“Nuh dan Bahtera,” Friend, Februari 2026, 46–48.
Pesanan Bulanan Friend, Februari 2026
Nuh dan Bahtera
Nuh dan keluarganya mematuhi Tuhan. Semua orang lain sangat jahat. Tuhan memberitahu Nuh bahawa bumi akan ditenggelami banjir jika orang ramai tidak bertaubat.
Nuh mengajar orang ramai bahawa Tuhan mengasihi mereka dan ingin mereka bertaubat dan mempunyai iman terhadap Yesus Kristus. Mereka enggan mendengar.
Tuhan memfirmankan Nuh untuk membina sebuah kapal besar yang dipanggil bahtera. Bahtera itu akan melindungi keluarga Nuh ketika banjir.
Keluarga Nuh membawa makanan ke dalam bahtera. Tuhan menghantar sekurang-kurangnya dua ekor haiwan daripada setiap jenis untuk Nuh masukkan ke dalam bahtera. Kemudian hujan pun mulai turun.
Hujan turun selama 40 hari dan 40 malam. Banjir menenggelami bumi, sebagaimana yang Tuhan telah amarankan.
Keluarga Nuh dan semua haiwan yang dalam bahtera itu terapung di atas air.
Apabila banjir itu berakhir, bahtera itu mendarat di daratan kering. Nuh dan keluarganya berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi mereka. Tuhan berjanji untuk tidak lagi membanjirkan dunia. Dia memberikan sebuah pelangi sebagai peringatan tentang janjinya.
Halaman Mewarna
Mengikuti Nabi Tuhan Akan Memberkati Saya
Ilustrasi oleh Audrey Day
Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengikuti nabi?
© 2026 oleh Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, February 2026. Malay. 19927 348