2025
Para Orang Suci Pergi ke Barat
Disember 2025 Friend


“Para Orang Suci Pergi ke Barat,” Friend, Disember 2025, 26–28.

Pesanan Bulanan Friend, Disember 2025

Para Orang Suci Pergi ke Barat

Brigham Young memerhati sementara orang ramai bekerja menyiapkan Bait Suci Nauvoo yang masih belum siap

Selepas kematian Joseph Smith, Brigham Young dan para Rasul yang lain memimpin Gereja. Brigham tahu para Orang Suci perlu meninggalkan Nauvoo kerana ia tidak selamat. Tetapi Tuhan mahu mereka siap membina bait suci itu terlebih dahulu.

Brigham Young mengalu-alukan orang ramai ke bait suci

Apabila bait suci siap, beribu-ribu Orang Suci membuat perjanjian dengan Tuhan dan dimeteraikan sebagai keluarga.

Para Orang Suci berjalan melalui ribut salji

Sekarang tiba masanya untuk memulakan perjalanan mereka ke barat. Cuaca sejuk, dan orang sakit dan lapar.

Keluarga-keluarga membantu orang lain mendapatkan makanan dan selimut dalam kesejukan

Brigham berdoa untuk bantuan. Tuhan berfirman bahawa mereka harus membantu satu sama lain, dan Dia akan memberkati mereka dan membantu mereka.

Sebuah keluarga berlutut di sebelah kubur

Perjalanan masih sangat sukar. Beberapa orang mati. Tetapi kerana perjanjian bait suci mereka, Orang Suci tahu mereka akan bertemu ahli keluarga mereka lagi.

Brigham Young berada di gerabak yang menghadap ke Lembah Salt Lake

Para Orang Suci pertama tiba di Lembah Salt Lake pada tahun 1847. Di sini mereka boleh menyembah Tuhan dan melakukan kerja-Nya dengan damai.

Imej bait suci dan para misionari dengan glob di latar belakang

Selama bertahun-tahun, lebih ramai para Orang Suci tiba dan membina lebih banyak bait suci. Para misionari pergi ke seluruh dunia untuk mengajar injil Yesus Kristus. Gereja Juruselamat terus berkembang, memberkati anak-anak Bapa Syurgawi di mana-mana sahaja.

Halaman Mewarna

Dia Ialah Cahaya, Kehidupan, dan Harapan Dunia

Halaman mewarna PDF bayi Yesus di palung dan anak domba

Ilustrasi oleh Corey Egbert

Apakah yang anda lakukan ketika Krismas untuk mengingati Yesus Kristus?