Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Oktober 2025
Mengapakah Tuhan mempunyai Gereja?
Tujuan Gereja Kristus adalah “untuk membolehkan individu dan keluarga melakukan pekerjaan penyelamatan dan permuliaan” Tujuan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah untuk “melayakkan anak-anak [Tuhan] bagi kemuliaan taraf tertinggi, iaitu permuliaan atau kehidupan abadi.”
“Juruselamat … memberi [Gereja] wewenang ilahi untuk mencapai tujuan-Nya—mengkhutbahkan injil-Nya, menawarkan tatacara dan perjanjian-Nya, dan dengan itu memungkinkan kuasa-Nya untuk mempersolehkan dan menguduskan kita.”
Ahli-ahli Gereja mempunyai akses kepada kuasa dan berkat Yesus Kristus melalui wewenang dan kunci imamat, perjanjian dan tatacara, bimbingan nabi, tulisan suci, dan komuniti Orang Suci.
Gereja juga telah diperintahkan: “Bangkit dan bersinarlah, agar cahayamu boleh menjadi panji bagi bangsa-bangsa” (Ajaran dan Perjanjian 115:5).
Ahli-ahli Gereja berusaha untuk “bersinarlah” dengan menjalani injil, menjemput semua untuk menerima injil, menyatukan keluarga untuk keabadian, dan menjaga yang miskin dan yang memerlukan. Inilah pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan.
© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, October 2025. Malay. 19624 348