8, penekanan ditambah).
Bukankah itu janji yang hebat? Tidak kira apa yang anda sedang bergelut, walaupun hati anda sendiri, Yesus Kristus boleh membantu. Bagaimana anda boleh berpaling kepada-Nya hari ini?
© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, February 2025. Malay. 19621 348