Sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak
Lampiran C: Untuk Sekolah Primer—Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak


“Lampiran C: Untuk Sekolah Primer—Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“Lampiran C,” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

kanak-kanak menyanyi

Lampiran C

Untuk Sekolah Primer—Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak

Muzik kudus merupakan satu cara berkesan untuk bantu kanak-kanak belajar tentang rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi dan asas-asas kebenaran injil Yesus Kristus. Apabila kanak-kanak menyanyi tentang asas-asas injil, Roh Kudus akan bersaksi tentang kebenaran itu. Seni kata dan muzik akan kekal dalam minda dan hati kanak-kanak sepanjang hidup mereka.

Carilah bantuan Roh apabila anda bersedia untuk mengajar injil melalui muzik. Kongsi kesaksian anda tentang kebenaran yang anda nyanyikan. Bantu kanak-kanak lihat bagaimana muzik itu berkaitan dengan pembelajaran dan pengalaman di rumah dan dalam kelas-kelas Sekolah Primer.

Garis Panduan untuk Pembentangan Pertemuan Sakramen

Mengikut arahan uskup, pembentangan pertemuan sakramen kanak-kanak biasanya diadakan pada suku ke-empat setiap tahun. Presidensi Sekolah Primer dan pemimpin muzik, bekerjasama dengan penasihat dalam lembaga uskup yang menyelia Sekolah Primer untuk merancang pembentangan itu.

Pembentangan itu seharusnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyampaikan apa yang mereka dan keluarga mereka telah pelajari dari Perjanjian Lama di rumah dan dalam Sekolah Primer, termasuk lagu-lagu Sekolah Primer yang mereka telah nyanyikan sepanjang tahun. Apabila anda merancang pembentangan, fikirkan cara ia boleh membantu jemaah untuk fokus pada Juruselamat dan ajaran-Nya.

Unit gereja yang mempunyai bilangan kanak-kanak yang kecil boleh pertimbangkan untuk melibatkan ahli keluarga. Seorang ahli lembaga uskup boleh mengakhiri pertemuan dengan ucapan ringkas.

Semasa anda bersedia untuk pembentangan, ingat garis panduan berikut:

  • Latihan tidak harus mengambil masa kelas-kelas Sekolah Primer ataupun keluarga.

  • Visual, kostum, dan pembentangan media adalah tidak sesuai untuk pertemuan sakramen.

Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 12.2.1.2, Gospel Library.

kanak-kanak menyanyi

Arahan untuk Waktu Menyanyi

5 minit (Presidensi Sekolah Primer): Doa pembukaan, tulisan suci atau fasal-fasal kepercayaan, dan satu ucapan

20 minit (pemimpin muzik): Waktu menyanyi

Presiden Sekolah Primer dan pemimpin muzik memilih lagu-lagu bagi setiap bulan untuk memperkukuhkan asas-asas yang kanak-kanak pelajari dalam kelas dan di rumah. Sebuah senarai lagu yang memperkukuhkan asas-asas itu disertakan dalam panduan ini.

Apabila anda mengajar lagu-lagu kepada kanak-kanak, jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang cerita-cerita dan asas-asas yang lagu-lagu itu ajarkan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi fikiran dan perasaan mereka tentang kebenaran yang ada dalam lagu-lagu itu.

Buku Nyanyian Anak-Anak adalah sumber asas untuk muzik di Sekolah Primer. Lagu rohani dari buku nyanyian rohani dan lagu dari majalah Friend juga sesuai. Anda juga boleh menggunakan lagu daripada Hymns—For Home and Church. Penggunaan sebarang muzik lain dalam Sekolah Primer mesti diluluskan oleh lembaga uskup (lihat Buku Panduan Umum, 12.3.4).

Muzik untuk Waktu Menyanyi

Januari

  • Tuhan Kasih Padaku,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 16

  • Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 86

Februari

  • Patuhi Nabi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 58–59

  • Doa Seorang Anak,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 6

Mac

  • Kebaikan Mulai Dari Aku,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 83

  • Ku Memerlukan-Mu Tiap Saat,” Nyanyian Rohani, no. 36

April

  • Gethsemane,” Gospel Library

  • Patuhi P’rintah,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 68

Mei

  • “Holy Places,” Gospel Library

  • S’dang Kubaca Kitab Suci,” Nyanyian Rohani, no. 117

Jun

  • Aku Akan Jadi Pemberani,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 85

  • Saling Mengasihi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 74

Juli

  • Cari, Renungkan Dan Berdoa,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 66

  • I Pray in Faith,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 14

Ogos

  • Kebenaran,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 80

  • Kurasakan Kasih Jurus’lamat,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 42

September

  • Ajar ‘Ku Jalan Dalam Kasih-Nya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 70

  • Kasih Yang Diucapkan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 102

Oktober

  • Sejak Kecil ‘Ku Mencari Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 67

  • I Lived in Heaven,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 4

November

  • K’luarga Dapat Kekal Selamanya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 98

  • Yang Benar Pilihlah!,” Nyanyian Rohani, no. 108.

Disember

  • Membawa Injil Ke Seluruh Dunia,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 92–93

  • The Hearts of the Children,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 92–93

Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran

Tujuan waktu menyanyi adalah untuk membantu kanak-kanak belajar kebenaran injil. Idea-idea berikut boleh mengilhami anda semasa anda merancang cara-cara untuk mengajar asas-asas injil yang terdapat dalam lagu rohani dan lagu-lagu Sekolah Primer.

Baca ayat-ayat suci berkaitan. Untuk kebanyakan lagu-lagu dalam Buku Nyanyian Anak-Anak dan nyanyian rohani, rujukkan kepada ayat suci yang berkaitan telah disenaraikan. Bantu kanak-kanak membaca beberapa ayat-ayat ini, dan beritahu bagaimana ayat suci itu berkaitan dengan lagu itu. Anda juga boleh senaraikan beberapa rujukan ayat suci pada papan tulis dan jemput kanak-kanak untuk padankan setiap rujukan dengan lagu atau rangkap pada lagu.

Isikan tempat kosong. Tuliskan sebuah rangkap lagu pada papan tulis dan kosongkan beberapa kata kunci. Kemudian minta kanak-kanak untuk menyanyikan lagu itu, dengar perkataan yang mengisi tempat kosong itu. Apabila mereka mengisi setiap tempat kosong, bincangkan asas-asas injil yang anda pelajari dari perkataan yang hilang itu.

kanak-kanak menyanyi

Bersaksi. Kongsi kesaksian singkat kepada kanak-kanak tentang kebenaran injil yang terdapat dalam lagu Sekolah Primer. Bantu kanak-kanak fahami bahawa menyanyi adalah satu cara mereka bersaksi dan merasai Roh.

Berdiri sebagai seorang saksi. Jemput kanak-kanak untuk bergilir berdiri dan kongsi apa yang mereka pelajari dari lagu yang mereka nyanyikan atau perasaan mereka tentang kebenaran yang lagu itu ajarkan. Tanya tentang perasaan mereka semasa menyanyikan lagu itu, dan bantu mereka mengenal pasti pengaruh Roh Kudus.

Gunakan gambar. Minta kanak-kanak untuk mencari atau melukis gambar-gambar yang berkaitan dengan perkataan atau frasa yang penting dalam lagu itu. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana gambar tersebut berkaitan dengan lagu itu dan apakah ajaran yang terkandung dalam lagu tersebut. Contohnya, jika anda mengajar lagu “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46), anda boleh letakkan gambar di sekeliling bilik yang menunjukkan kepentingan perkataan dari lagu itu (seperti malaikat, salji, dan bintang). Minta kanak-kanak kumpul dan pegang gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul semasa anda menyanyikan lagu itu bersama.

Kongsi pengajaran berobjek. Anda boleh gunakan sebuah objek untuk mengilhami perbincangan tentang satu lagu. Contohnya, apabila menyanyi lagu “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16), anda boleh tunjukkan kepada kanak-kanak gambar seperti burung, hujan, atau bunga. Ini boleh membawa kepada perbincangan tentang bagaimana kita boleh menemui tanda-tanda kasih Bapa Syurgawi di sekeliling kita.

Galakkan perkongsian pengalaman peribadi. Bantu kanak-kanak mengaitkan asas-asas yang lagu itu ajar dengan pengalaman mereka tentang asas-asas ini. Contohnya, sebelum menyanyi “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99), anda boleh minta kanak-kanak mengangkat tangan mereka jika mereka pernah lihat bait suci. Jemput mereka, semasa mereka menyanyi, untuk fikir tentang perasaan mereka apabila melihat bait suci.

Tanya soalan. Ada banyak soalan yang anda boleh tanya semasa anda menyanyi lagu. Contohnya, anda boleh tanya kanak-kanak apa yang mereka pelajari dari setiap rangkap lagu itu. Anda juga boleh minta mereka untuk fikirkan soalan-soalan yang lagu itu jawab. Ini boleh mewujudkan perbincangan tentang kebenaran yang lagu itu ajarkan.

Gunakan gerakan tangan yang mudah. Minta kanak-kanak untuk fikirkan gerakan tangan mudah untuk membantu mereka ingat perkataan dan pesanan lagu itu. Contohnya, apabila anda menyanyikan “Cari, Renungkan, Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66), anda boleh jemput kanak-kanak untuk tunjuk pada mata mereka apabila menyanyi tentang menyelidiki tulisan suci, tunjuk pada kepala mereka apabila menyanyi tentang renungkan, dan lipatkan tangan ketika menyanyi tentang doa.