Untuk Kekuatan Remaja
Ingin Menjadi Lebih Gembira? Cuba Bersyukur
Untuk Kekuatan Remaja Februari 2026


Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Februari 2026

Ingin Menjadi Lebih Gembira? Cuba Bersyukur

Apabila kehidupan anda penuh dengan perubahan, kesyukuran dapat membantu anda fokus pada hal positif dan kekal berharap.

seseorang di bawah awan hujan dan seseorang dikelilingi oleh burung dan rama-rama serta bunga

Ilustrasi oleh Maggie Stephenson

Anda tidak akan menjadi lebih gembira daripada ketika anda bersyukur.”

Seperti petikan daripada Elder Gary B. Sabin dari Tujuh Puluh ini, tahap kebahagiaan anda secara langsung dipengaruhi oleh sejauh mana anda bersyukur. Ia masuk akal—apabila anda bersyukur, anda berfokus pada hal-hal positif dan bukan yang negatif.

Namun, kehidupan tidak selalunya seperti yang dirancangkan. Perubahan yang tidak dijangka mungkin membuat anda lebih tertekan, sedih, atau kecewa daripada gembira. Tetapi apabila keadaan susah, kesyukuran dapat membantu anda kekal berharapan. Cuba tiga cara ini untuk membawa lebih kesyukuran ke dalam hidup anda.

1. Cari Kebaikan

Sering kali, paling sukar untuk bersyukur apabila anda rasa seperti anda kekurangan sesuatu. Tetapi apakah berkat-berkat yang anda mungkin terlepas pandang kerana memberi tumpuan pada apa yang anda tidak ada dan bukannya pada apa yang anda ada?

Apabila anda mencari kebaikan dalam hidup anda, ia akan menjadi lebih mudah untuk dicari.

2. Nyatakan Kesyukuran kepada Pemberi

Apabila anda menghitung berkat-berkat anda, jangan lupa dari mana ia datang.

Berterima kasih kepada Bapa Syurgawi untuk kurnia-kurnia-Nya—termasuk kurnia Putera-Nya—boleh memperdalam kasih dan iman anda kepada-Nya. Presiden D. Todd Christofferson, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama, juga menjelaskan, “Merasa dan menyatakan kesyukuran kepada Tuhan … memberi penyembahan suatu rasa pembaharuan yang menggembirakan,” membawa anda kebahagiaan dan kekuatan dan membantu kesaksian anda kekal teguh.

3. Fokus pada Rancangan Bapa Syurgawi

Jelasnya, mempunyai kesyukuran tidak bermaksud mengabaikan hal-hal yang susah dalam hidup atau berasa gembira sepanjang masa. Bahkan Yesus Kristus merasakan dan mengakui kesakitan (lihat Alma 7:11; Ajaran dan Perjanjian 19:18–19). Kesedihan adalah bahagian biasa dalam kefanaan.

Tetapi tidak kira apa pun, satu perkara yang tidak pernah berubah: Rancangan belas kasihan Bapa Syurgawi. Semua kesedihan dan kesakitan yang anda alami dalam kehidupan akan dipulihkan kerana Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya (lihat Wahyu 21:4).

Elder Dieter F. Uchtdorf dari Kuorum Dua Belas Rasul menjelaskan: Bersyukur pada masa kesusahan tidak bermaksud kita gembira dengan keadaan kita. Ini bererti melalui mata iman kita memandang melampaui cabaran zaman kini.”