Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Mac 2025
Bagaimanakah kita hidup di dunia dan “mengenepikan hal-hal dari dunia ini”?
The Disciples Whom He Had Chosen [Para Pengikut Yang Telah Dia Pilih], oleh Casey Childs
Tuhan telah berfirman, “Engkau haruslah mengenepikan hal-hal dari dunia ini, dan mencari hal-hal yang lebih baik” (Ajaran dan Perjanjian 25:10). Ini tidak bermakna kita mengabaikan keperluan duniawi dan material kita, tetapi ini bermakna kita tidak meletakkan hati kita pada kekayaan, kuasa, kedudukan, atau kelulusan dunia. Berikut ialah beberapa asas yang kita diajar tentang hidup di dunia:
Utamakan hal-hal Tuhan. “Utamakanlah Pemerintahan Tuhan dan lakukanlah kehendak-Nya” (Matius 6:33). Dalam hati dan kehidupan kita, perintah-perintah Tuhan dan perjanjian kita dengan-Nya adalah keutamaan kita.
Carilah pembelajaran. “Sambil anda belajar tentang dunia di sekeliling anda, belajar juga tentang Juruselamat. … Semakin banyak anda belajar, semakin banyak anda dapat membantu membina kerajaan Tuhan dan mempengaruhi dunia demi kebaikan” (Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan [2022], 31, 32).
Bekerja. “Bekerja ialah asas injil yang penting. Ia memupuk pertumbuhan dan membentuk kita. … Tuhan bukan sahaja mahu kita menyediakan kepada keluarga kita tetapi untuk ‘bersemangat terlibat dalam perkara yang baik’ [Ajaran dan Perjanjian 58:27]” (“Employment,” Topics and Questions, Gospel Library).
© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, March 2025. Malay. 19628 348