“Paskah,” Friend, April 2026, 46–48.
Pesanan Bulanan Friend, April 2026
Paskah
Musa pergi ke Firaun dan memintanya untuk membebaskan hamba-hamba orang Israel. Firaun menolak. Tuhan menghantar bencana ke Mesir, tetapi Firaun masih berkata tidak.
Tuhan berfirman bahawa Dia akan menghantar satu bencana terakhir. Anak sulung setiap keluarga di Mesir akan mati. Tuhan berjanji bahawa jika orang Israel mengikuti arahan-Nya, bencana itu akan berlalu daripada mereka.
Tuhan firmankan setiap keluarga Israel untuk mengorbankan anak domba jantan yang sempurna dan mengecat darah anak domba pada pintu rumah mereka.
Bencana itu datang. Semua anak sulung orang Mesir meninggal dunia, termasuk anak lelaki Firaun. Tetapi anak sulung orang Israel diselamatkan kerana mereka mematuhi Tuhan.
Firaun memberitahu Musa dan orang Israel untuk meninggalkan Mesir. Tetapi Firaun marah. Dia dan tenteranya mengejar mereka.
Orang Israel berkhemah di Laut Merah. Apabila orang Israel melihat orang Mesir datang, mereka takut. Musa berkata Tuhan akan melindungi mereka.
Musa mengangkat tongkatnya, dan Tuhan membelah laut. Orang Israel menyeberangi laut di atas tanah yang kering.
Apabila semua orang Israel selamat di seberang laut, air turun semula dan melemaskan tentera. Akhirnya orang Israel bebas.
Halaman Mewarna
Yesus Kristus Telah Dibangkitkan untuk Saya
Ilustrasi oleh Audrey Day. Boleh disalin untuk kegunaan Gereja sahaja.
Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengingati Yesus Kristus pada Easter ini dan sepanjang tahun?
© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, April 2026. Malay. 20062 348