Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Januari 2026
Berjalanlah bersama-Ku
Tema Remaja 2026 akan membantu mengingatkan anda bahawa apabila anda kekal dekat dengan Tuhan, Dia akan berjalan bersama anda—selalu.
Dari kiri ke kanan: Tamara W. Runia, Penasihat Pertama; Emily Belle Freeman, Presiden; dan Andrea Muñoz Spannaus, Penasihat Kedua
Anda Tidak Bersendirian
Pernahkah anda diminta untuk melakukan sesuatu yang anda tidak fikir anda boleh lakukan? Mungkin anda tidak berasa cukup kuat atau bijak, atau anda bimbang orang lain akan ketawa dan mengkritik anda. Jika anda pernah rasa seperti ini, anda tidak bersendirian.
Beribu-ribu tahun yang lalu, ada seorang lelaki bernama Henokh. Tuhan meminta Henokh untuk mengkhutbahkan pertaubatan kepada bangsa itu—antara yang paling jahat yang pernah ada di bumi.
Henokh tidak berfikir dia boleh melakukannya. Dia memberitahu Tuhan bahawa dia terlalu muda, tiada siapa yang menyukainya, dan dia “lembab berkata-kata” (lihat Musa 6:31).
Tetapi Tuhan memberi Henokh satu janji. Dia memberitahu lelaki yang takut itu, “Pergilah dan lakukanlah sebagaimana yang telah Aku perintahkan engkau” dan “gunung-ganang akan lenyap dari hadapanmu, dan sungai akan beralih dari alirannya; dan engkau akan tinggal di dalam Aku, dan Aku di dalam kamu; oleh kerana itu berjalanlah bersama-Ku.” (Musa 6:32, 34).
“Berjalanlah bersama-Ku.” Betapa ringkas dan indah jemputan itu.
Tuhan berjanji kepada Henokh bahawa jika dia akan menjadi cukup berani untuk bermula, maka Tuhan akan bersamanya pada setiap langkah perjalanannya. Tuhan akan menjadikan Henokh perkasa dan menguatkan dia untuk melakukan lebih banyak dan membantunya menjadi lebih daripada apa yang dia dapat bayangkan.
Salah satu nama Juruselamat ialah Imanuel, atau “Tuhan menyertai kita” Matius 1:23). Ia adalah dalam nama dan sifat Tuhan untuk berjalan bersama kita. Pilihan itu terletak pada kita—adakah kita akan berjalan bersama-Nya juga?
Pada masa kini, kita memandang kepada Henokh sebagai seorang lelaki yang beriman dan seorang nabi dan pemimpin yang hebat. Tetapi sebelum nabi Henokh, ada seorang Henokh yang lebih muda yang meragui dirinya tetapi masih memilih untuk berjalan bersama Tuhan.
Apabila kehidupan susah, apabila anda tidak rasa seperti anda cukup, ingatlah janji Tuhan kepada Henokh, dan kepada anda. Dia akan berjalan bersama anda. Dia tidak akan meninggalkan anda bersendirian, walau untuk satu langkah.
Imanuel. Tuhan menyertai kita. Tuhan menyertai anda!
Presidensi Umum Remaja Puteri
Dari kiri ke kanan: David J. Wunderli, Penasihat Pertama; Timothy L. Farnes, Presiden; dan Sean R. Dixon, Penasihat Kedua
Dengan Bantuan-Nya, Anda Boleh Lakukan Semua Perkara
Seperti anda remaja putera, Tuhan meminta Henokh untuk memenuhi tanggungjawab imamat yang penting. Tugasnya adalah untuk mengkhutbahkan pertaubatan kepada orang yang jahat. Henokh menyatakan keraguannya. “[Aku] hanyalah seorang lelaki,” dia berkata. “Semua orang membenciku … aku lembab berkata-kata; kerana itu aku ialah hamba-Mu?” (Musa 6:31).
Tuhan menjawab dengan kuasa dan keyakinan. “Pergilah dan lakukanlah sebagaimana yang telah Aku perintahkan engkau. … Bukalah mulutmu, dan ia akan dipenuhi … . Roh-Ku berada padamu … ; gunung-ganang akan lenyap dari hadapanmu … , oleh kerana itu berjalanlah bersama-Ku” (Musa 6:32, 34).
Henokh belajar bahawa apabila Tuhan memberi kita tugas, kita tidak menghadapinya bersendirian. Apabila kita membuat dan mentaati perjanjian dengan Kristus, kita berjalan bersama-Nya dan berkongsi dalam kuasa-Nya—kita menjadi alat dalam tangan-Nya.
Seperti Henokh, anda mempunyai peranan penting: pelayanan, melayani di bait suci, memberi sakramen, mengkaji tulisan suci, menjalani kehidupan injil, bertaubat, bersedia untuk misi, dan banyak lagi. Ia boleh terasa membebankan. Anda mungkin berasa serba kekurangan. Itu OK. Ia bukan tentang melakukannya bersendirian. Ia tentang memilih hari ini—hari ini dan setiap hari—untuk berjalan bersama Tuhan.
Dengan bantuan-Nya, anda boleh melakukan semua perkara. Dia akan menguatkan, mengampuni, dan membolehkan anda melampaui keupayaan semula jadi anda. Dia mengasihi anda! Sebagai Presidensi Umum Remaja Putera, kami mengasihi anda dan berharap dapat menyertai anda dalam meneroka tema 2026 yang mengilhamkan: “Jalan dengan-Ku.”
Presidensi Umum Remaja Putera
© 2026 oleh Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, January 2026. Malay. 19934 348