“Nabi Musa,” Friend, Mac 2026, 46–48.
Pesanan Bulanan Friend, Mac 2026
Nabi Musa
Musa adalah orang Israel, tetapi dia dibesarkan oleh puteri Firaun di Mesir. Musa sedih kerana orang Mesir bersikap kejam terhadap orang Israel dan menjadikan mereka hamba.
Suatu hari, Musa melihat seorang Mesir memukul seorang Israel. Musa mempertahankan orang Israel.
Apabila Firaun mendapat tahu, dia ingin membunuh Musa, tetapi Musa melarikan diri dari Mesir.
Musa tiba ke satu tempat bernama Midian, di situ dia bertemu dengan seorang wanita bernama Zipora. Mereka berkahwin dan mendapat anak.
Ketika di Midian, Musa terlihat satu semak yang sedang membakar, tetapi api itu tidak memusnahkan semak tersebut. Tuhan muncul dalam api itu dan berfirman kepada Musa.
Tuhan berfirman bahawa Dia tahu orang Israel sedang menderita di Mesir. Dia memerintahkan Musa untuk kembali ke Mesir dan meminta Firaun untuk membebaskan orang Israel. Tuhan berfirman bahawa Dia akan membantu Musa membebaskan orang Israel dan membimbing mereka ke negeri yang dijanjikan.
Halaman Mewarna
Saya Boleh Bersikap Baik terhadap Orang Lain
Ilustrasi oleh Audrey Day. Boleh disalin untuk kegunaan Gereja sahaja.
Apakah yang anda boleh lakukan pada minggu ini untuk berbuat baik?
© 2026 oleh Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, March 2026. Malay. 19938 348