Friend
Adam dan Hawa
Januari 2026 Friend


“Adam dan Hawa,” Friend, Januari 2026, 46–48.

Pesanan Bulanan Friend, Januari 2026

Adam dan Hawa

Adam dan Hawa di Taman Eden bersama haiwan-haiwan

Adam dan Hawa adalah anak-anak Bapa Syurgawi yang pertama hidup di bumi. Mereka tinggal di Taman Eden.

Pokok kehidupan

Tuhan membenarkan mereka makan dari setiap pokok kecuali satu. Jika mereka makan buah dari pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat, mereka harus meninggalkan taman itu dan kemudiannya mati. Tetapi Setan berdusta kepada mereka. Dia berkata jika mereka makan buah itu, mereka akan tahu yang baik dan yang jahat namun mereka tidak akan mati.

Hawa memetik buah dari pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat

Hawa membuat keputusan untuk memakan buah itu.

Tangan Hawa mengedarkan buah ke tangan Adam

Kemudian Hawa memberi sebahagian buah itu kepada Adam. Adam juga memilih untuk memakan buah itu.

Adam dan Hawa bersembunyi di dalam belukar apabila Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus muncul

Tuhan dan Yesus Kristus mengunjungi mereka, tetapi Adam dan Hawa berasa takut lalu bersembunyi. Tuhan bertanya jika mereka telah makan buah dari pokok itu.

Adam dan Hawa memakai pakaian daripada kulit binatang dan meninggalkan Taman Eden

Adam dan Hawa berkata bahawa mereka makan buah itu. Sekarang, mereka terpaksa meninggalkan Taman Eden. Tetapi Tuhan mempunyai satu rancangan untuk mereka. Kini mereka tahu yang baik daripada yang jahat dan boleh melahirkan anak.

Adam dan Hawa bersama keluarga mereka

Adam dan Hawa berjanji untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan. Mereka belajar lebih tentang Putera Tuhan, Yesus Kristus. Mereka bersukacita kerana Dia akan membantu keluarga mereka kembali kepada Tuhan.

Halaman Mewarna

Yesus Mencipta Bumi

Halaman PDF

Ilustrasi oleh Audrey Day

Apakah perkara kegemaran anda yang Yesus Kristus ciptakan?