“Jane Manning Mengembara ke Nauvoo,” Friend, Oktober 2025, 26–28.
Pesanan Bulanan Friend, Oktober 2025
Jane Manning Mengembara ke Nauvoo
Di tempat Jane Manning tinggal, beberapa orang melayannya dengan buruk kerana warna kulitnya. Suatu hari, Jane terdengar seorang misionari mengajar. Tidak lama kemudian dia dibaptiskan.
Keluarga Jane juga dibaptiskan. Mereka semua ingin bersama para Orang Suci di Nauvoo. Jadi mereka memulakan perjalanan mereka.
Keluarga Jane ingin melakukan perjalanan dengan bot untuk sebahagian perjalanan, tetapi mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi. Jadi mereka perlu berjalan 800 batu (1,300 km).
Mereka perlu melintasi anak sungai yang dalam dan tidur dalam kesejukan di luar. Tetapi mereka berazam untuk sampai ke Nauvoo. Mereka menceriakan diri dengan menyanyi sambil berjalan.
Keluarga Jane terus berjalan sehingga kasut mereka menjadi lusuh dan kaki mereka terluka. Tetapi apabila mereka berdoa untuk bantuan Tuhan, Dia menyembuhkan kaki mereka.
Mereka bantu orang yang mereka temui sepanjang perjalanan. Mereka juga bantu menyembuhkan kanak-kanak yang sakit kerana iman mereka.
Akhirnya, Jane dan keluarganya tiba di Nauvoo! Apabila Joseph Smith dengar tentang cabaran perjalanan mereka, dia beritahu Jane, “Tuhan memberkati kamu. Kamu dikelilingi sahabat sekarang.”
Halaman Mewarna
Yesus Inginkan Saya untuk Mengasihi Semua Orang
Ilustrasi oleh Corey Egbert
Bagaimanakah anda tunjukkan kasih kepada orang lain?
© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, October 2025. Malay. 19630 348