2025
Yesus Kristus Adalah Untuk Hari-hari Yang Baik Juga
Untuk Kekuatan Remaja September 2025


Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, September 2025

Yesus Kristus Adalah untuk Hari-hari Yang Baik Juga

Apabila keadaan berlangsung dengan baik, bagaimanakah kita boleh kekal fokus kepada Juruselamat? Berikut adalah beberapa idea.

Potongan muka senyum menghadap matahari

Bayangkan jika seorang kawan hanya meluangkan masa bersama anda ketika mereka bergelut dan mengelakkan anda ketika mereka gembira. Hubungan yang sihat? Tidak.

Adakah kita pernah melakukannya kepada Juruselamat kita—mencari-Nya dalam masa yang susah dan melupakan-Nya pada masa yang baik?

Kita banyak bercakap tentang bagaimana Yesus Kristus membantu kita melalui masa kesusahan kita, mungkin kerana semua orang, pada satu masa atau yang lain, menghadapi hal-hal yang susah.

Tetapi ada beberapa hari—minggu atau tahun bahkan, jika kita bernasib baik—di mana keadaan berjalan dengan baik. Kadangkala kita lupa Juruselamat pada masa itu. Bangsa-bangsa dalam Kitab Mormon berbuat demikian. Mereka makmur daripada berkat-berkat Tuhan buat satu masa tetapi akhirnya jatuh dalam keangkuhan apabila mereka melupakan-Nya.

Masa baik tidak bermaksud kita tiba-tiba tidak memerlukan Yesus Kristus lagi. Masa kemakmuran adalah masa yang sempurna untuk bersukacita dengan Juruselamat, bukan melupakan-Nya.

Jadi bagaimana kita kekal berhubung dengan Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi apabila percubaan tidak mengingatkan kita untuk berpaling kepada Mereka?

Kekal Rendah Hati

Apabila keadaan menjadi baik, ia adalah baik untuk meraikan berkat dan pencapaian anda. Tetapi jangan lupa siapa yang membolehkan anda berada di kedudukan ini. Raja Benyamin meletakkannya dalam khutbah Kitab Mormonnya:

“Kerana lihatlah, bukankah kita semua pengemis? Tidakkah kita semua bergantung kepada Makhluk yang sama, bahkan Tuhan, untuk semua harta kekayaan yang kita miliki, untuk makanan mahupun pakaian, dan untuk emas, dan untuk perak, dan untuk semua kekayaan yang kita miliki daripada setiap jenis?” (Mosia 4:19).

Menjadi rendah hati tentang kejayaan anda dengan mengingati apa yang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus telah lakukan untuk anda adalah cara yang baik untuk memasukkan Mereka dalam masa baik anda.

Tetap Bersyukur

Kesyukuran adalah salah satu penawar terbaik kepada keangkuhan dan kelupaan. Bersyukur kepada Tuhan akan membantu anda mengingati-Nya dan semua kebaikan yang Dia dan Putera-Nya lakukan dalam hidup anda. Ini sama berkesan dalam masa yang baik mahupun ketika masa yang susah.

Kekal Berwaspada

Salah satu serangan kegemaran Setan adalah untuk “tenangkanlah, dan lalaikan [kamu] ke dalam keamanan badani” (2 Nefi 28:21). Dalam kata lain, dia akan menyukainya jika anda rasa begitu puas dan selamat dalam masa baik anda sehingga anda terlupa perkara yang paling penting. Jadi, jangan lupa Tuhan! Apabila anda kekal berwaspada akan helah musuh yang halus dan menentangnya walaupun pada masa yang baik, anda boleh kekal dekat dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

remaja puteri

The Good Shepherd [Gembala yang baik], oleh Eva Timothy

Kekal berpusat pada Kristus

Presiden Russell M. Nelson telah mengajar: “Apabila tumpuan hidup kita ialah di atas rancangan keselamatan Tuhan … dan Yesus Kristus dan injil-Nya, kita akan dapat merasa kebahagiaan tidak kira apa yang berlaku—atau tidak berlaku—dalam hidup kita. Kebahagiaan datang dari Dia dan wujud kerana Dia. Dialah sumber semua kebahagiaan.”

Berapa kerap anda fikirkan kebenaran ini tentang kebahagiaan apabila kehidupan berlangsung dengan baik? Ini bukan hanya nasihat yang menghiburkan ketika keadaan menjadi sukar. Ia tetap benar, termasuk pada hari-hari terbaik anda. Jadi lakukan semua yang anda boleh untuk berfokus pada Kristus, datanglah buruk atau baik.