Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Jun 2025
Bagaimana saya boleh tahu bahawa saya telah benar-benar bertaubat dan diampuni?
Coming Full Circle [Kembali Ke Permulaan], oleh Jenedy Page
Tuhan telah berkata: “Dia yang telah bertaubat dari dosa-dosanya, orang yang sama diampuni, dan Aku, Tuhan, tidak mengingatinya lagi.
“Dengan ini kamu boleh mengetahui jika seseorang bertaubat dari dosa-dosanya—lihatlah, dia akan mengakuinya dan meninggalkannya” (Ajaran dan Perjanjian 58:42–43).
Melalui pertaubatan yang ikhlas, kita boleh menerima pengampunan. Apabila anda merasai ketenangan daripada Roh, anda boleh tahu bahawa kuasa penebusan Juruselamat berfungsi dalam hidup anda. Dan jika kita terjatuh lagi, kita boleh bertaubat lagi, diampuni, dan terus mencuba.
Di samping itu, Elder Dieter F. Uchtdorf dari Kuorum Dua Belas Rasul telah mengajar: “Setan akan cuba membuat kita percaya bahawa dosa-dosa kita tidak diampuni kerana kita masih mengingatinya. Setan adalah seorang pembohong. … Tuhan tidak berjanji bahawa kita tidak akan mengingati dosa-dosa kita. Mengingati akan membantu kita untuk mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama lagi. Tetapi jika kita kekal benar dan setia, ingatan tentang dosa-dosa kita akan dilembutkan dari semasa ke semasa.”
© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, June 2025. Malay. 19629 348