“Membina Nauvoo,” Friend, September 2025, 26-28.
Pesanan Bulanan Friend, September 2025
Membina Nauvoo
Tuhan beritahu Orang Suci untuk berkumpul di tempat baharu. Ia berhampiran dengan sebuah sungai yang besar, di mana tanahnya basah dan berlumpur. Bagi sesetengah orang, ia tidak kelihatan seperti tempat yang baik untuk membina sebuah bandar. Tetapi Nabi Joseph Smith tahu bahawa dengan bantuan Tuhan, mereka boleh menjadikannya indah.
Orang Suci bekerja keras untuk menjadikannya tempat tinggal yang baik. Joseph memanggil bandar itu Nauvoo, yang bermaksud “tempat yang indah.”
Tuhan memerintahkan Orang Suci untuk membina sebuah bait suci di Kirtland. Orang ramai dengan cepat mula bekerja.
Tuhan mempunyai berkat besar untuk umat-Nya. Di bait suci, mereka akan membuat perjanjian, atau janji-janji istimewa, dengan Tuhan. Mereka juga akan belajar tentang rancangan kebahagiaan Bapa Syurgawi untuk semua anak-Nya.
Orang Suci bekerjasama untuk membina bait suci. Ia mengambil masa yang lama, tetapi mereka teruja untuk belajar tentang janji-janji istimewa yang Tuhan ada untuk mereka di bait suci-Nya.
Halaman Mewarna
Bait Suci ialah rumah Tuhan
Ilustrasi oleh Corey Egbert
Bagaimanakah perasaan anda apabila melihat bait suci?
© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, September 2025. Malay. 19640 348